Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 March 2010

Bosan juga!

Salam kawan-kawan yang memang kawan dengan saya. Kawan-kawan yang tidak kawan tapi mahu kawan, kita kawan baik-baik ya. Yang tidak mahu kawan tapi nak baca juga blog saya ni baca saja ya. Komen tentang isi, tak payah susah-susah nak komen tentang cara penulisan saya yang membosankan ke panjang berjela ke, senang-senang tak payah tekan butang komen. Diam sudah... kalau tak, sila tengok di sebelah kanan bahagian paling atas. Ya, butang pangkah.

Huh! Macam mana? Emosional tak? Maaf ya, saya memang agak sensitif sekarang. Saya bukan pemarah tapi saya boleh buat anda benci saya. Terima kasih.

Beginilah. Saya akan terus membosankan anda dengan cerita syok sendiri saya.

Seperti semua sedia maklum, sekarang ni cuti sekolah pertengahan penggal. Oleh kerana cuti hanya seminggu maka saya dan beberapa rakan tidak pulang ke kampung halaman. Usaha untuk berjimat cermat dan bersukaria bersama-sama.

Walau bagaimanapun, cuti kali ini adalah sangat berbeza daripada cuti-cuti yang lepas. Atau mungkin juga permulaan kepada sebuah kehidupan yang dikatakan profesion. Ehm.. macam mengarut je ni. Abaikan.

Hari Sabtu yang lalu, saya dan KakZahN ditugaskan untuk menyampaikan cenderahati kepada Pengarah Pelajaran Sabah, Tuan Hj. Muhiddin bin Yusin. Hari Ahad, sempatlah lepak sekejap di rumah tapi dalam jam sepuluh pagi saya mengikut KakFizah ke sekolahnya untuk melihat apa yang ada di Ekspo UiTM. Kosong, sunyi. Mungkin sebab tak ada promosi besar-besaran. Isnin dan Selasa, saya dan KakZahN ke sekolah atas urusan yang belum selesai. Rabu baru sempat jalan-jalan. Itupun ke KK saja.

Saya, KakFizah dan Yus bertolak ke KK dalam jam 7.30 lebih. Oleh sebab masing-masing belum sarapan, kami singgah di Tambunan dulu untuk sarapan. Sambil makan, sambil borak setengah jam, kami sambung perjalanan. Destinasi pertama ke Rumah Persekutuan untuk menghantar borang tambang. Kemudian, terus ke 1Borneo. Masuk Watson. Datang jauh dari Keningau ke 1Borneo, masuk Watson, yang saya beli adalah berus gigi.. hehehe..

McDonald adalah singgahan wajib tapi kami sudah berpakat. Pizza Hut, McDonald adalah makruh, dan KFC adalah haram untuk hari tersebut. Kenapa? Asal kami ke KK mesti makan pizza, tapau McD. KFC menjadi haram kerana di Keningau pun ada. Buat apa susah-susah ke KK kalau semata-mata masuk KFC.

*Ya, kasihanilah kami. Di Keningau ni cuma ada KFC. Kalau McDonald pun ada, bolehlah juga tukar selera. Sebab tu asal ada yang ke KK, mesti kirim McD...Huhuhu*

Jadi, ada satu lagi restoran kegemaran kami iaitu Secret Recipe. Saya sudah terbayang-bayang tom yam khung. sllurrp.. tapi, kami betul-betul kelaparan ni. Jadi, kami memilih untuk makan nasi ayam saja di TCRS. Kegemaran saya adalah pai tee!

KakFizah dan Yus sempat beli sehelai t-shirt. Saya pula hampir-hampir membeli sepasang kasut. Malangnya, tak ada saiz... Huwaa! Kenapa??

Kami masuk pula butik Guess. Saya belek dan belek dan belek beg-beg yang ada di sana.. Aisehmen.. ok, saya masih banyak duit. Tapi kalau saya berbelanja di Guess hanya untuk sebuah beg, aduh.. maka saya sudah tidak ada duit lagi. Eh silap. Ada tapi tak cukup untuk benda lain yang lebih mustahak. Nasib baik saya bukan kaki berbelanja. Nasib baik juga dari dulu saya diajar utamakan yang lebih penting. Maka, perlahan-lahan saya letak beg dan berlalu dengan hati yang lara. Kami pulang ke Keningau dan makan malam di sana saja. Makan sate dan kepak ayam.

Hari ni dan esok ada latihan bola jaring. Eh tak. Bukan saya yang main. Peraturannya pun saya tak tahu. Saya cuma jadi pengurus saja. Budak-budak ni lah yang main. Hari Selasa dan Rabu depan ada pertandingan. Saya juga yang kena uruskan tu. Adeh. Selain latihan bola jaring, budak-budak PBSM pun tengah buat latihan untuk Festival Bulan Sabit Merah Daerah Keningau. Ada tarian yang disertai oleh penari-penari SMK Apin-Apin yang menjadi juara peringkat daerah yang lalu. Waawee!!

Bosan kan cerita saya. Jadi, buat apa baca? Apa daa!

Salam.
Peace.

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

dah baca dah :P

apa daa.suka hatilah nak tulis apa. mc d tak baik. fast food (eceh menasihat, padahal sndrik makan) AGAGAGA

NSMY said...

kan syud kan.. sukatilah..

kami makan jarang sekali jd xpe..hahaha