Salam...
Mari kita gelarkan hari ini sebagai hari kena hempuk. Al-kisahnya, hari ni ada latihan bola jaring di sekolah. Oleh kerana keadaan tiang yang kurang menyakinkan, saya berjaga di belakang tiang. Takut juga kalau-kalau tiang tu jatuh, kena pintu kaca yang cuma beberapa kaki saja jaraknya di belakang... sakit jiwa kalau kena marah. Kena suruh ganti saya sanggup lagi, kena marah yang tak sanggup. Apalah sangat nilai wang dengan keinginan budak-budak tu nak bermain dengan selesa. Eceh... konon mahu jadi cikgu baik.
Jadinya, ketika menjaga tiang tersebut ada masa saya sedikit terlalai kerana asyik menyaksikan pasukan tari yang juga berlatih di dewan yang sama. Akibatnya:
1. Adeh! Tetiba spek saya senget sebelah, pipi rasa pedih...
'Cikgggguuuu~~, siao o...' Bola terkena pipi saya semasa salah seorang daripada mereka sedang praktis shoot.
2. Saya sedang bersms dengan seorang guru bertanyakan tiang yang lebih baik untuk dipinjamkan. Belum sempat saya menekan butang send...
'Aaaaa!! Telefonku!!! Ganti! Ganti! Huhu' - Bola terkena telefon yang berada di tangan saya lalu terjatuh.
'Uhukk.. kena lagi cikgu...Tak payahlah berdiri di situ cikgu.'
'Bah, boleh tapi apa-apa jadi kamu tanggung sendiri. Mau?'
3. Kali ini saya tidak pasti sedang fikirkan tentang apa. Yang pasti, saya tak perasan langsung bola menghala ke arah saya lalu... dup! atas kepala saya... adeh..bengang sekejap.
'Cikguuuu..sorry cikgu.' Berulang kali sambil digosok-gosok kepala saya.
4. Kali ini saya lebih beringat. Tapi ketika bola datang ke arah saya, saya sangka boleh sambut..tapi saya sambut dengan kaki... adoi! Bola jaring lah tu, bukan bola sepak.. uhuhu...
Salam. Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Errrr..babe u ok?? Kira jari i ni berape *show my finger(s) toward(s) the screen*. Berape babe? Ishhh3....sian u.
err.. 3? 2? i cant see!! uhuhuhu
Post a Comment