Salam kawan-kawan!
Sementara menanti budak-budak lepasan SPM 2009, sempat lagi saya menaip entri baru. Ok, seriusnya, saya tak tahu nak tulis apa. Saya ada idea tapi untuk menghasilkan ayat-ayat yang cantik dan menarik adalah sangat susah semenjak dua tiga bulan ni. Walaupun blog saya bukanlah dikenali ramai macam blog Hanis Zalikha, tapi saya juga perlu memastikan tulisan saya menarik. Saya suka menulis jadi kalau tulisan saya tidak bagus adalah sangat mengecewakan.
Hari ni 11 Mac 2010, keputusan SPM sudah pun keluar. Walaupun begitu untuk SMK Apin-Apin belum ada keputusan rasmi lagi pada 11.19 pagi. Tunggu sajalah.
Mr. Jazzy terpaksa ditahan lagi sebulan. Ada masalah teknikal. Tak mengapa, sabar sajalah. Jangan sampai hujung tahun sudah! Sepatutnya papa hantar Isnin yang lalu. Tiba-tiba saya rasa bersalah dengan papa sebab terpaksa menyusahkan dia buat entah kali ke berapa. Dari kecil sampai sekarang, papa ikut segala kemahuan saya walaupun menyusahkan dia, dan papa tetap ketawa dan tersenyum untuk anak sulung dia ni. Ehm... memang patut Wani cemburu.
Dari hal sekolah, urusan apa pun hinggalah ke urusan peribadi, papa utamakan saya. Tenggelam cerita Wani sekejap sebab nak uruskan cerita saya, kata Ummi. Nasib baik Wani tak ada masa kejadian tu, kalau tak mesti dia sakit hati.
Saya dah pun kena tegur dengan si dia sampai menangis. Hahaha.. kejam betul dia buat saya menangis tapi bukan sebab dia tegur saya pun. Memang rasa nak menangis mengenangkan kesusahan yang papa alami sebab saya, dah kena tegur baru berani keluar air mata.
Oklah, tangan saya kebas dari petang semalam lagi. Tak tahu kenapa. Migraine pun ada juga ni... Sakit lah! Jadi saya berhenti sini dulu lah.
Salam
Peace
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
saya rindu zaman SPM. so innocent. :D
Post a Comment