Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 March 2010

Beza

Salam terutama sekali kepada para pelajar yang membaca blog cikgu.

Hari ni cikgu nak bercerita kepada kamu, para pelajar... kerana ceritanya tentang kalian. Tentang besarnya pengaruh ilmu dan kepandaian kepada kehidupan kamu semua.

Ini kisah benar. Kisah ini mengenai perbezaan antara yang bijak pandai dan yang kurang bijak pandai dalam belajar. Itu sahaja perbezaan mereka.

Ada dua pasang kekasih. Salah seorang daripada mereka merupakan antara pelajar terbaik sekolah. Pasangannya seorang yang lemah lembut dan boleh dikatakan pandai kerana berada di kelas yang diiktiraf sebagai kelas untuk pelajar-pelajar pandai. Saya bangga dengan kedua-duanya kerana dapat seimbangkan antara pelajaran dan hubungan cinta.

Pasangan seterusnya. Kedua-duanya berada di kelas yang sama. Kedua-duanya aktif dengan aktiviti kokurikulum dan persatuan sekolah. Kebetulan kedua-duanya berada di dalam organisasi yang sama dan memegang jawatan untuk organisasi berkenaan.

Kedua-dua pasangan saya kenali dan saya rapati selaku guru dan kaunselor. Kedua-dua pasangan sudah biasa bercerita tentang mereka kepada saya dan saya percaya kedua-duanya tidak pernah melakukan sesuatu yang diluar dugaan. Biarpun ada kesalahan, itu hanyalah kesalahan kerana memiliki perasaan cinta di usia muda. Siapa tidak pernah kan? Kalau ada yang menghukum mereka, saya menganggap orang itu tidak pernah punya rasa cinta di zaman remaja. Maaf.

Apa ceritanya?

Pasangan pertama tidak pernah mendapat cemuhan atau kritikan daripada para guru, malah ramai yang menyokong hubungan mereka. Pasangan kedua, sudah acap kali dimarahi kerana hubungan mereka. Walau apapun alasan yang diberikan oleh guru-guru, saya yakin alasan sebenarnya adalah kerana mereka bukan orang cerdik pandai. Seperti yang telah saya jelaskan, saya mengenali kedua-dua pasangan secara rapat.

"Kalau pandai tak apalah juga nak bercinta ke nak berkepit ke.. Ni, keputusan pun selalu jatuh." Saya terlalu penat mendengar rungutan sebegitu.

Ya, betul. Kalau pandai tak mengapalah. Jadi anak-anak pelajar sekalian, nampak tak perbezaan andai anda pandai dan tak pandai? Saya tak suka guna istilah itu sebenarnya sebab bagi saya tak ada orang pandai atau tak.. yang ada hanyalah rajin atau malas sahaja.

Ehm...

Saya ingin mengucapkan sejuta ucapan tahniah kepada pelajar SPM 2009, Hendry Aloysius kerana menjadi pelajar terbaik SPM SMK Apin-Apin 2009 dengan 6A. Apa yang lebih membanggakan, Hendry bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah juga dalam sukan balapan di mana dia pernah mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Kebangsaan. Memang peluangnya untuk menyambung pelajaran adalah sangat cerah. Dia juga merupakan pelajar Sains Sukan... Saya tak boleh bayangkan apabila segala cita-cita tercapai dengan mudah. (kerana saya tidak pernah berpeluang)

Tahniah juga kepada pelajar-pelajar lain yang memperolehi keputusan yang cemerlang dan bagus. Jangan lupa isi semua institut yang boleh diisi termasuk politeknik, IKM, IKBN, semualah!

Salam. Peace.

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

itulah.kalo tak pandai jangan bercinta :D

p/s:
tak bercinta time sekolah. tapi bercinta waktu U. tak pandai gak cikgu. camne? hi hi

Anonymous said...

isi blog tidak perlu panjang berjela. adakala lebih panjang lebih mengarut dan membosankan. kandungan sebaik2nya padat dan catchy. Utk rujukan intai2 lah tulisan pepatung kristal. santai. kamu boleh tulis dunia anak2 sekolah dengan pendekatan yg sama. simple dan bermakna. nak menjentik biar yg hendak dijentik, boleh terasa jentikannya dan memberi impak. jentikan syok sendiri, hanya menjadi bhn ketawa.

NSMY said...

anonymous - terima kasih di atas pandangan. tapi rasanya sy ada hak untuk katakan, kalo rasa bosan baca blog saya, tak payah baca sebab saya menulis hanya untuk diri sndiri dan rakan-rakan yang sudah mengenali saya.. juga, buat pengetahuan kamu, syok sendiri is my middle name.. :).
kan lebih elok kalo kamu tak guna anonymous.. baru komen kamu lebih bermakna.. terima kasih.