Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

03 April 2010

Kalimaran 2010

Salam...

Huihuihuihui... sakan betul cikgu Shahida bercuti... tssk.. tssk.. mula dengan dapat CRK pada hari Isnin, kemudian, hari Khamis dan Jumaat, SMKAA cuti sempena Good Friday. Tambah lagi 2 hari hujung minggu... Tak ke sakan tu?

Hari Khamis sekali lagi saya ke KK. Tujuan yang terutama adalah kerana si Azlin mahu pergi ambil beg laptop dia yang ditinggalkan kepada kawannya sewaktu dia hantar untuk dibaiki. Saya dan KakHa dah buat rancangan untuk menonton filem. Fikir-fikir, akhirnya kami berjaya menonton Alice in Wonderland. Yalah, memang kami ketinggalan sikit bab filem ni. Orang lain dah puas menonton, kami baru nak bercakap.

Makan-makan, jalan-jalan dan pulanggggg~

Membeli? Huh! Membelah saja... Tak tahu kenapa, saya masih tidak ada kekuatan untuk mengeluarkan duit untuk membeli. Bukan tak ada duit tapi sebab bulan lepas dah banyak habiskan duit, jadi semangat untuk membeli secara rakus tidak ada. Makan secara rakus adalah.. uhuhu.

Hari Jumaat, duduk lepak di rumah sahaja.

Hari Sabtu.. hari ni lah.. kami ke Pusat Kebudayaan Murut di Tenom. Ada Pesta Kalimaran. Macam Pesta Kaamatan juga tapi itu untuk orang KadazanDusun. Pesta Kalimaran ni untuk masyarakat Kaum Murut.

Kalimaran itu sendiri merujuk kepada penghasilan kraf oleh kaum Murut di mana ianya berasal dari perkataan Murut iaitu ralaa dan alimar. Ralaa bermaksud gadis dan alimar bermaksud rajin, tabah dan boleh dipercayai. Kan nak buat kraftangan itu memerlukan kelembutan (gadis) dan kerajinan yang berterusan... Huahuahua.. pepandai cikgu ni olah ayat... :p

Untuk keterangan lebih lanjut dan tepat sila klik sini -- Pesta Kalimaran

Di sini ada beberapa gambar untuk tatapan pembaca (lama sudah rasa tak buat entri versi jalan-jalan + informasi).

Bersama salah satu suku kaum Murut.

Sumandak-sumandak Murut dan Semenanjung... siapa lagi lawa? hehe..

Lansaran - Permainan Tradisional Kaum Murut. Pemain harus melompat di atas lantai yang dibina khas seperti spring dan mencapai 'kinkilat' (saya pun tak tahu apa dia) yang digantung di atas bumbung. Tinggi tu bah! Sekali lompat jatuh memang sakit... adeh.

Hasil kraftangan rotan

Hasil kraftangan manik. - saya berkenan tapi saya tak tahu nak buat apa. Perhiasan kah? Aih.. pandailah sangat nak berhias-hias ni.

Tinggal esok sahaja lagi untuk merebahkan diri. KakFizah ajak main masak-masak.. eh, tak... hehehe... KakFizah nak memasak esok. Lama sangat kami tak memasak dengan jayanya. Dah semua kerja pagi balik petang, nak memasak bilanya? Makan siap-siap di kantin atau tapau. Jadi, esok mahu cuba masuk dapur semula... tengoklah... macam... ehm... haih, macam mana nak kahwin ni? Eh? Huhu.. lalalala...

Salam.
Peace.

p/s: saya terserempak atau sebenarnya ditegur oleh dua bekas pelajar yang berjualan di tapak pesta. Seronok rasanya pelajar yang dulu kita bimbing menegur kita dengan baik sekali. Lebih hebat daripada jatuh cinta. :D

No comments: