Salam...
Lewat sikit saya bermula malam ni. Ralit sikit dengan MukaBuku... eh, bukan kememang selalu ralit?... :p
Kali terakhir saya pos entri, saya kurang sihat. Hari ni, alhamdulillah saya sudah kembali sihat. Cuma, mungkin keadaan cuaca kebelakangan ini, duduk depan kipas pun rasa macam kena salai. Huhuhu...
Apa yang nak diceritakan hari ini ya? Hmm...
Kemuncak Bulan Bahasa telah diadakan pada 24 April yang lalu. Kali ini saya bertindak sebagai Setiausaha 1. Biasalah, buat surat panggilan mesyuarat, kumpul senarai pemenang, blablabla... eh, okey tugas kali ini tidak begitu mencabar sebagai setiausaha sebab kebanyakan kerja telah pun diselesaikan dan diuruskan oleh pengurus program iaitu Cikgu Doreen.
Alhamdulillah, semuanya lancar walaupun ada sedikit kelemahan yang mungkin boleh dielakkan tapi biasalah manusia yang merancang. Sikit sebanyak, ada cacat celanya. Akan diperbaiki kemudian nanti.
Selesai Kemuncak Bulan Bahasa, saya mula sibuk dengan program lain pula. Pihak UBK ditugaskan untuk menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan 2009. Kalau diikutkan, saya serik. Saya mahu tarik diri dari UBK. Tapi, saya tahu kalau saya buat begitu yang rugi nanti saya. Berapi-api saya bercakap tentang peluang kepada pelajar. Kenapa saya sendiri mesti tolak peluang yang orang berikan kepada saya untuk tonjolkan siapa diri saya?
Berulang kali perkara sama saya laungkan pada diri saya. Peluang Shahida! Peluang! Bukan menyeksa diri.
Maka, saya gagahkan diri dan terima peluang tersebut tanpa perlu memikirkan perkara-perkara remeh yang boleh mengganggu peluang saya. Lantaklah! Saya tahu saya nak buat. Saya mesti buat betul-betul. Orang lain nak bagi kerjasama atau tak, terpulang. Bukan mati pun buat sendiri...
Eheh... oooooh... jangan cakap besar wahai Cikgu Shahida. Huhuhu... memang pun tak mati... sakit jiwa saja. Paling-paling biasa, sakit hati. Hehehe... Insya Allah, Tuhan akan bantu kan?
Alhamdulillah, daripada pengalaman sebelum ini, hampir 40% perancangan berjalan lancar. Tinggal lagi untuk pembentukan AJK kerja dan juga panggilan mesyuarat pelaksanaan program. Masa inilah mungkin sedikit kekalutan jiwa akan berlaku apabila mungkin ada yang sengaja 'campur tangan' atau seperti mahu menguruskan tetapi sebenarnya lebih kepada mengacau... Sakit jiwa kan bila kita sudah rancang elok-elok, pihak atasan sudah setuju.. mesyuarat dipanggil untuk pelaksanaan, tapi ada lagi pihak yang menokok tambah..ok lah lagi kot... tapi yang tak ok kalau ada yang mempertikaikan hasil kerja kita. Tapi, bila suruh dia yang buat... hampas kelapa tua...
Satu sahaja cara nak sedapkan hati sendiri. Bilang saja satu dua tiga... eh, hahaha... cakap saja pada diri sendiri, itu perkara biasa. Di mana-mana saja. Bila-bila masa. Tiada Mat Kacau manalah seronok rancangan 'Gerak Gasing Abang Joey' kan? (Punyalah berzaman program tu tamat, baru nak buat analogi.)
Siapa yang pernah baca luahan hati saya tentang sambutan hari guru yang syok sendiri? Heheh.. Tahun ini saya juga diberi kepercayaan untuk menjadikan sambutan hari guru bukan lagi syok sendiri. Sambutan hari guru untuk meraikan para guru, bukan lagi menambahkan beban guru macam yang pernah saya baca di MukaBuku, pihak sekolah seorang cikgu tu nak adakan gotong royong sempena hari guru. Tak salah tapi HARI GURU dan GURU jugalah yang bergotong royong...? kalau saya kata pada HARI IBU, para IBU kena masak yang sedap dan istimewa, mesti saya kena cap anak derhaka.. ngheee.. (takut saya nak taip frasa 'beban guru' sebab kebelakangan ini, kalau ada saja guru yang meluah perasaan, mesti kena hentam dengan beberapa golongan yang katanya faham tugas guru).
Habis kalau bukan cikgu yang buat, siapa? Oh... saya rasa sekolah lain tak ada masalah kot. Masalah ini mungkin cuma di tempat saya. Wallahualam. Ehm.. Biasalah, pengawas dan PRS lah. Selalunya pengawas, tapi oleh kerana saya pernah memegang organisasi PRS maka saya libatkan sekali PRS.
Merekalah yang akan membuat segala perancangan. Ahli jawatankuasa pun hanyalah mereka. Tiada seorang guru pun yang akan menjadi ahli jawatankuasa kerja. Mungkin hanya sebagai penasihat. Insya Allah. Bagi peluang untuk mereka tonjolkan bakat mereka dalam bidang pengurusan. Ah! Cita-cita saya memang besar. Harap-harap berjalan lah. Harap-harap semangat budak-budak pun tidak dilunturkan oleh mulut sesetengah orang yang tidak mempercayai kebolehan mereka. Ada... jangan kata tak ada. Ada yang bersikap terlalu melindungi, tidak mempercayai budak-budak ni.
Kadang-kala, melakukan kesilapan adalah harga yang paling mahal dalam membeli pengalaman hidup. Saya dah banyak kali rasa. Seronok! Seronok sebab saya seorang saja yang ada benda yang mahal tu. :D
Kalau bukan kerana kesilapan, saya tidak akan berani seperti sekarang. Kalau bukan kerana kesilapan, saya tidak akan sekuat hari ini. Kerana kesilapan... saya kenal siapa diri saya.
Tak sabar ni. Berkobar-kobarlah pula nak habiskan semua program... sebut program, teringat pula ada kursus lagi sebelum cuti. Kerja dari kursus yang lepas pun belum dibuat lagi... hehehe... Adeh!
Satu lagi kena ingat, ya Shahida. Program itu ini, tapi fokus pada kelas jangan dilupa ya... Ehm...
Kelas..kelas... kelas... dey! Fokus pada kelas buat apa? Kelas tu tak bergerak ke mana-mana pun. Fokus pada P&P daa!
P&P? Gulp! Fail!
Dua kelas telah menerima penangan 'sukahati kamulah!' dari saya. Kenapa? Sebab saya terlalu baik sampai mereka berani main-main. Satu ketika saya boleh senyum dan ketawa dengan permainan mereka. Namun, kalau saya dah keluarkan ayat tadi, maknanya... main-mainlah sampai lebam pun. Saya tidak kisah. Mungkin saya akan dianggap guru yang tidak bertanggungjawab. Tapi, cuba analisa perbualan ini.
Situasi 1:
Cikgu : Mana buku? Kan tadi cikgu suruh buat latihan.
Pelajar (selamba tanpa rasa bersalah) : Malas.
Cikgu :....(terkedu)
Situasi 2:
Cikgu : Kenapa kuku panjang sangat ni? (cubaan untuk mengetuk dengan pen)
Pelajar (melarikan tangan..bangun dan 'main' pusing-pusing dalam kelas... dia ingat cikgu sukalah main-main?)
Situasi 3:
Pelajar : Buku tak bawa.
Cikgu : Kenapa?
Pelajar : Tak tahu.
Cikgu : Macam mana boleh tak tahu hal sendiri?
Pelajar : Tak tahu...
Cikgu : ... (tepuk dahi)
Situasi 4:
Pelajar :....(termenung)
Cikgu : (dengan lembut dan penuh keibuan...ceh!) Amboi, jauhnya melayang.
Pelajar : ...(tidur dengan sembamkan muka ke meja)
Cikgu :... (dalam hati : kurang asam jawa)
Jadi... kejam kah kalau saya cakap 'sukahati kamulah!' setelah saya berlembut sekian lama? Oh ya, kisah di atas bukan rekaan dan bukannya berkenaan budak sekolah rendah atau tingkatan 1. Tapi tingkatan 4 dan 5. Baik pula pelajar tingkatan 1.
Situasi 1:
Cikgu : Salin nota ni dalam buku nota kamu ya.
Pelajar A: Cikgu! Tulis dalam buku mana?
Cikgu : Nota.
Pelajar B : Cikgu! Buku latihan kah?
Cikgu : Ayooyo..
Situasi 2:
Cikgu : Ok pelajar semua... dengar sini... sila tutup...
Pelajar : Buku!
Cikgu : Mulut lah!
Situasi 3:
Pelajar : Cikgu! Dia baling kertas!
Cikgu : Kutip balik kertas yang kamu baling tu.
Pelajar : Bah.
Situasi 4:
Cikgu : Cikgu suruh kamu duduk diam di tempat kamu dan buat kerja kan? Kenapa kamu jalan-jalan lagi?(sambil pegang..PEGANG ya, telinga pelajar)
Pelajar : Hehehe...(sambil berjalan ke tempatnya dan membuka buku).
Ada masa seronok. Ada masa sakit hati... tapi, sakit hati seorang guru ni setakat manalah sangat. Macam mak sakit hati dengan anak. Alih-alih, itu jugalah yang diusap, dibelai, dimanja... haih...
Semoga Tuhan membuka lebih banyak ruang keikhlasan dalam hati saya untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna. Ameen...
p/s: macam lari topik saja cerita saya ni.. hehehe...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Coolnye, buleh ketuk2 student! U takpela ade adik2. Ade jgk sifat kekakak2an. Kalau i ni mcmane ye kalau jd cigu. Rasenye i join skali diorg main...ekekeke
Post a Comment