Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 May 2010

Sokonglah buatan Malaysia!

Assalamualaikum

Semalam cuba untuk pos entri baru yang sangat tidak sopan berkenaan dengan diri saya sendiri. Tapi mungkin kerana ianya tidak sopan dan cik lappy seolah-olah menghalang tuannya daripada berbuat sesuatu yang tidak sopan, maka entri tersebut tidak dapat dipos.

Apa yang saya cuba ceritakan semalam (Khamis 13 Mei 2010) saya berjaya buat onar. Masa saya menaip, emosi saya penuh terganggu. Saya menaip dengan penuh perasaan marah, kecewa dan sedih. Tentang 13 Mei 2010. Hari ini, saya bangun dengan wajah dan semangat yang baru maka saya sudah lupa apa yang buat saya betul-betul kecewa, sedih dan marah. Saya tahu tapi saya tak ingat. Jadi, marilah sama-sama kita lupakan.

Cerita hari ini. Ada sedikit gangguan emosi sebenarnya, tapi masih dalam paras positif. Tentang Piala Thomas 2010. Ya, semua mesti sudah maklum yang Malaysia tewas kepada China dengan 3-0. Kecewa. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara, saya tetap menyokong mereka walau apapun.

Yang buat saya marah dan sedih serta kecewa adalah sikap sesetengah penonton. Saya suka perkataan penonton daripada penyokong, kerana penyokong akan tetap berada di belakang pemain walaupun kalah teruk.

Semasa Malaysia menentang Jepun, mati-matian Hafiz Hashim dikutuk, dimarahi oleh penonton. Kata meraka Hafiz tidak ada semangat, tak reti nak bermain dan macam-macam lagi lah. Kemudian, Hafiz berjaya membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir. Wah! Tiba-tiba Hafiz dilabel sebagai wira yang bakal menyerlah kembali. Dia dipuji. Dia diberi pelbagai harapan.

Nah! Sekarang, Malaysia kalah dengan China sejak permulaan lagi. Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu negara pertama yang tidak pernah kalah sepanjang kejohanan pun kena bantai kutuk. Tiada langsung kata semangat. Tiada langsung kata-kata memberi sokongan bahawa rakyat Malaysia tetap menyokong mereka.

Sokong membawa rebah. Itulah gelaran yang sesuai diberikan kepada kebanyakan penonton Malaysia. Tak kiralah kejohanan badminton ke, bola sepak ke, atau apa jenis sukan sekalipun. Saya paling kasihan dengan pasukan bola sepak. Selalu mereka lah yang paling banyak kena. Tapi semasa mereka menang Sukan SEA tahun lalu, mereka dijulang tinggi secara tiba-tiba.

Kata penyokong. Kalau penyokong haruslah selalu sokong terutama sekali masa rebah. Bukannya bila hendak jatuh, terus ditinggalkan dan dibiarkan jatuh.

Lagi satu saya tidak berpuas hati dengan penonton Malaysia, mereka sendiri sebenarnya tiada semangat kesukanan. Lagi mahu cakap pemain yang tiada semangat. Ada yang bersemangat, tapi ramai yang biasa-biasa. Pergi sekadar menonton, bukan menyokong. Buktinya?

Kalau dulu, setiap kali saya menonton Kejohanan Piala Thomas atau apa jenis sukan yang berprestij yang membabitkan negara Malaysia (saya tak tonton sukan yang tiada kaitan dengan Malaysia, buat apa sokong orang lain?), lagu-lagu semangat sering berkumandang. Paling tidak lagu 'Kau Boleh!' dan jeritan 'Malaysia Boleh'. Baru meremang bulu roma, semangat pun naik.

Sekarang?

Yek eleh, dok jerit 'Malaysia! Malaysia!',

Takpun nama pemain 'Chong Wei! Chong Wei!'

Macam zaman sekolah rendah, 'Merah! Merah! Merah! Yeayyyyy!!!!'

Hehehehe... jangan marah arr. Tak ada yang terasa kan?

Lepas tu lagi, bila dah nampak pemain mula berentak perlahan, suara yang menyokong pun terus hilang. Sepatutnya, masa tengah perlahan lah bagi naik semangat. Dari segi psikologi, pasukan lawan pun akan tergugat sedikit. Mesti dia terfikir, 'Aik, poin aku lebih daripada dia ni, tapi penyokong dia beria-ia macam dia yang menang.' Lepas tu konsentrasi pun hilang. Tak caya, cubalah lagi lain kali.

Apin-Apin pun boleh kalahkan Sook yang memang kuasa kuda punya pemain sebab sorakan penyokong. Inikan pula stadium yang penuh.

Okey, saya perasan entri saya telah terlebih dos emosinya maka saya akan berhenti di sini dahulu. Jumpa lagi. Daa~~

Salam.
Peace.

5 comments:

adiawuH said...

Camtula baru semangat kesukanan, bak kata Bik Mama! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Eh related ke? Teheeee..

intoxicated_lover said...

Ohhhh aku sgt2 suka entri ko yg ni kerna aku sangat2 bersetuju dengan kata2 ko 100%!!!

C'monlah org Malaysia....

intoxicated_lover said...

Ohhhh aku sgt2 suka entri ko yg ni kerna aku sangat2 bersetuju dengan kata2 ko 100%!!!

C'monlah org Malaysia....

intoxicated_lover said...

Oh aku amat2 suka sama ini entri!! Sangat2 bersetuju!

Kadang2 aku malu jadi orang Malaysia tau. Bukan tak patriotik, tapi bila melihatkan perangai sesetengah rakyat Malaysia ni buat aku berharap aku jadi warganegara negara lain.

Walau apapun aku sayang negara aku sangat2. Cuma disebabkan beberapa titik 'nila' dalam 'susu' sebelanga tu buat aku takmau minum 'susu' tu dah.

Cheers.

NSMY said...

babe - berkaitan gak tu..

cyeda - wah.. punya semangat ko nak komen, sampai 3 skali ko pos.. hehehe.. tp betul. hanya kerana nila tu la, aku susah nk minum susu skang.. (tp aku minum susu dlm kotak.. hahaha..ook, tak lawak. ).