Salam...
Saya tak suka angka. Saya sangat lemah dalam matapelajaran Matematik. Kalau suruh saya mengira memang lambat. Sungguh, kalau saya mengira lebih daripada 30 saya akan tertanya-tanya apakah nombor selepas 35. Asal sebut saja perkataan KIRA, maka otak saya akan bergerak dengan lambat sekali.
Jangan pula anda kata otak saya jadi cepat kalau suruh kira duit kerana itu semua amat jarang berlaku. Oleh sebab itu, saya memang tak kisah kalau orang kedai tersilap kurang bagi baki. Salah sendiri yang lambat tangkap.
Saya juga mempunyai masalah kalau orang tanya 'Hari ni hari Ahad, ada berapa hari lagi menuju ke Ahad 2 minggu seterusnya?' Bukan tak boleh jawab, tapi lambat.
Dan, saya juga telah tersalah kira bulan. Saya sangka telah berada di Keningau selama 6 bulan, rupanya baru 5 bulan... menghampiri 6 bulan. Juga kalau orang tanya berapa hari lagi nak balik?
Jawab saya... err.. (sambil mengira) 5 HARI LAGI!!!
Salam.
Peace. Hehehe
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment