Salam.
Alhamdulillah, Mr. Jazzy selamat sampai di pelabuhan hari Rabu yang lalu. Kalau diikutkan, pihak syarikat yang menguruskan kedatangan mr. jazzy meminta saya untuk terus mengambilnya pada hari yang sama ia sampai. Tapi oleh kerana hari tersebut hari persekolahan dan saya pula ada seminar di Hotel Perkasa, saya terpaksa menangguhkan pengambilan mr. jazzy.
Tapi tak boleh!
Huhu.. nasib baik ada Nurie. Dia dan kawan dia yang tolong ambilkan mr. jazzy dan diteduhkan sementara di rumah nenek saudaranya. Hari Sabtu baru saya menjemput mr. jazzy pulang.. dengan KakZahN dan KakHa. Bukan saya yang memandu, KakZahN lah.. hehe..
Kebetulan hari yang sama, Hendry Aloysius harus ke KK juga kerana hari esoknya dia ada temuduga untuk kursus Diploma Pengajian Sukan. Oleh kerana dia pun berseorangan, jadi saya tumpangkan dia sekali ke sana. Eh, silap lagi.. bukan saya yang tumpangkan. Kami naik teksi yang sama untuk ke KK. Harap-harap dia dapat lepas temuduga tu.
Jadi, sekarang mr.jazzy ada dengan saya dan dah pun dibawa ke sekolah. Cuma.. cuma... adehlah... selalu tau saya lupa. Sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah yang mengambil masa lebih kurang 15minit, saya lupa untuk turunkan brek tangan. Patutlah rasa berat semacam. KakZahN kata seronok bawa mr. jazzy saya, ringan, ringan dan ringan. Tapi bila saya yang bawa, tertanya-tanya, kenapalah berat ni. Rupa-rupanya lupa brek tangan.. uhuhu...
Masa belajar dulu pun, yang selalu saya lupa ialah brek tangan. Masa cuba bawa MyVi papa pun lupa brek tangan. Malah saya suspek, saya juga terlupa untuk menurunkan brek tangan ketika cuba memandu Gen2 KakHa... Patutlah bau macam getah terbakar semacam saja bila keluar dari kereta.. hehehe
Rasa macam kena letak sticky note dekat stereng. Langkah-langkah perlu diambil sebelum memandu.
1. Hidupkan enjin.
2. Pasang aircond.
3. Pastikan tingkap tertutup rapat.
4. TURUNKAN BREK TANGAN.
5. Tekan brek sebelum memasukkan gear.
6. Pandu dengan berhemah.
!^__^
Buat malulah. Itupun masih ada yang terlupa..
7. Pasangkan tali keledar anda. Huhuhu...
Kalau ada lagi, jangan lupa bagi tahu orang yang baru belajar ni.
Oleh yang demikian, saya masih memerlukan rakan di sebelah untuk mengingatkan saya. Hari ini hari pertama bawa mr. jazzy ke sekolah. Esok hingga habis minggu ni, saya kembali naik Gen2 KakHa sebab dia jadi guru bertugas jadi mudah untuk dia bergerak apabila ada apa-apa hal. Saya bawa sendiri? Haih... Minggu depan cuba lagi memberanikan diri.. bersama KakHa. hehe
Salam.
Peace.
p/s: saya berani menghadapi apa juga bentuk cabaran dan rintangan tetapi sangat penakut di jalan raya. 0__0
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Yayy happy for u!! Amik gambar plss!!
p/s: sblom start enjin check free gear dulu! :P
hehehe.. nnt i amek... oh, btw, keta i auto.. ngehee
Post a Comment