Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 April 2010

Planner

Salam...

Sahaja mahu luangkan sedikit masa dengan cik lappy sebab tak dapat tidur setelah berjaya menidurkan diri sendiri sebanyak dua kali petang tadi. Hujannn.. hahaalasanan..

Dua tiga hari ni saya ada menilik diri sendiri... eh, tak. Bukan menilik dengan erti kata jadi tuk nujum. Ehm, apa yang sesuai ya? Ha! Muhasabah diri. Saya tengok-tengok balik kejadian yang menimpa melalui video otak, ingat semula apa yang telah saya buat, apa yang saya tak buat. Periksa semula diari, *sebut pasal diari, entah mana planner ku nan satu itu*, tengok semula tarikh yang telah berlalu... hmm...

Satu perkara yang saya dapati adalah perbezaan rutin kerja saya. Sewaktu mula-mula saya bergelar pendidik, saya begitu teruja untuk jadi seorang guru yang dikasihi, disayangi, yang dedikasi. Pelajar buat perangai pun, saya tidak kisah. Saya suka menggunakan pendekatan kasih sayang dan komunikasi untuk mendekati mereka. Walaupun saya tahu kebanyakan daripada cara saya sebenarnya tidak berhasil.

Masuk tahun 2009, saya masih menggunakan pendekatan yang sama, tapi sedikit berkurangan. Tetapi saya masih belum penat. Malah, apabila ditawarkan untuk bertugas di bahagian Unit Bimbingan dan Kaunseling, saya begitu gembira walaupun hati berbelah bahagi. Saya menggunakan kelebihan sebagai guru bimbingan dan kaunseling untuk mendekati adik-adik. Alhamdulillah, kebanyakan daripada mereka memang rapat dengan saya dan terus menghubungi saya sehingga sekarang.

Tugas saya tahun lalu banyak berkisar tentang kaunseling. Kebetulan, rakan setugas cuti bersalin. Jadi, nak tak nak memang saya kena buat tugas yang diberikan. The bright side of it, I developed a closer relationship with students especially form 5 students.

Menjelang hujung tahun lalu, saya mula kepenatan. Atau sesuai dikatakan sebagai putus asa atas beberapa sebab. Saya cuba sedaya upaya mengundurkan diri daripada UBK. Ianya ada dalam kepala saya dan seolah-olah telah menjadi doa setiap kali saya ke sekolah. Dalam masa yang sama, saya masih lagi keliru.

Akhirnya, doa saya dimakbulkan. Saya berpeluang untuk masuk ke kelas lagi. Tumpuan saya tidak 100% pada UBK. Ada ketika perbincangan dilakukan, idea aktiviti datang mencurah tapi setakat itu sahaja. Semangat untuk melakukannya di bawah nama UBK sudah luntur. Saya sekadar bagi idea, pelaksanaannya biarlah orang lain.

Sekarang, saya lebih sibuk dengan agenda lain. Bermula dengan jawatan ketua guru penasihat bola jaring yang tidak tahu apa-apa tentang bola jaring, tiba-tiba kena anjurkan kejohanan peringkat daerah. Kemudian, dilantik lagi sebagai setiausaha bidang bahasa di bawah seorang Ketua Bidang yang memang penuh dengan idea-idea yang bagus dan tentunya menuntut dedikasi yang tinggi. Tugas sebagai guru NILAM sering saya terlupa kerana kesilapan sendiri. Akibatnya, pelajar-pelajar pun sering terabai. Kasihan mereka. Salah saya tapi... entahlah. Bukan sesiapa untuk disalahkan melainkan diri sendiri yang tak reti nak bahagikan semuanya dengan stabil. Cakap kat pelajar pandai, diri sendiri terumbang-ambing.

Dalam masa terdekat, selesai seminar SINDEX (Sabah Innovation and Design Exhibition), minggu depan ada kursus koperasi selama 2 hari. Selang sehari pula ada pertandingan petanque. Dalam sibuk-sibuk dengan kerja hakiki dan tidak hakiki, sempat juga saya masuk kursus/seminar,

Oh! Petanque! Petanque! I'm freaking excited! Yeay! Setelah *kira kejap* hampir 9 tahun meninggalkan permainan petanque akhirnya saya berpeluang untuk memegang bola petanque sekali lagi. Tahun lepas dah pegang tapi itu masa sukan hari guru. Lepas gian saja. Sekarang ni betul-betul main. Haih! *tersenyum sambil pandang atas*
Oh petanque!! Saya teruja.

Kemudian, balik dari petanque kena uruskan hal tentang Kemuncak Bulan Bahasa dan NILAM.

Ok. Salam.
Peace.

p/s; anggap saja ini salah satu planner saya. Planner oh planner! Di mana kamu!!

No comments: