Salam dari saya untuk semua.
Hari ini hari Isnin bersamaan 19 April 2010. Saya cuti sakit hari ini sebab terlalu penat pulang dari KK dan masih selsema serta batuk yang baru menyerang. Juga berniat untuk pergi mencabut gigi yang telah lama tersimpan. Tak mahu buat khazanah dah. Tak ada nilai langsung nak buat khazanah. Hehe.
Seperti yang telah dinyatatakan dalam entri sebelum ini, saya dapat bertemu dengan si dia. Sebelum dia bertolak pulang, kami bertemu untuk makan tengahari bersama pada hari Jumaat. Akhirnya, saya dapat memandu sendiri. Kerana dia...:p
Hari Jumaat juga, selepas solat Asar, saya, KakZahN dan KakHa bertolak ke KK untuk pertandingan Petanque Angkasa peringkat negeri Sabah. Kami terpaksa bertolak petang kerana pertandingan akan bermula seawal jam 7.30 pagi hari Sabtu. Kami sampai di KK selepas Maghrib dan menginap di Kompleks Tabung Haji.
Esoknya, dengan semangat berkobar-kobar, kami ke UiTM. Kami tiba tepat jam 7.30 pagi. Tunggu punya tunggu akhirnya perlawanan bermula jam 9.00 pagi. Tepat elok, pasukan lelaki yang terdiri daripada Cikgu Jaidi, Cikgu Frankie dan Cikgu Izzat baru sampai. Memang kami tak sempat berlatih. Bila kena berlawan, terus lawan. Uhuhu...
Alhamdulillah, kami enjoy dengan permainan kami. Boleh tahan jugalah hebat pasukan kami. Eceh.
Saya masih kurang sihat sebenarnya ni. Pening pula. Jadi, adios.
Salam, Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Babe, minum air byk2 (that was my persuasive speech back in sekilau).
Gambo takde, B O R I N G!! Heee...
semua u ingat.. uhuhu.. i ingt demonstrative speech i yg disaster je..
gambar ada tp xsempat nk upload..
Post a Comment