Salam...
Oh oh! Hampir ke jam 12 tengah malam dan saya masih belum melelapkan mata sedangkan esok saya harus bangun untuk memulakan hari baru untuk 2010. Sepatutnya juga saya sedang menyiapkan kerja namun seperti biasa tatkala membuka cik lappy, adalah tidak sah kalau saya tidak memeriksa isi kandungan MukaBuku dan Kapasitor terlebih dahulu.
Alhamdulillah, saya dan Na selamat sampai di Keningau lebih kurang jam 2 petang tadi setelah berpenat lelah berenang merentasi Laut China Selatan (sah-sah orang tahu saya menipu). Okey, ceritanya begini. Jika sewaktu saya pulang sebulan yang lalu, saya menghadapi masalah yang tidak seberapa, kali ini masalah datang lagi. Pun tidaklah seberapa.
Penerbangan yang dijangka pada jam 4.30 petang terpaksa diubah masa ke pukul 6 petang. Lalu saya dan Na mengambil keputusan untuk solat Asar dahulu. Seusai solat, petugas mengumumkan penumpang MH1397 dikehendaki mengambil kupon makan sebagai bayaran di atas kelewatan. Sekali lagi kami melihat waktu penerbangan diubah ke 6.50 petang. Kami pun pergi makan. Sesudah makan, kami duduk di hadapan pintu berlepas dan waktu diubah lagi ke 7.00 petang. Lebih kurang setengah jam menunggu akhirnya kami dibenarkan masuk ke pesawat. Itupun tidak tepat jam 7.00.
Sejam kemudian, kami terus bergegas ke pesawat MH2628. Pun, lama juga menunggu penumpang lain yang lebih kurang sama nasib dengan kami. Sesampai di KKIA, ambil teksi dan terus menuju ke hotel yang sepatutnya kami menginap.
Na dah tempah sebelum ni malah sudah pastikan bilik yang macam mana dengan harga sekali. Jam waktu itu hampir 12 tengah malam. Untuk dijadikan cerita, orang yang sepatutnya mengambil tempahan Na tidak mencatatnya. Terkontang-kanting kami dalam keadaan mengantuk dan letih menunggu bilik kerana hotel tersebut penuh. Full house!
Oleh kerana salah di pihak hotel, maka mereka mencarikan hotel lain untuk kami. Nasib baik ada. Juga menolong kami membawa beg..muahaha... hotel belakang hotel itu saja... Sambungan kepada cerita itu, kami tidur tidak sedarkan diri dan cuma bangun untuk solat Subuh dan juga bersiap untuk pulang ke Keningau. Tanpa makan. Hanya sepotong kek yang dapat masa dalam penerbangan sahaja.
Lebih memilukan, saya baru makan tadi jam 9.30 malam. Makan maggi saja... huhuhu...
Okeylah. Saya undur diri dulu. Mahu siapkan kerja sikit dan kroihhhh~~
p/s: Yeay! yeay! Esok sekolah! Saya masih mengajar Geografi untuk kelas 4H dan 1I. Dengan tambahan Bahasa Inggeris 5H. Hohohoho...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
ah bestnya mengajar geografi. :)
ida,mas bagus gaklah bagi something kalau lewat. airasia? hampestos!
tu la.. dah la tiket free, bila re-timed ke delay ke bagi gak something..so, xkisah sgt la actually bila delay.. tp sbb dah lmbtkan.. hehehe.. airasia? dah la makan dlm flight pon nk kena beli sendiri, mahal lagi.. kalo tak 2.5 jm suffer kelaparan.. hohohoh
Post a Comment