Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 January 2010

I'm touched.

Salam semua...

Bagaimana dengan tahun baru anda yang sudah 6 hari berlalu? Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancang. Bagi saya, walaupun baru 3 hari memulakan kerja sebaik sahaja pulang daripada bercuti panjang selama lebih kurang 40 hari, saya dah rasa macam dah seminggu kerja. Banyak. Itu yang mampu saya bagitau kalau dipandang dari sudut yang kurang memuaskan hati seorang manusia pemalas.

Tapi, oleh kerana saya ingin jadi lebih rajin untuk tahun 2010 dan mendatang, saya kata kerja sudah pun bermula dan saya akan mulakan dari awal. Tiada lagi kerja penangguhan. No more procrastination. Jadi, awal-awal lagi saya sudah berjaya menyiapkan rancangan mengajar untuk minggu ini. Alhamdulillah. Minggu orientasi untuk pelajar tingkatan 1 pun nampaknya berjalan dengan lancar dengan pertolongan PRS. Sebetulnya, kredit harus diberikan kepada Cikgu Aimah Yahya kerana segala perancangan datangnya daripada beliau. Saya cuma membantu apa yang mampu sahaja.

Bercakap tentang PRS, untuk 3 hari yang pertama sesi persekolahan bermula, kebanyakan daripada mereka nampaknya mula menunjukkan prestasi yang membanggakan. Tidak perlu disuruh-suruh, tidak perlu cakap banyak, ada yang sudah dikenal pasti mempunyai sikap kepimpinan dan pembimbing rakan sebaya yang telus dan jujur. Malah, ada yang saya yakin bakal menjadi pelajar yang disegani bukan sahaja beliau seorang PRS tetapi juga menitik beratkan hal-hal akademik. Walau bagaimanapun, saya sedar masih terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian. Cuma, harapannya mereka akan teruskan usaha mereka tanpa perlu mengabaikan akademik.

Bukannya apa, ada pelajar yang sengaja mengambil kesempatan memegang jawatan-jawatan penting di sekolah kerana menyangka mereka terlepas daripada bebanan di dalam kelas sekiranya guru memerlukan pertolongan seperti menjadi fasilitator. Ehem... saya tidak omong kosong. Pengalaman membesar banyak mengajar saya. (:p)

Beberapa syarat telah saya tetapkan sekiranya mereka masih berminat untuk menjadi PRS dan juga kepada bakal PRS yang akan dipanggil temuduga kelak. Antara syaratnya:-

1. Disiplin harus sentiasa menjadi keutamaan. Disiplin di sini merangkumi sahsiah rupa diri (rambut, pakaian, kuku, dsb).

2. PRS adalah contoh ikutan yang positif kepada pelajar lain. Maka dengan itu, PRS adalah orang pertama yang tampil untuk membantu mana-mana guru atau rakan atau sesiapa saja yang memerlukan pertolongan. Tidak hanya menanti dipanggil baru menolong atau ketika mahu membodek guru barulah tolong guru angkat beg, contohnya.

3. PRS harus aktif di dalam kelas. Banyak bercakap tapi bukan bererti suka menjawab. Sekiranya tidak faham, tanya cikgu. Kalau cikgu tanya, jawab dengan sebaik mungkin walaupun tak tahu jawapan dan bukannya buat muka blur.

Setakat ini, itu sahaja syarat yang telah saya tetapkan. Malah yang sering saya ulang dari tahun lepas lagi. Buat sementara waktu, PRS lama masih saya kekalkan kecuali beberapa orang pelajar yang tidak dapat meneruskan komitmen. Yang lain, dikekalkan dengan percubaan 3 bulan. Dalam tempoh tersebut, sekiranya saya tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka, telinga saya terdengar rungutan-rungutan daripada para guru atau pelajar lain, berkemungkinan besar mereka akan dilucutkan jawatan. MUKTAMAD!

Itu cerita PRS.

Ada satu cerita yang saya nak kongsi. Bukan cerita tapi perasaan sebenarnya. Saya pasti anda yang membaca pernah rasa terharu sampai naik sebak kemudian kalau boleh nak menitiskan air mata di saat itu juga. Bukan terharu sedih, tapi terharu kerana terlalu gembira kerana apa yang anda buat selama ini membuahkan hasil walau sedikit kerana anda tidak pernah harap akan hasilnya dan ianya bukan untuk anda tapi anda sendiri yang merasa tempiasnya. Itulah perasaan saya semalam di bawah cahaya matahari yang silau dan terik.

Kisahnya, seorang pelajar Tingkatan 5 tahun lalu datang ke sekolah. Kebetulan saya berada di kawasan letak kereta dan dia baru sampai, maka saya yang ditegur dulu. Dia bukan pelajar cemerlang akademik, tapi saya tahu dan yakin dia mahu cemerlang. Dia mahu jadi yang terbaik kerana itu yang sering saya laungkan pada pelajar Tingkatan 5 2009. Dada saya sebak, air mata saya hampir mengalir apabila ditanya apa yang dilakukan sekarang, jawapannya mengikuti kursus komputer yang pernah datang bagi taklimat tahun lalu. Ya, saya tahu...

What's a big deal? Nothing special. Nothing interesting about that. They can do whatever they like since they finished their high school anyway. Correct! But for me, it IS a big deal. Like I said, he is not an excellent student. He is just an ordinary boy who strived for the best in his life. He tried to gain everything as good as he can. He believes in himself and he believes he can be what he wants to be. That is an achievement for me and for himself, of course. Especially when he thanked me. He remembered that he owed me money when I gave in advance for his UPU form. I don't care either he paid or not. I helped students who wants to help themselves, but when he wanted to pay back... I smiled. I said, if you have the money and want to pay, I accept. If not, I don't mind at all.

Wah! Cakap orang putih pula dah. Hahaha.. semangat nak mengajar Bahasa Inggeris punya pasal.

Penat sudah! Saya berhenti dulu ya..

Salam.
Peace.


3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

bestnya ada cikgu macam ida. some teacher do judge student by academic and not by the charisma (eceh cakap macamlah kau berkarisma kapoor syud) hehe

yet,it just make you feel down and won't say things anymore. err..itulah yg syud rase dgn lec2. tamo jd aktif dh sbb xpandai (& pemalas) HAHA

NSMY said...

ya syud. kadang2 cikgu pun tak sedar yg dia buat silap. niat dia nk betulkan apa yg salah, tapi dia tak sedar secara tak langsung mendownkan bdk tu.. sbb tu selalu sy ingtkan diri sendiri tak jugde budak2 walaupun kdg2 sakit kepala nk bg dorang faham. kang cakap kang, takde smgt dah nk bercakap. dorang dah bg respon dah ckp bagus.

sbb tu juga kalo sy silap ckp something yg boleh lunturkan semangat dorang nk belajar, sy cepat2 mntak maaf. most senior teachers and lecturers tak galakkan guru mengaku kesalahan krn bdk2 tend to amek kesempatan.. but i dont care, as long as they participate in my class. mengarut2 gak kdg2 but at the end of the day, they will remember.

Anonymous said...

ermmm most seniors? yer lah cikgu muder.