Assalamualaikum...
Sedang mendengar lagu-lagu dari album Westlife, Back Home. Sedang menimbangtara bila agaknya dapat saya beli album Where We Are... atau mungkin siapa yang sudi membelikannya untuk saya. Oh, kalau boleh kesemua 5 album terawal... Cakera padat ya. Sebab untuk lima album terawal saya cuma memiliki kaset dan pemain kaset sekarang sangat tidak sejuk...err..cool. Juga sebenarnya, kesemua kaset-kaset saya adalah tidak sempurna setelah ditenggelami air ketika banjir lima tahun yang lalu. Masih berfungsi tapi tidak sempurna.
Apa hal cerita pasal album Westlife? Tiada hal, tiada cerita sebenarnya. Atau ada yang ingin dikongsi namun tak semua perkara kita boleh kongsikan di khalayak meskipun hati meronta-ronta untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hati. Walaupun memerlukan telinga untuk mendengar, bahu untuk ditumpang, tak semua telinga mampu mendengar, tak semua bahu sudi tumpangkan kesedihan. Kalau pun ada, mungkin orangnya tidak begitu sesuai.
Mujur juga ada seseorang yang masih sudi dan sesuai. Nana, kalau kau baca blog aku ni, terima kasih sekali lagi. Aku dah lega sikit.
Jadual sekolah masih berubah-ubah kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Untuk jadual saya sendiri, Pendidikan Moral ditarik balik dan saya kekal mengajar matapelajaran Geografi tingkatan satu dan Bahasa Inggeris tingkatan empat dan lima. Jadi, masa saya dikurangkan kepada 16 masa.
Adakah saya akan terus berjaya di UBK? Saya tidak pasti. Untuk saya bagi bimbingan dan nasihat kepada pelajar secara tidak langsung, boleh. Untuk buat janji temu dari pihak saya sendiri, saya tak boleh janji. Sebab saya juga bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar yang berjaya yang mana saya harus membuat persediaan setiap kali sebelum masuk ke kelas. Entahlah... mungkin ini alasan dari pihak saya. Tapi andai ada yang inginkan perkhidmatan rundingan, bimbingan dan kaunseling dari saya, saya alu-alukan kerana saya juga tidak mahu mengabaikan jawatan yang telah diberikan.
Tahun ini, saya rasa banyak cabaran yang kena saya tempuh. Tiba-tiba saya rasa beban kerja semakin banyak. Bukan mahu merungut. Malah, kalau boleh saya tak mahu merungut pun sebab ini adalah amanah daripada semua pihak untuk saya. Seharusnya saya pikul sebaik mungkin. Namun, sebagai manusia biasa sekali sekala terasa ingin meluahkan.
...dan saya juga mengerti. Hanya DIA yang sudi memahami dan DIA telah lama faham. Sebab tu diberikan saya segala macam cabaran. Hanya untuk menguji adakah saya dapat menerimanya dengan hati yang terbuka ataupun terusan mengeluh.
Anda nilaikan sendiri...
*Sebaik hampir selesai menaip, album The Love pula menyusul... memberi idea untuk tajuk entri hari ini...*
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment