Ini entri kedua. Sebab saya tiba-tiba teringat sesuatu dan mahu diluahkan hari ini juga.. Tak menahannn!!! Hahaha... Perlu juga diingatkan entri ini mengandungi unsur-unsur gedik gadis bawah umur...
Saya teringat zaman sekolah dulu. Masa tingkatan 2 -5. Masa tingkatan 2, saya bersekolah di sesi pagi sebab saya pelajar kelas Arab. Maknanya, kami ambil 9 matapelajaran untuk PMR nanti iaitu tambahan bahasa Arab komunikasi (sila jangan berkomunikasi dengan saya, saya gagal..huhu). Ada dua kelas Arab iaitu B1 dan B2. Dari tingkatan 1 sampai 3 saya duduk di B2 sahaja... 1B2, 2B2, 3B2.
Ok ok.. saya nak cerita begini. Masa tingkatan 2, kelas saya adalah yang paling dekat dengan padang. Jadi, kalau kelas lain ada PJK, kami.. atau tepatnya saya mengambil peluang untuk mengintai. Lebih-lebih lagi kalau budak lelaki yang bermain bola waktu tu. Yang selalu menjadi mangsa intaian saya adalah abang-abang tingkatan 3K1. Kelas K1 adalah kelas yang paling pandai selepas aliran Arab. Pelajar lelakinya adalah sooooooo comel, super cute, super handsome, menjatuhkan hati sesiapa yang memandang iaitu SAYA! hehehe... Baiklah, itu adalah pemandangan dari sudut kacamata budak perempuan gedik umur 14 tahun yang memandang budak lelaki 15 tahun. Lagipun umur 14 tahun saya adalah masa untuk memulihkan kendiri daripada perasaan ditolak cintanya... hahaha...
Dijadikan cerita lagi, saya yang selalu mengintai ini telah terpandang seseorang yang tinggi dan comeeeeelllll!!! Raut wajahnya yang ala-ala syahdu gitu... ahaha... mata saya hanya pada dia. Dia seorang. Saya ingat nama dia.. tapi tak mahu dedahkan di sini sebab tak semua orang tahu. Entah-entah orang yang tahu pun dah tak ingat...
Oleh kerana saya tinggal di asrama waktu itu, saya menggunakan kelebihan kakak-kakak senior yang sekelas dengan dia untuk tolong saya mengurat..eh tidak... saya tidak mengurat tapi kononnya mahu berabang angkat sebab saya tak ada abang..kehkehkeh...
Maka seorang kakak ini telah menolong saya. Tentu ada yang hairan, macam mana senior boleh tolong junior buat benda tak senonoh ni. Sebab kakak senior tu kakak angkat saya waktu tu... Hahaha... *banyak betul gelak*.
Sambung semula, maka kakak itu telah menolong saya menghantar surat kepada abang yang saya minat. Malangnya! Diulangi! Malangnya, kakak angkat saya waktu itu tersalah orang! Lain yang saya cerita, lain pula orang yang dianggap kakak tu.
Pada suatu hari, abang yang tersilap tu nak jumpa saya sebab dia nak kenal 'adik' dia... maka saya pun berjumpa lah... Malu nih.. malu tapi pergi juga..bertemankan Noorma tak silap waktu tu...
Dan..
Wow! Hensem!
Wow! Kacak!
Wow! Tinggi!
Wow! Wow! Wow!
Wow! Pemain sepak takraw sekolah! Wow!
Wow! Wow!
Hahahaha!
Bila dah masuk tingkatan 3, saya dan abang ni tak berhubung sebab utama saya malu. Lagipun masa dia tingkatan 4, semua orang dah mula kenal dia sebab yalah.. pemain sepak takraw utama sekolah... memang agak menjadi pojaan juga lah.. dengar kata juga, dia pernah bercinta monyet dengan salah seorang rakan sekelas saya yang memang juga menjadi rebutan orang waktu tu. Juga sebenarnya, saya dah ada seorang abang angkat yang juga pemain sepak takraw sekolah yang mana sepupu kepada kawan saya. Yang ini betul saya anggap abang sebab beza umur 2 tahun. Saya tingkatan 3, abang tu dah tingkatan 5. Dengan abang yang cuma beza setahun ni... entahlah... malulah nak mengaku dia abang angkat saya... takut orang kata saya gatal... hahaha..padahal memang pun...
Sebenarnya rumah kami tak jauh... seberang jalan pun rumah saya dan dia. Kalau saya ke rumah saudara saya, mesti akan lalu rumah dia. Selalu juga terserempak dengan dia. Tapi selalunya, saya buat tak nampak ataupun kami pandang-pandang. Tapi nak tegur menegur segan.
Walau bagaimanapun, saya tak pernah lupakan dia. Surat-surat yang pernah dia bagi, saya simpan lagi. (Dulu mana main emel-emel ke, YM ke, Friendster, Facebook, jauh sekali).
Dan beberapa hari yang lalu, saya membuat operasi mencari kawan-kawan dan kakak-kakak senior di Facebook. Saya bermesej dengan seorang kakak ni. Saya tak tahu pula dia tahu pasal saya dan abang angkat ni. Dia tanya saya, ada berhubung tak dengan abang ni. Saya pun terus:
'Hah! Baru ingat nak tanya. Sila bagi nick dia.' Pandai betul saya! Padahal tak terlintas nak tanya dia tapi memang saya terrrrrlintas nak cari abang tu di Facebook, tapi segala nama yang saya tahu tak ada... rupa-rupanya nama samaran yang tak terfikir dek akal digunanya.
Lalu, saya berhubung semula dengan dia... yay! Dia ingat nama penuh saya walaupun salah eja.. hahaha... Dia masih super hensem macam dulu, masih tinggi macam dulu, mungkin lebih tinggi... masih meruntun hati sesiapa yang memandangnya... Hehehe... Dialah... Azrul Hisyam Abdullah a.k.a Ichang!
Oh ya, abang yang tua 2 tahun dari saya tu... sekarang lagi lama tak berhubung lepas dia habis sekolah. Malah, saya tak pernah jumpa berdepan dengan dia sebab segan. Hanya sampai salam melalui kawan saya saja. Memori terindah yang saya ada dengan dia masa saya masih duduk di asrama, prep waktu petang di kelas, dia ada latihan sepak takraw. Jadi, selesai prep, saya duduk tepi kelas sambil melihat dia berlatih. Tak tahulah saya yang perasan atau memang betul, dia terpandang saya lalu mengangkat tangan tanda dia nampak saya. Kalau saya perasan pun apa salahnya...:p .. terus saya masuk ke kelas semula sebab malu.
Cheh! Nak menggatal tapi pemalu...
Saya panggil dia abang Nan. Rosnan namanya... dah kahwin, dah ada anak pun...
Saya ada lagi abang angkat yang lain. Selain Ichang, semua dah kahwin. Yang paling rapat dan memang menjalankan tugas sebagai abang yang baik, bertanggungjawab adalah abang Aziz. Dialah yang paling lama saya kenal. Tempat saya mengadu jatuh bangun. Abdul Aziz bin Abdullah. Dah ada dua orang hero. Aiman yang banyak mulut dan chubby berat tak terkata... Rindu itu budak kecik yang dah besar!! Si adiknya saya tak jumpa lagi. Tak berkesempatan. Kali terakhir saya jumpa abang Aziz dan Kak Ina (isterinya) serta Aiman masa saya konvo tahun 2008. Masa tu, Kak Ina tengah mengandungkan Hariz (kot...lupa pula nama anak saudara yang nombor 2 ni).
Seorang lagi abang angkat... hehehe.. tak payahlah cakaplah siapa dia. Lagipun kawan-kawan kami adalah sama, tapi tak semua kawan-kawan kami tahu kami adik beradik angkat... seganlah. Dia pun banyak tolong saya. Tak kisah kalau saya selalu kacau dia buat kerja malam-malam hanya nak bertanya soalan bodoh seperti macam mana nak tag orang di status Facebook. Segan sebab saya rasa semua orang nak jadi adik dia. Saya jadi adik angkat dia pun baru lagi setelah setahun lebih berkenalan. Secara spontan sebenarnya... tapi bila dia anggap saya adik, rasa macam...Wow! It's such an honour from a nice person like you! Abang tahu siapa abang... *Dia tak baca blog saya kot, tapi isteri dia selalu juga baca blog saya.Hehehe*
Abang Nan, Abang Aziz, Ichang dan Abang... empat orang abang angkat saya ada. Yang masih kekal abang hanya dua, Abang Aziz dan Abang. Ichang... dia pun macam segan nak berabang-adik ni. Kawan sajalah kot. Abang Nan, mungkin dia dah lupakan saya.
Asyik abang saja... kakak macam mana?
Ada! Ada!
Kakak yang paling saya sayang adalah Kakak!!! Saya panggil dia Kakak, nama dia Zuzanawate Ramlee. Tapi sebenarnya lepas sekolah rendah, kami tak berhubung sebab dia pindah. Kali terakhir masa saya tingkatan 4, dia telefon saya. Dia di Johor. Dia baya Ichang. Saya masih mencari dia sebab saya sayang sangat-sangat kat dia. Dialah orang pertama yang rapat dengan saya dari saya darjah 4 sampai darjah 6. Kalau-kalaulah ada orang kenal Zuzanawate Ramlee... tolong beritahu dia ya!
Kemudian, Kak De. Saya lupa nama sebenar dia.. hehe... dialah yang tolong saya. Masa tingkatan 2. Pun tak berhubung selepas dia ke sekolah teknik. Kak Jamilah di Melaka. Dan KakIna, isteri abang Aziz juga saya anggap sebagai kakak saya, bukannya isteri abang Aziz.
Ok.. itu saja. Semoga kita bergedik lagi lain kali.
p/s; nak cerita pasal Ichang je sebenarnya... hahaha
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
kenapa nama dia ichang?
kan nama dia Azrul HISYAM... Ichang tu asal dari nama HISYAM... hehehe
Post a Comment