Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 January 2010

Saya lupa Pengetua baca blog saya... :p

Salam~~

Sebelum saya merepek lebih jauh, entri kali ni tak ada kena mengena dengan tajuk di atas... eh? Ada ke tak? Err... tengoklah nanti. Saya pun tak pasti. Shahida ni bukan boleh dijamin kemerepekan beliau. Silap haribulan, cerita mengarut entah ke mana *dah mula mukaddimah panjang melebar*.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, saya berjaya menjejakkan kaki saya ke kelas Bahasa Inggeris untuk sesi 2010. Yeay! Dapat juga mengajar apa yang telah saya belajar selama ini walaupun sedikit kekok sebab saya ingat-ingat lupa akan metodologi yang telah saya belajar di UiTM. Sebaik saja saya melangkahkan kaki ke dalam kelas 5 Kreatif yang dulu adalah pelajar 4 Harmoni (kelas Harmoni dimansuhkan dan kelas Bestari diwujudkan), saya cuma perlu berlagak pandai. Kalau tak berlagak pandai, nanti pelajar tahu saya seram sejuk nak mulakan pengajaran dan pembelajaran.

Hahaha. Poyolah cikgu ni... eh, teacher. Dah lah asyik bahasakan diri sebagai 'cikgu' walhal patutnya 'teacher'. Semuanya gara-gara terbiasa selama setahun yang lalu.

Terbaharu (skema kan?), saya kena ajar dua kelas untuk subjek Bahasa Inggeris iaitu tingkatan 4 dan 5 Kreatif, dua kelas untuk subjek Geografi (1 Progresif dan 1 Kreatif) dan Pendidikan Moral (Tingkatan 5 Intelek dan Progresif). Jumlahnya 24 masa. Hari ni mula guna jadual baru.

Mula-mula saya dapat tahu kena mengajar Pendidikan Moral tingkatan 5, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah tentang kerja kursus mereka. Saya sendiri tak tahu apa-apa tentang subjek ni. Tapi, bila dah masuk kelas 5 Intelek pagi tadi, rasa macam okey saja. Seronok sebab dapat bercerita. Salah satu sebab saya suka mengajar Geografi adalah kerana saya boleh bagi contoh-contoh disamping bercerita. Dan saya dapati begitu juga dengan Pendidikan Moral. Bahasa Inggeris pun sama tapi sedikit terhad dan agak skema sebab kalau nak bercerita kena guna Bahasa Inggeris, tapi tak semua budak-budak ni faham. (padahal teacher nya pun tak cukup kosa kata nak cerita banyak-banyak... hahaha).

Kadang-kala saya hairan dengan diri sendiri. Bila saya rasa nak marah seseorang, lancar dan cantik saja olahan ayat Bahasa Inggeris yang saya gunakan. Tak tersekat pun. Tak ada 'ehm', 'aah', 'okay' (dah lupa istilah yang digunakan). Tapi, dalam hatilah... But, still~

Buat masa sekarang, saya belajar daripada pakcik Frank McCourt macam mana nak tarik perhatian pelajar meminati subjek Bahasa Inggeris. Saya tahu patutnya saya ajar mereka perkara yang berkaitan dengan subjek, tapi saya banyak merepek di dalam kelas. Maksud saya, saya banyak membebel, saya suka bercerita, saya berkongsi cerita lagi dengan pelajar. Saya suka tengok mereka gelak, tersenyum dan memandang saya tanpa berkedip apabila berada di dalam kelas saya. Saya ikut cara pakcik Frank McCourt. Bercerita. Dalam Bahasa Inggeris pastinya. Dengan sarikata tentunya. Macam mana sarikata tu? Hahaha, saya ulang balik dalam Bahasa Melayu. Kalau saya tak bagi sarikata nanti mereka tak faham cerita saya lepas tu mereka tak senyum atau ketawa atau jawab "Faham, teacher!"

Lepas tu saya tanya lagi :

"Do you understand? Faham ke tak?"
"Faham, teacher!"
"What? Do you understand?"

Lepas tu semua diam terpinga-pinga yang mana saya rasa dalam fikiran mereka :

'Teacher ni betul ke tak? Dari tadi lagi tanya soalan yang sama. Orang cakap faham, fahamlah. Kalau tak, takkanlah boleh jawab.'
"Do you understand?" Saya ulang tanya. Kemudian, adalah dua-tiga suara cuba menjawab soalan saya dengan malu-malu kucing.

"Un..er..ss..tand.." (Ini maksudnya mereka segan nak buka mulut bukan tak reti sebut).
"Nak jawab 'Yes, teacher. We understand.' payah?"
Dan mereka tersengih-sengih lagi. Saya juga.

Tapi, saya jumpa Pengetua tadi (hah! ada rupanya... hehehe) bertanyakan kedudukan saya di UBK. Oleh kerana waktu mengajar saya 24 masa, adalah tidak logik sekiranya saya masih menguruskan UBK. Keputusannya, masa saya dikurangkan, berkemungkinan besar Pendidikan Moral digurgurkan dan saya masih di UBK. Cuma...

Saya tidak kisah sebenarnya. Tapi, dalam masa yang sama hati saya berat untuk terus berada di sana. Saya sendiri tidak pasti kenapa. Mungkin kerana saya terlalu tidak sabar untuk masuk mengajar, jadi dalam fikiran saya cuma mahu jadi seorang guru yang tahu mengajar dengan baik dan sempurna. Bukannya memperbaiki segala kelemahan yang telah saya lakukan sepanjang tahun lalu sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Mungkin kerana telah saya setkan di dalam minda :

"Yeay! Yeay! Boleh mengajar BI lagi! Yeay!"

dan bukannya...

"Yeay! Saya masih guru UBK! Kena baiki semula semua agenda yang lalu yang kurang masih sempurna."

Buktinya, saya mengabaikan program pertama iaitu Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1. Ya, saya ada di sana...hanya apabila saya rasa mahu berada di sana. Blog sekolah pun saya tak kemaskini lagi. Budu cap ketereh betul!

Patutnya saya setkan begini :

"Yeay! Boleh mengajar BI lagi dan akan perbaiki kelemahan sebagai guru UBK tahun lalu."

Seorang rakan berkata, mungkin kerana saya terlalu letih dengan rancangan tahun lalu dan sekarang saya macam serik. Entahlah. Serik? Mungkin tapi masih boleh dibuang rasa serik tu kan? Memang saya sayangkan UBK. Tahun lalu, saya abadikan juga diri (yalah sangat abadi) sebab saya sayangkan pelajar tingkatan 5. Bukan nak bangga diri dan maaf kalau ada pihak yang terasa (kot-kot terbaca blog saya). Rasanya kalau saya tak ada tahun lalu, tak tahulah apa kisah pelajar tingkatan 5. Ini yang saya rasalah. Bukan maksud saya, orang lain tak buat kerja ke apa ke... eh, abaikan.

Saya sangka apabila pelajar tingkatan 5 2009 meninggalkan alam persekolahan, saya sudah boleh bernafas lega. Saya silap. Masuk tahun 2010, saya tetap tak boleh bernafas lega dan berlaku tenang selagi pelajar tingkatan 5 2010 tidak tamat belajar. Jangan tanya saya kenapa. Saya sendiri tiada jawapan. Mungkin sayang.

Akan muncul nama-nama baru dalam blog saya untuk diberikan perhatian. Lebih-lebih lagi para PRS tingkatan 5 yang bukan lagi saya anggap sebagai adik tapi memang dah macam adik-adik saya, rakan saya, teman saya. Oh, cuma bukan sampai ke tahap boleh meluah perasaanlah. Saya masih tahu batas guru dan pelajar.

Ya, Masnih, Saffina, Junior, Faiz, Azrina, Syazerawati, Lyz, Collete, Rozie, dan Rey... sila jangan main-main. Apabila sudah cikgu taip nama kamu di sini, tahu kan apa yang perlu dibuat? Orang yang pertama cikgu cari adalah kamu semua.

Pelajar-pelajar tentulah pelajar tingkatan 5 Kreatif. Yang lain... err... maaf, ramai yang cikgu tak kenal nama sangat tapi adalah yang mata cikgu dah set target.

Kenapa pelajar tingkatan 5? Yang lain? Entah... Mungkin saya terlalu taksub untuk melihat mereka melangkah keluar dari sekolah dengan cita-cita yang tinggi bersama karakter yang terbentuk elok. Pelajar lain masih ada banyak peluang untuk membina karakter masing-masing.

Sebelum saya akhiri kisah saya hari ini, saya mahu petik perenggan daripada pakcik Frank McCourt.

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw.

None to disagree!

Peace!


3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

oh yes, dulu waktu sekolah I believe that. in fact,till now..my english teacher still ym me and tell me this 'syud..a human is complex. humans are complex!' *sambil betulkan grammar dekat status*

HAHA. cikgu memang comel. I miss cikgu. :(

Huwaida said...

Rinduuuu...i dah ada tenet!! yayy!! nnti i create new blog. no more fp.

NSMY said...

yay!! Yda wat new blog! nnt u citer dan letak gambar skali life u kat sana k! miss u mmuah muah!