Salam...
Entri ringkas *Ya ke?*
Tadi saya telefon keluarga di rumah. Suara umi bukan main gembira bercerita, Syafiqah menjadi suara latar menokok tambah cerita. Saya... senyum seorang diri kadang kala ketawa dengan umi.
Sekarang semua orang memandang saya dengan satu pandangan yang saya sendiri belum jelas sebenarnya tapi saya percaya bukan lagi seperti dulu. Orang yang saya maksudkan bukannya orang lain tapi saudara mara terdekat sendiri.
Selama ini, kerana kesusahan hidup orang menganggap kami tidak mampu untuk menandingi orang lain dari semua sudut. Memang papa bukanlah yang terbaik di kalangan adik beradiknya. Papa lah yang paling susah. Papa lah yang banyak berhutang, papa yang selalu dianggap menyusahkan abang-abang dan adik-adiknya walaupun dulu menurut umi, papa jugalah yang selalu menolong mereka di kala susah.
Hanya kerana sebuah kereta... semua tak percaya. Muahaha...
"Boleh tahan juga Shahida ni."
"Kereta kak long? Wow!"
Ok, ayat kedua itu bukan keluar dari mulut mereka yang berkenaan, tapi lebih kuranglah... sampaikan To'Che dah beli mangga nak kunci pintu pagar, takut apa-apa jadi kat kereta saya. Syafiqah pun kena marah dengan To'Che sebab selalu sangat main dekat kereta. Saya suruh dia ambil gambar dan muat turun ke dalam MukaBuku pun dia tak berani, takut kena sergah dengan To'Che.
Tapi rasa risau dan takut tetap menguasai perasaan kami. Saya tak mahu riak, tapi kadang-kala apabila sering dicemuh dan sekarang dipuji, terbit jua sedikit rasa bangga. Lalu kami sama-sama merendah diri.
"Alah, orang lain pakai kereta biasa pun, belanja lain mahal. Pakai kain baju berjenama, makan tempat yang mahal. Kak long ni, nak makan sehari-hari pun ikat perut. Kredit telefon sekarang pun dah berjimat. Nak shopping pun fikir dua-tiga kali. Nasib baik memang pandai berjimat, kalau tak, seksa juga nak hidup macam ni."
Masih ada juga unsur riak di situ? Maaf...
Tapi, saya tak dapat nak tahan gelak pasal To'Che... wahahaha... sayangnya To'Che kat kereta saya, macam dia sayangkan saya... Peace!
Salam.
p/s: Tak sabar nak tunggu kehadiran kakiku.. Syafiqah! Cepatlah upload gambar kereta kaklong!!!
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
mahu tengok juga kereta kamuuuuuuuuu! :)
syud, tgk di FB sy.. peace!
Post a Comment