Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

07 February 2010

Dengarlah jeritan batinku ini...

Salam...

Saya rasa nak mengarut malam ni. Saya rasa nak membebel tapi tak ada orang nak dengar saya membebel. Yda cuma boleh membaca bebelan saya. Si dia pula sedang berada di Sarawak atas urusan kerja, hari ini dua kali sudah dia dengar saya membebel jadi malam ni saya beri peluang untuk dia dan diri sendiri. Ummi? Saya takkan benarkan ummi mendengar bebelan saya sebab saya tak mahu ummi terlalu fikirkan anak sulung dia ni. Lagipun, papa pun dah dengar saya membebel petang tadi, cuma topik yang berbeza. Saya suka membebel kalau saya ada tekanan. Ya, saya ditekan dan menekan dan tertekan-tekan sampai saya rasa nak tekan sesiapa saja yang lalu di hadapan saya.

Baiklah, abaikan. Saya membebel yang bukan-bukan sudah.

Semenjak dua menjak ni, saya tidak lagi punya rasa kasih dan sayang terhadap pelajar. Kerap kali saya memarahi mereka secara fizikal. Saya tidak pernah memarahi mereka secara fizikal. Paling-paling saya mendera mental mereka. Ayat bahaya. Saya ubah frasa.

Saya suka membebel (membebel lagi). Kalau saya marah, saya akan membebel. Saya akan berleter panjang, bagi contoh yang macam-macam sampai kadang-kadang mereka tak tahu pun apa yang saya bebelkan. Bukankah itu satu penderaan mental apabila kita mendengar bebelan seseorang yang tak memberi apa-apa kepentingan kepada diri? Itu dulu.

Sekarang, saya suka buat mereka penat dan sakit. Betul. Saya seorang guru yang tidak bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Saya berani sakiti mereka. Hanya kerana ingin mengubat hati saya yang sakit. Tiada lagi belas ihsan, rasa kasihan... hilang sudah semuanya.

Ada yang langsung saya tidak peduli. Salin nota/soalan di papan putih, duduk dan tunggu mana-mana pelajar yang rasa nak belajar. 4 orang daripada 32... bagus...

Urgh! Jerawat tumbuh melata... badan dah rasa berat semacam... otak rasa keras...serius dapat rasa otak mengembang lepas tu rasa macam nak meletup... nasib baik tempurung kepala keras, kalau tak memang dah berterabur agaknya otak saya.

Esok, ada mesyuarat dengan pengurus pasukan bola jaring sekolah-sekolah di Keningau. Di mana saya selaku penyelaras yang kena uruskan serba sedikit. Esok juga, saya akan beranikan diri ke depan dan tidak bernada sinis dengan para pelajar di perhimpunan pagi. Esok lagi... nak kena masuk mengajar 5K yang... serius sekarang hilang sudah rasa kasih sayang pada mereka yang tak pernah nak ambil peduli tentang ilmu.

Ya! Saya tahu itulah tugas saya sebagai guru. Menyemai rasa sayang pada ilmu di dada para pelajar. Juga nak kena habiskan silibus dalam masa yang tetapkan, pastikan mereka pandai menjawab peperiksaan, boleh gunakan ilmu di masa hadapan, mengajar mereka kesopanan dan kesusilaan, hormat guru, hormat rakan, belajar bersabar, belajar supaya tidak putus asa, ajar mereka tentang masa depan, ubah nasib dan senarainya berterusan tanpa henti... Jadi, di mana harus saya mulakan?

'Cikgu tak boleh putus asa. Tugas guru memang begitu, mendidik.'

Ya? Kalau dah sampai sakit jiwa? Oh, maaf. Guru memang ditakdirkan untuk sakit jiwa. Lagipun kajian Oktober tahun lalu daripada universiti mana entah, lebih kurang 60% guru menghidap sakit jiwa. Jadi, rilekslah Shahida. Itu perkara normal. Tak sakit jiwa, bukan guru namanya. Ha ha.

Saya sinis lagi. Maaf, esok berharap tidak sinis begini. Demi masa depan pelajar. Demi masa depan generasi Malaysia. Demi... SMK Apin-Apin... Demi segala-galanya but me!

D'uh! Will you stop it Shahida?

Ehm... saya teringin sangat nak buat program macam-macam. Macam-macam saya nak buat tapi satu pun saya tak terbuat sebab tak tahu nak buat apa.

Damn! I'm hungry! Bye...

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

isk..cekgu ida. sabar byk2 ye?

Huwaida said...

Ooooops name i disebut! SUKE!!