Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia
Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat
Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih
Melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih
atas kurnia yang tak terhingga
dendangan Slam
*********************************
Salam.
Sengaja saya mulakan entri kali ini dengan lagu yang cukup indah. Alunan seruling dan kelunakan suara Zamani dihiasi lagi dengan bait-bait yang cukup indah membuatkan saya tidak pernah jemu mendengar dan turut sama mendendangkan lagu ciptaan Awang BPR dan S. Amin Shahab.
Sedikit kemaskini kisah saya di Keningau. Pada 20 Februari yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan majlis gotong-royong serta sedikit jamuan sempena menghargai jasa guru PMR tahun lalu dan juga jamuan Tahun Baru Cina 2010.
Untuk agenda hari berkenaan, saya bertugas di bahagian jamuan pelajar. Tiada apa sangat. Tempah saja dengan Pakcik Frankie kantin, minta tolong 2-3 orang budak untuk agihkan, siap!
Istimewanya hari berkenaan adalah kerana pihak sekolah telah bermurah hati untuk menjemput kumpulan tarian singa bagi dipersembahkan di sekolah. Jujur dengan muka tak tahu malu, itu kali pertama saya menonton tarian singa secara langsung. Malangnya, saya lupa bawa kamera dan saya masih belum mengutip dari orang perseorangan yang mengambil gambar pada hari berkenaan.
Hasil gotong royong berkenaan juga menyaksikan perubahan yang cukup bagus bagi SMK Apin-Apin di mana para pelajar sudah ada meja makan. Ya, anda tidak silap baca. Sebelum ini, SMK Apin-Apin tiada meja makan untuk pelajar. Ada juga kelas-kelas yang menghias kelas mereka dengan cantik sekali. Nanti saya akan cuba ambil gambar kelas yang sering dinobatkan kelas tercantik dan terbersih.
Kemudian, pada 22- 24 Februari pula saya tidak ke sekolah. Ya, saya sengaja ponteng sekolah. Anda percaya? Baguslah kalau anda percaya sebab saya sendiri tidak akan percaya kalau saya berjaya ponteng sekolah. Oh tidak *dramatiknya*, saya tidak dapat ponteng sekolah apatah lagi dengan sengaja kerana pada tarikh berkenaan saya dan rakan Lee Mui Lan diwajibkan untuk mengikuti Kursus Perluasan dan Pemantapan Pedagogi untuk guru bahasa di Institut Perguruan Malaysia Kampus Keningau.
Sebaik sahaja melangkah ke bilik simulasi (kelas) yang sejuk dingin membeku sampai keras otak, maka terimbaulah kenangan di bilik-bilik di UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam. Apabila pensyarah IPG iaitu Mr. John masuk memberi taklimat ringkas, terimbaulah segala kenangan bersama pensyarah-pensyarah di UiTM.
Saya rindu suasana belajar di universiti. Malas ke penat macam mana sekalipun, saya tetap rindu suasana itu. Walaupun secara ringkasnya, kursus yang diberikan adalah tak kurang dan tak lebih daripada apa yang telah saya belajar di universiti, saya tetap seronok. Mungkin juga kerana saya tidak perlu fikir lain hanya diri sendiri.
Bercakap tentang diri sendiri, awal hari ini saya ada berbual dengan rakan serumah saya. Ketika berbual, satu topik terkeluar dan saya berjaya mengesan sesuatu tentang diri saya. Dulu dan kini.
Saya beritahu KakFizah, dulu masa di universiti, macam-macam orang labelkan saya. Pelik, freak, pathetic. Walaupun bukan secara terus, tapi saya tahu ada orang labelkan saya hanya kerana saya lebih suka buat hal sendiri.
Saya bukan tak ada kawan. Saya ramai kawan, tapi saya tiada kawan yang boleh disebut sebagai geng sekepala. Kawan keluar jalan-jalan - si A, kawan belajar - si B, kawan borak-borak - si C... lain hal, lain kawan. Kalau tak, saya buat hal sendiri. Kawan baik - lain pula.
Setelah saya dapat tahu saya dilabel sebagai pelik, saya bertekad untuk tidak lagi jadi pelik. Nampaknya, tekad saya jadi nyata sekarang. Saya ada 'geng' sendiri di sini, dan saya sudah tak pandai untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Susah untuk betul-betul buat hal sendiri di sini kerana di sini kami adalah komuniti. Komuniti yang menjaga antara satu sama lain, yang mana ianya bagus... cuma saya tidak biasa dan saya sudah hilang kebiasaan saya itu.
Boleh tak saya nak minta diri saya yang pelik dulu? Saya tak mahu berani. Saya tak mahu jadi peramah.
Tak boleh. Saya tak boleh berpatah balik. Saya tak mahu berpatah balik. Setiap apa yang berlaku ada hikmatnya. Setiap kertas kerja akan diluluskan oleh DIA, dan DIA dah luluskan kertas kerja yang tak lama dulu saya pohon. Untuk apa saya merungut lagi? DIA tahu segala-galanya. Pasti ada cerita untuk saya nanti. Pasti ada.
Saya yang dulu memang istimewa. Begitu juga saya yang sekarang. Saya mahu dua-dua. Entah apa sebenarnya saya merepek.
Saya berhenti dululah...

No comments:
Post a Comment