Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 February 2010

....

Salam semua

Saya tahu sejak kebelakangan ini saya kerap merungut. Semenjak dua-tiga minggu atau mungkin sebulan yang lepas perasaan saya kerap jadi tidak menentu. Tak kiralah apa alasan sekalipun, saya tahu saya perlu berfikiran positif.

Kadang-kala saya rindukan diri saya yang dulu. Diri saya yang hanya menurut perintah tanpa banyak soal. Saya rindukan Nur Shahida yang hanya tahu senyum dan senyum dan senyum meskipun di dalam tersirat seribu bahasa. Itu lebih baik.

Saya juga sedar saya sudah jarang bercerita tentang budak-budak. Sedangkan saya pernah berjanji untuk terus bercerita tentang mereka.

Mungkin kerana sekarang saya sendiri keliru apakah matlamat saya ke sekolah. Adakah matlamat saya untuk jadi guru terbaik, masuk mengajar dan memberi erti kehidupan kepada mereka? Atau sebenarnya menjadikan sekolah saya sebagai salah sebuah sekolah disegani?

Kalau yang kedua itu matlamat saya sekarang, maka betullah tindakan saya tidak lagi bercerita tentang mereka kerana saya terlalu sibuk dengan aktiviti di luar kelas yang mampu menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebih baik.

Tapi, kalau saya mahu jadikan yang pertama sebagai matlamat utama saya ke sekolah, maka macam mana dengan kerja-kerja yang telah saya lakukan selama sebulan lebih ini? Hmm... saya keliru.

Saya bukan multi-tasker!

Saya ada cerita tentang seseorang.

....

Dia ada impian. Dia ada cita-cita. Banyak sekali cita-cita dia. Dia mahu menjadikan dirinya terkenal. Dia tidak pernah terfikir yang orang lain akan menyanjung dirinya tapi seringkali di dalam mimpi, dia disanjung, dipuji dan diberi bermacam pengiktirafan. Dia bermimpikan itu setiap malam kerana itulah cita-citanya. Ingin disanjung.

Dia tidak pernah faham bahawa setiap sanjungan memerlukan pengorbanan yang besar nilainya. Dia tidak pernah cuba untuk memberi peluang kepada dirinya untuk memahami bahawa sanjungan yang diharapkannya takkan datang bergolek begitu sahaja. Ada harga yang perlu dibayar.

Dia berusaha untuk mendapatkan sedikit sanjungan. Sedikit sahaja, tidak banyak. Jadi, sedikit pengorbanan katanya, sudah memadai. Dan dia berjaya.

Sampai di suatu ketika, dia menerima lebih daripada yang diharapkan. Dia gembira. Dia tersenyum. Dia bangga. Dalam hatinya dia berkata lagi, sedikit lagi pengorbanan boleh ditambah sekiranya dia ingin kekalkan semua mimpinya yang telah menjadi nyata. Dia ingin berada di puncak. Puncak apa, dia sendiri sebenarnya tidak tahu. Yang dia tahu dia berada di atas. Bukan lagi di bawah. Kalau pun dia berada di bawah, tiada orang yang boleh memijaknya. Itu impian dia lagi.

Dia terima berbakul-bakul pujian. Dalam masa yang sama bermacam dia lakukan agar segalanya kekal dan bertambah lagi daripada sebelumnya... hinggalah satu ayat membuatkan dia tersedar.

"Kau tak perlu risau untuk jatuh kerana kau boleh bangun sendiri nanti. Tidak perlu tangan lain mencapai."

Dia seperti tersedar dari lena yang panjang. Adakah mengimpikan sesuatu bermakna dia perlu berseorangan? Tiada siapa yang ingin menyambut? Kerana dia masih sedar, yang suatu hari nanti dia pasti terjatuh juga. Dia tidak mahu begitu. Dia masih mahu seseorang datang menyambutnya di kala dia jatuh dan menenangkan dia di waktu dia gelisah. Dia tidak mahu selesaikannya sendiri.

Maka bermula kisah yang dia mimpikan selama ini namun bertukar menjadi mimpi ngeri. Setiap bait pujian dan sanjungan dia terima dengan senyum sinis, bukan lagi senyum manis. Dia balas dengan senyum yang mampu mengubat sakit di jiwa.

Baginya, itu bukan lagi pujian. Semuanya ibarat batu besar yang menimpa bahunya satu persatu. Dia tidak perlukan pujian lagi kerana dia sedar dia tidak pernah gembira.

Dia mahu beralih kepada cita-citanya yang lain. Dia perlu buat apa yang dia suka dan boleh menggembirakan dirinya. Bukan yang menggembirakan orang lain.


....

....

3 comments:

s.c.h.u.l.t said...

betul2. do something which makes you happy. err. (tiba2 tulis english tonggang langgang dekat cikgu english. huhu)

adiawuH said...

Babe, i know who u're, U hv that talent. BIG talent in writing..But once u've signed your contract with KPM, there's no turning back. Give full commitment to the students la babe. Put writing aside, as your hobby. i know lotsa fans out there waiting fer your works. But what's your first concern? Your priority?

p/s: i comment ni relevant ke?

NSMY said...

syud - thanks

yda - yeah, writing is something that i like.. but i'm not talking about giving up the job... i love it.. really love to be a teacher.. i meant about something that i have to pay for becoming a 'great' teacher that i've always wanted to be... and it's not teaching... err.. u bleh faham kan.. huhuhu