Saya rasa semenjak kebelakangan ini saya sedikit malas untuk kemaskini blog. Atau mungkin juga sebab kesibukan yang melampau di mana saya sebenarnya bila sibuk saya akan santaikan diri jadi orang akan nampak macam saya tak buat kerja padahal saya sedang tertekan yang amat sangat lepas tu kalau saya mula bekerja nampak macam kalut padahal kalau orang lain buat tak ada apa-apa pun. Orang lain buat kerja dengan tenang dan senyap. Saya buat kerja dengan bising, kalut, entah apa-apa tapi masih orang nampak saya macam tak buat kerja. Oh ya, ini bukan pandangan orang lain melainkan pandangan kasar mata saya sendiri yang rasa masih belum cukup sempurna dalam segala bab pekerjaan yang dilakukan.
Macam mana? Penat tak nak baca ayat saya di atas sebab saya penat menaip terus tanpa berhenti bernafas pun kena tahan... Ok, cukup mengarut.
Ahad 14.02.2010
Mereka iaitu rakan-rakan setaman (sebab saya tukang ikut saja) telah membuat rancangan untuk berkelah. Destinasi pilihan adalah Air Terjun Mahua, Tambunan. Dengan berbekalkan bekalan nasi lemak yang dimasak oleh KakAzah, kami berlapan bertolak ke Mahua dalam lebih kurang pukul 9.15 pagi.
Kami lapan : saya, KakZahN, KakFizah, KakAzah, KakYam, KakHa, Yus dan Azlin.
Perjalanan ke Tambunan sendiri mengambil masa lebih kurang sejam. Yus berhenti Petronas Tambunan untuk mengisi minyak, kemudian perjalanan diteruskan. Saya teringat cerita CikEra tentang Mahua. Katanya, jalannya jauuuuhhhhh....berbukit-bukit lepas tu kena jalan kali masuk ke dalam.
Seusai masuk simpang selepas bulatan ke KK- Tambunan, jalan mula berliku dan berbukit-bukit tinggi. Lebih kurang jalan ke KK melalui Kimanis. Tinggi bukitnya. Hinggalah satu kejadian menimpa...
Disebabkan bukit yang betul-betul curam, kereta manual Yus menghadapi masalah untuk mendaki dan akhirnya dia terhenti di tengah-tengah jalan dalam keadaan yang curam. Mujur juga kereta KakZahN dipandu perlahan. KakZahN melepasi Yus dan bergerak ke depan dulu secara perlahan sebab kalau berhenti menunggu jawabnya dua-dua macam akan terkandas di tengah kecuraman bukit tersebut.
KakZahN memberhentikan keretanya beberapa meter di atas setelah jalan agak rata dan stabil. Kami menunggu mereka. Setelah rasa macam agak lama, kami tak nampak kelibat kereta Yus, KakZahN buat keputusan untuk patah balik melihat keadaan mereka. Macam-macam sudah bermain dalam fikiran memandangkan dari tiada kenderaan lain, beberapa buah kereta termasuk Kancil pun melintasi kami.
Beberapa meter kelihatan KakHa dan KakYam berjalan kaki mendaki bukit tersebut dan berteriak menyatakan kereta Yus tak dapat naik. Mereka tekad untuk terus berjalan kaki ke atas. Kami menuju ke arah kereta Yus. Mungkin cuma terfikir untuk menolong Yus, KakZahN memarkirkan keretanya dalam keadaan menurun. Dia dan KakFizah turun membantu manakala saya dan Azlin duduk menunggu di dalam kereta.
KakZahN, KakAzah, dan KakFizah membantu Yus menolak keretanya hingga dapat melepasi bukit yang curam. Tapi sekali lagi kereta Yus terhenti. Azlin rasa ingin keluar membantu sekali. Dia cuba membuka pintu kereta lalu... geeekk... bunyi brek seakan-akan longgar. Saya dan Azlin hampir menjerit.
Ya Tuhan. Saya pandang ke depan. Terbentang di hadapan kami penghadang jalan dan... gaung. Kalau kata kereta ini terus bergerak sedikit demi sedikit dan KakZahN yang berada di atas tidak perasan... kami mungkin...
Kami tak berani keluar. Malah bernafas pun terasa memeritkan. Tak berani! Saya menyandar perlahan-perlahan sambil memegang dada. Kuat sekali debarannya. Saya rasa dah pucat dah waktu ni.
"Kak Ida..." panggil Azlin. Kami sama-sama panik... tapi saya rasa saya yang terlebih panik. Saya cuba berpaling ke belakang dan mencari KakZahN. Kereta Yus sudah tidak kelihatan maknanya dia sudah berjaya melepasi bukit. KakZahN, KakAzah dan KakFizah masih berdiri di sana, mungkin untuk melihat sama ada Yus berjaya atau tidak.
Saya masih ketakutan. Yang terfikir di saat itu, dosa saya terlalu banyak.
Geeekk... sekali lagi saya dan Azlin menjerit kecil... Ya Tuhan, terus saya turunkan tingkap dan menjerit memanggil nama KakZahN sambil melambai-lambai.
"Kak Ida, jangan keluar!" Azlin ingat saya ingin keluar.
Sekali lagi saya melambai-lambai. Saya terfikir, kalau mereka lambat... kami...
Dalam hati saya, cepatlah. Cepatlah.... Kasihan KakZahN, dalam keadaan tercungap-cungap kelihatan menolak kereta Yus dan terpaksa pula berlari turun. Dengan kaki menekan brek, dia masih tercungap-cungap. Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, KakAzah dan KakFizah berjalan kaki semula ke atas sementara KakZahN terpaksa bawa kereta turun dan patah balik di kawasan yang lebih rata.
Agak jauh sehinggakan kami boleh nampak KakAzah dan KakFizah berjalan mendaki dari kejauhan lebih kurang 500 meter.
Dan kami selamat sampai di kawasan Air Terjun Mahua yang juga merupakan salah satu kawasan Taman-taman Sabah kerana ianya terletak di Banjaran Crocker.
Oleh kerana Air Terjun Mahua adalah sebahagian daripada Taman-Taman Sabah, maka bayaran RM3 dikenakan untuk rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Ingat nak mengaku pelajar sekolah 16 tahun ke bawah sebab harga tiketnya Rm0.50 sahaja, tapi sebab muka dah sah-sah muka orang tua, terus tak jadi.
Dari pintu masuk untuk ke kawasan air terjun, kami perlu menjejaki trail atau laluan sejauh 500 meter. Macam jungle tracking. Masa ni saya rasa macam.. oooyeah~
Segala beban hilang. Segala macam masalah dalam kepala semua hilang begitu sahaja sebaik sahaja kaki memijak batu-batuan, mendengar bunyi alam, dan menghirup udara segar. Ini lah yang saya suka lakukan dan saya berjaya melakukannya. Walaupun penat dan tercungap-cungap sebab dah lama tak berjalan masuk hutan, saya tetap seronok.
Cuma yang tak seronoknya adalah apabila anda berjalan masuk hutan pakai selipar jangok... eh, silap ni loghat Kelantan... selipar sehey...ok, ini pun loghat Kelantan. Saya pakai selipar jalan-jalan. Alah, yang digunakan untuk pergi kedai, yang ada rama-rama atau riben atau bunga-bunga atas ibu jari kaki tu... Ya, saya terlupa untuk bawa selipar jepun. Tapi kalau selipar jepun pun tak seronok juga sebab takut licin. Tapi memang tak seronoklah berjalan dalam hutan pakai selipar bertumit ni... Adeh, silap tempat daa~
Lepas tu airnya mak aih... sejukkk~~ Saya mengaku, saya takut air. Ehm... dengan erti kata itu Ummi saya yang cakap sebab kalau saya berendam sekejap terus saya naik sebab tak tahan sejuk. Saya takut kejang. Selalunya kalau air terjun di semenanjung, sejuknya masih lagi boleh ditahan. Tapi ini... anda bayangkan...
Anda merendam kaki ke dalam air sejuk yang penuh dengan air batu. By that moment, jari-jari kaki terus terasa kejang, perit, pedih dan rasa macam ada orang hiris satu-persatu jari kaki anda. Ya, itulah tahap kesejukan air di Air Terjun Mahua.
Jadi, anda tengoklah gambar tak seberapa ni.
Ok...gambar mandi manda adalah tidak akan dimasukkan... tapi kami betul-betul seronok! SAYA betul-betul seronok dapat berendam dalam air yang sejuk beku... Kalau nak gembirakan saya, bawalah saya ke kawasan begini... Pantai adalah kurang menggembirakan...Saya tak suka air masin.


4 comments:
Alamak! Pjg gile, tp i tak bace lg..balik class nnti k? Tday ade extra class..grrrrr...oh btw, ni blog i..br create. Jakun nye!
takut air? kambingkah ida? muahahaha *embekkk* :D
alaa... dah baca nnt u komen k..
syud: sesampai hati kamu kata sy kambing... tak baca abih la tu.. takut sejuk air terjun@ sungai je, sbb biasa kejang... air lain sy tak takut...
Alhamdulillah...Im glad u're still alive, so u can force me to read your cerpens which is good becoz you are a booster and im a lazy reader. :)
Post a Comment