Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 December 2009

Selamat tinggal 2009, selamat datang 2010.


*Pandai-pandai lah besarkan kalau nak baca*

Salam..

Teks di atas adalah dipetik daripada laman web Kapasitor.net di mana saya telah menyatakan resolusi saya untuk 2009. Esok, 2010 bakal muncul. Jadi, saya mahu semak adakah resolusi tahun lepas bakal berubah atau tetap sama.

1. Kereta.

Hah! Ingatkan paling lambat bulan 8 tahun 2009 dah boleh dapat pakai kereta. Malangnya, cita-cita tidak kesampaian oleh kerana tidak dapat menamatkan pengajian pemanduan berhemah sebelum bulan Ogos. Alhamdulillah, tanggal 24hb Disember yang lalu, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian pemanduan berhemah... Hehehe... Insya Allah, paling lambat bulan Mac akan saya pastikan saya sudah memiliki kereta sendiri. Tak kisahlah kereta baru atau kereta terpakai. Yang penting, boleh jalan~

Tapi kan... saya bercita-cita nak juga pakai Honda. Memang dari dulu lagi saya suka kereta Honda. Tak kisahlah Honda apa pun yang penting jenama Honda (kecuali City). Sekarang ni, saya dan papa sedang berbincang mempertimbangkan antara Jazz 2nd hand, atau pun MyVi baru. Of courselah, saya cuma mampu pakai Honda terpakai, kalau yang baru mahu makan apa daa?? Yang terpakai ni pun macam kurang mampu juga, tapi sedang pertimbangkan. Tolak tambah hutang sedia ada, bayar sewa-bil sana sini, boleh lah kalau nak hidup ala kadar. Tak bermewah lah macam tak ada kereta. Huhuhu...

2. Kahwin

Hoho! Ini... ini... hmm... yang pasti perancangan tahun 2009 belum terlaksana ^__^||. Untuk 2010.. err...err... nampak gayanya pun belum mampu untuk dilaksana. Kalau tahun 2009 sebab saya baru putus kasih, tahun yang sama juga saya ketemu kasih yang baharu. Yeay! Tetapi, untuk bagi kata putus tentang membina mahligai, biar DIA dan dia yang tentukan. Hmm... ada juga perbincangan dan perancangan namun semuanya masih di peringkat awal. Akan tetapi, saya dah bagitahu dia sebelum umur menginjak angka 27, segalanya sudah selesai.. Ngehehe... ada 2 tahun lagi...

3. Kerja

Alhamdulillah, masuk bulan April 2010 nanti, genap 2 tahun saya menjalani kehidupan sebagai pekerja sektor awam. Sebagai tenaga pengajar. Kalau masa mula-mula dulu, saya bersemangat untuk memulakan kerja. Saya rasa nak buat macam-macam. Sekarang, sekarang saya rasa dah jadi macam rutin. Rutin yang kadang kala membosankan. Bangun pagi, bersiap ke sekolah, sampai di sekolah buat apa yang perlu dibuat, makan di kantin, masuk mengajar, membebel ke bercerita ke dengan budak-budak, balik, tidur, malam online. Ingat-ingat balik, memang membosankan hidup macam tu. Jadi, untuk 2010, saya akan cuba merencanakan hidup saya agar tidak bosan seperti... seperti... huhuhu... serius saya tak tahu nak buat apa.

Ehm, mungkin saya kena banyak belajar lagi macam mana untuk jadi guru yang baik. Pekerja yang cemerlang. Individu yang tidak membosankan.

4. Adik-adik

Syafiqah dah dapat keputusan PMR dia yang... haih... Wani masih lagi di IKBN Wakaf Tapai, dan Irfan bakal menyambung kembali kursus dia di IKBN Kuala Perlis. Jadi, tiada apa-apa perubahan untuk mereka kecuali menunggu mereka tamat belajar dan menyara hidup sendiri. Dari segi perangai, alahai, kalau dah macam tu, macam tu lah. Buat apa pun kalau tak sedar diri, tak berubah juga.

5. Beg tangan.

No further comment. Ya, saya masih tidak mendapatkan beg impian saya malah saya menghabiskan banyak duit untuk perkara-perkara lain. Rasanya beg impian saya tu dah tak ada. Kalau ada pun mungkin akan kelihatan seperti ketinggalan zaman.

6. Gunung Kinabalu dan Sungai Padas.

Puncak Gunung Kinabalu memang lah belum saya tawan tapi apabila sudah sampai di kaki gunung pun dah puas hati. Huahuahua.. Insya Allah, di tahun-tahun akan datang saya akan cuba daftarkan diri kalau ada yang mahu pergi. Sungai Padas... mahu juga~~ tapi siapa nak ikut saya??

**** Itu adalah resolusi tahun 2009 yang tidak semua terlaksana. Adehlah. Masih ada hati nak tambah resolusi untuk 2010. Antaranya:-

# Akan cuba tamatkan Diari Seorang Perindu secepat mungkin.

#Mahu cuba menulis semula dengan jayanya sekurang-kurangnya dua (2) karya dalam masa tiga (3) bulan. Maknanya, dalam masa setahun saya ada lapan (8) hasil tulisan. (Amboi! Tinggi juga cita-cita yang ini. Mampukah? Kita sama-sama nantikan.)

# Terus menjadi seorang guru yang disayangi oleh para pelajar. Kerana saya percaya, apabila guru itu disayangi oleh pelajarnya maka, pelajarnya akan lebih mendengar kata dan lebih percayakan guru tersebut. Maka, senanglah guru tersebut untuk mengatur kehidupan pelajarnya dalam tempoh pembelajaran. Insya Allah...

Oleh itu para pelajar ku, cikgu memang sayang kamu semua. Cikgu selalu juga dengar cakap kamu sampai kamu nak kelentong cikgu pun, cikgu tak kisah. Jadi, harap tahun 2010, kamu semua boleh dengar cakap cikgu. Tak nak sayang cikgu pun tak apalah. Yang penting, kamu sayang diri sendiri lebih lagi. Okey??

# Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran. Tahun 2009 menyaksikan saya jarang memberi perhatian kepada para pelajar di dalam kelas kerana menyibukkan diri untuk pelajar di luar waktu pembelajaran. Akibatnya, saya mengabaikan pencapaian mereka di dalam kelas. Maaf semua yang terlibat. Memang salah saya.

# Mahu lebih rajin dari segala sudut. Tak kisahlah apa pun, asal saya menjadi lebih rajin. Tapi bukan rajin mengular, bukan rajin buat tahi mata, bukan rajin perkara yang bukan-bukan.

Apa lagi? Betullah, tahun 2010 ni macam tak ada apa yang bermain secara serius dalam fikiran saya.

Sebenarnya juga, saya tengah bengang ni. Charger cik lappy macam nak buat hal. Aaahh~~ tata... Malam ni nak pergi makan pizza untuk kali terakhir bersama keluarga pada tahun 2009. Jumpa tahun hadapan!!!

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

ameen ameen. for all & especially for the kahwin part ;)

NSMY said...

ameen... thanks syuhada.. may ur wish come true too!