Salam dinihari...
Waktu sekarang menunjukkan jam 2.30 pagi. Lagu Negaraku sedang berkumandang di kaca televisyen menandakan siaran sudah hampir ke penghujungnya dan saya baru nak mula menaip...
Oh, TV2 masih ada cerita... nasib baik~~ tak adalah bosan sangat menaip seorang diri dalam gelap pagi. *Gelap ke? Lampu terpasang elok saja...*
Saya nak cerita apa ni? Ehm... sebenarnya saya pun tak tahu nak cerita pasal apa... hehehe... Kejap ya, bagi saya fikir dulu (sambil menonton TV).
****
Dua hari saya di rumah tidak berbuat apa-apa. Makan, tidur dan TV. Hahaha..
2 hari? Ya ke? Pasti? Bukan hari-hari ke? :D
Hari ini atau lebih tepat semalam, papa memberi keizinan kepada saya untuk berlatih menggunakan 'kaki' setelah saya tersadung hari Khamis yang lalu. Selepas tersadung di hadapan orang ramai dan berjaya menitiskan air mata saya lebih daripada memberi rasa malu, saya hilang mood. Saya rasa nak marah, saya rasa nak mengamuk. Saya memang mengamuk dengan cara saya yang tersendiri. Dia pun terpaksa menahan telinga mendengar saya menjerit melepaskan perasaan amarah. Tapi dia ketawa pula... huhuhu...
Kenapa mesti saya marah? Kenapa saya mengamuk? Bukan ke selama ini saya kata pada pelajar saya yang sekali gagal bukan bererti gagal untuk selamanya? Bukan ke saya sendiri yang memegang prinsip kegagalan boleh memberi impak dalam membetulkan keadaan dan seterusnya menjadikannya sebagai suatu kemenangan?
Ya, betul. Saya akui ada satu semangat baru untuk saya betulkan keadaan, untuk saya pastikan apa yang saya inginkan pasti dapat dicapai. Saya katakan berulang kali kepada diri sendiri, saya boleh lakukan. Tiada yang mustahil. Kali kedua pasti saya akan beroleh kejayaan. Saya pasti dapat 'berjalan' dengan sempurna selepas ini. Tapi, kenapa saya marah sangat?
Saya marah sebab saya bukan tak boleh 'berjalan', saya marah sebab saya tidak perhatikan 'jalan' sehingga boleh menyebabkan saya tersadung! Pendek kata, saya tidak berhati-hati, terlalu teruja tapi dalam masa yang sama saya gelabah. Apabila saya melakukan kesilapan yang sebegitu, memang saya tidak boleh terima.
Selama ini saya cukup berhati-hati dalam apa juga hal yang saya lakukan. Saya perhatikan silap orang supaya saya tidak melakukan kesilapan yang serupa. Saya perhatikan setiap langkah yang saya lakukan supaya saya tidak silap. Rupa-rupanya, itulah kesilapan saya. Saya patut terima setiap manusia melakukan kesilapan. NAMUN, saya tetap tak puas hati sebab sepatutnya saya boleh hari tu! Huhuu... Benci! Benci!
Hahaha~~
*Huh! Kenapalah dah tiada siaran 24 jam? Bosannya... Astro? Maaf, rumah saya tak langgan Astro.*
Ehm... menambahkan rasa kurang enak dalam jiwa apabila cuti panjang tahun ni saya tidak dapat ke mana-mana untuk bersuka ria secara pukal. Makna kata, tiada istilah cuti-cuti Malaysia untuk Disember 2009.
Tapikan, bila direnung-renung semula, okeylah kan. Sebab di pertengahan tahun, orang lain bertungkus lumus buat kerja itu ini, saya dan rakan-rakan di Keningau sempat pusing-pusing di Sabah..kan kan? Baiklah, saya harus bersyukur sekarang. Lagi satu, kalau saya tak korbankan masa cuti ni, sudah tentu peluang untuk saya menikmati 'kaki' adalah sangat tipis dan mungkin lambat. Jadi, hmm... baiklah, tidak ke mana-mana di waktu cuti ini adalah tidak mengapa. Bukannya tak ke mana-mana langsung. Keluar makan pun dikira jalan-jalan juga kan?
:D :D
Sudah hampir seminggu angin tidak berhenti berserta hujan yang kadang kala lebat, kadang kala sekadar merintik. Rasa macam duduk tepi pantai, tapi kalau hujan datang, alamatnya basah walaupun berada di tempat teduh. Mungkin banjir gelombang seterusnya bakal menyusul. *Isyk... banyaknya nyamuk ni... kena pula lepas hujan.*
****
Hampir sejam sejak saya mula menaip. TV terpasang tapi saya langsung tak pandang. Sekadar nak hilangkan sunyi dinihari. Sambil melawat blog orang, kemudian buka MukaBuku, taip apa yang terlintas, termenung, tampar nyamuk, garu-garu. Itu saja yang termampu saya lakukan. Nak tidur tapi mata sudah hilang rasa mengantuk memandangkan selesai solat Maghrib tadi, saya terlena kemudian bangun dalam jam 9.30 lebih dan sambung tidur di luar berteman angin malam yang dingin, masuk balik jam 10.30 lebih, solat Isyak, lepas tu teringat papa minta tolong taipkan kertas kerja dia kemudian tunggu pukul 12 sebab nak tengok Greek... hehehe... Habis tengok Greek, tiba-tiba rasa nak kemaskini blog maka di sinilah saya...
Gembira kerana akhirnya Casey pilih untuk tetap bersama Evan walaupun Cappie lagi cute... dan mungkin pilihan Casey adalah salah. :p
Aduiya... saya nak menaip lagi ni. Tapi dah kehabisan idea. Saya berhenti dulu lah. Sekian sudah repekan saya untuk kali ini... babai..
p/s: sungguh entri ini tak ada motif.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
rumah saya tade tv gak. :D
sep sep. kita sama :)
kalu bro la kan... confirm kul 9 dah masuk bilik... bukak komp.. usha pe2 yang patut.. then lelap...
tv..?? leh kira la setahun berapa kali je bro dok depan tv he...23x
anyway... tahnk coz sudi emngundi di blog bro ek huhuhu
BroFramestone Blog
eh, bro Framestone yg digembar gemburkan datang menjenguk blog sy? heheh.. thanks bro.. kul 9 mmg slalu mata dah separa terbuka, tp sebab terkatup awal pastu terjaga tu yg tak leh tutup terus tu.. hehe
btw, sy menyokong peserta no2 ya! hehehe... nk kena follow bro gak ni nmpk gayanya..
Post a Comment