Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 December 2009

Disember

Assalamualaikum...

Salam Disember buat semua, walaupun Disember sudah masuk hari ke 14. Empat hari lagi bakal menuju ke Tahun Baru 1431 Hijrah. Jadi, rasanya lagi baik kalau saya ucapkan, Salam Maal Hijrah buat semua muslimin dan muslimat. Tak lupa juga buat adik-adik pelajar saya dan guru-guru di SEMEKAP, Salam Hari Natal.

Saya belum pulang ke Sabah lagi. Masih di rumah dan saya berjaya mengaktifkan diri di dunia maya setelah termakan pujuk rayu hati sendiri yang kebosanan selama sebulan di rumah. Ditambah lagi dengan pujuk rayu adikku. Pantanglah orang pujuk rayu ni!

Saya buat macam mana? Saya berjaya mengempiskan perut beg duit saya dan mengeringkan akaun bank saya. Fikirlah sendiri saya buat macam mana. Malas nak cerita. Benda dah jadi, benda dah lepas. Kamu semua mesti boleh agak untuk orang tegar internet macam saya.

Sebaik sahaja keluar dari bilik hotel tiga minggu yang lepas, saya menaiki teksi ke lapangan terbang Subang. Oleh kerana saya keluar awal, maka memang kebosanan tahap mengada-ngada tak dapat nak diceritakan telah terjadi. Setelah daftar masuk, saya jalan-jalan ingat nak cari makan, tapi selera macam tak begitu mengizinkan sebarang bentuk makanan masuk ke dalam tekak. Tambahan lagi, dari malam sebelum tu saya rasa macam kurang sihat. Nak demam pun ada, sakit tekak, mengaduh seorang diri Tuhan saja yang tahu.

Makanya, saya jalan-jalan lagi masuk ke dalam kedai bernama The Zone. Orang yang biasa mungkin tahu kedai apa, bagi yang tak biasa itu kedai bebas cukai untuk minyak wangi berjenama. Mula-mula saya sekadar tengok-tengok, bau-bau lepas tu tanya-tanya. Sekadar itu sahaja. Tidak terniat untuk membeli. Tapi, oleh kerana jurujualnya sangat baik dan peramah maka saya ini sangat tidak sampai hati tidak beli apa-apa sebagai tanda menghargai layanan baiknya itu. Dan... saya pun terbeli minyak wangi idaman saya... Melayang lagi~~

Bila saya beritahu dia, yang saya terima tentulah perkataan... isyk.. isyk... :p

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah... eh, takkanlah saya nak cerita satu-persatu, dari sehari ke sehari.. huhuu... Kita terus ke hari raya haji ya.

Pagi raya macam biasa. Lepas semua sembahyang bersiap apa yang patut. Malangnya, raya haji tahun ni agak hambar sebab tak semua balik. Keluarga saya pulang ke Pasir Mas tapi saya tidak ikut sebab... sebab... erk... saya lupa sebab apa saya tidak ikut. Mungkin juga sebab saya malas. Huhuhu.

Petangnya, Po'Me sampai dari Kedah. Sebelum tu, Cik panggil saya. Dia suruh bawa cik lappy sekali. Saya lalu tertanya-tanya, dalam masa yang sama Po'Su dan budak-budak empat hero tu baru sampai. Rupa-rupanya, Po'Mudo ada dalam talian, jadi mereka mahu ber Skype. Mok nak tengok anak menantu dan cucu-cucunya yang jauh di rantau orang.

Gembira sakan dapat bersua muka dari jauh. Macam-macam yang diceritakan oleh Po'Mudo, teruja juga tengok rumah dia... haha... yang paling gembira Hajar sebab pertama kali dia dapat 'beraya' dengan keluarga setelah lama di tempat orang. Sebelum dapat berhubung dengan Po'Mudo, sempatlah berlintas langsung dengan dia dari Jordan.

Esoknya adalah majlis korban di rumah. Kemudian... hmm... dua hari sekadar duduk-duduk di rumah. 'Kaki patah' macam mana nak berjalan. Masuk bulan Disember, saya meneruskan perancangan untuk memperolehi 'kaki'. Yeay!

Kalau diikutkan, 3hb, 4hb dan 12hb saya dikehendaki menghadiri tiga majlis perkahwinan. Pertama, perkahwinan adik sepupu lelaki saya di Gua Musang, tapi tak dapat ikut sebab kereta penuh. Kedua, perkahwinan rakan sekerja merangkap jiran di Keningau iaitu KakPiah. Pun saya tidak dapat pergi kerana 'kaki' yang patah itu. Untuk 12hb pula berlangsung di KL, iaitu majlis pernikahan pengasas Kapasitor.net, juga merupakan pasangan pertama di Kapasitor yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jojo dan Nia.

Pada awalnya ingatkan nak pergi, tapi ada beberapa masalah teknikal yang menghalang pemergian saya ke sana. Tambahan lagi saya masih sibuk berusaha untuk mendapat 'kaki'. Selepas raya haji, kedua-dua adik saya yang.. yang... hehee.. nak cakap sesuatu yang tak baik sebenarnya tapi tak jadi. Mana boleh cakap apa-apa. Mereka tetap adik saya... Huhuk.. Ok, kedua-dua adik saya telah menghilangkan diri secara rasmi ke Terengganu atas urusan masing-masing. Wani menyambung pengajiannya dan menduduki peperiksaan akhir, manakala Irfan kembali bekerja untuk kali terakhir sebelum menyambung sijil tahap 3 dia, di samping cubaan untuk membawa pulang kereta Po'Mudo yang tertinggal di sana. Jadi, tinggal papa, umi, saya dan Syafiqah.

Dikesempatan tiada mereka berdua, saya mula membuat rancangan hebat. Muahahaa... jahat betul kaklong ni. Dia orang dah tak ada baru nak merancang macam-macam. Oleh kerana saya tidak dapat ke KL untuk membeli-belah, tidak sempat juga untuk bercuti, maka dengan itu saya mengajak papa dan umi dan Syafiqah untuk keluar makan. Sepanjang saya cuti, belum lagi kami makan di luar. Tiba-tiba pula saya teringin nak makan yong tau foo. Apalagi, saya pilih, saya ambil, saya pilih lagi... eh, tak pilih-pilih dah.. terus ambil! Jawapnya, yong tau foo + teh ais + jus oren + abc + laici kang = RM 50++. Maknanya boleh tak anda bayangkan berapa banyak yong tau foo yang saya ambil untuk 4 orang tapi yang banyak makan adalah saya. Tak habis sebenarnya, bungkus bawa balik pula... hehehe...pun saya yang habiskan.

Kemudian, saya keluar lagi dengan Cik Eme sempena menyambut hari tua beliau. Ngehehe... saya belanja dia makan, di mana tentunya saya juga yang banyak makan. Siap beli donut Big Apple, makan di rumah.

Lepas tu, kalau ikut perancangan selepas seminggu saya nak ajak keluarga ke PCB pula untuk makan colek. Tapi umi kata minggu depan Wani dan Irfan nak balik jadi saya tarik tarikh perancangan ke belakang. Hahaha... tak mahu ada mereka. Untuk orang bukan Kelantan atau orang Kelantan yang tak tahu, colek tu adalah makanan laut yang sama dibuat yong tau foo tapi dicelup tepung dan digoreng dan dimakan begitu saja dengan sos pencicah. Oleh kerana menunggu malam hari, saya sengaja tidak makan di siang hari jadi saya sangat kelaparan, maka saya memesan juga kuew tiaw ladna. Umi dan papa makan sup belut dan belut goreng. Syafiqah tak pesan apa-apa. Dia makan colek sikit saja, itupun dia ambil isi ketam sahaja.

Untuk colek sahaja hampir mencecah RM40. Huhuhu... perut saya sudah penuh tapi saya terus juga makan. Akhirnya bungkus bawa balik.

Esoknya kami keluar lagi, kali ini atas urusan yang membolehkan saya ke alam maya hari ini. Dalam perjalanan nak keluar dari Tesco, kami harus lalu di Big Apple. Papa ada beritahu masa saya bawa balik donut tu tempoh hari yang dia rasa macam nak makan lagi, jadi saya pun beli lagi. Lucu juga tengok aksi papa yang teringin nak makan donut. Hahaha.. sakan kami gelak dalam kereta.

Kemudian, semalam selepas habis pra-misi mendapatkan 'kaki', cikgu saya singgah di Pantai Timur Hyper dulu. Dalam kesempatan itu, saya beli Dutch Lady Shine Yogurt Drink. Sampai di rumah saya terus minum. Entah kenapa, saya rasa macam pening sedikit. Bila papa pulang, kami sekali lagi keluar untuk urusan terakhir penyebab saya dapat berada di alam maya. Keluar dari kereta, pening saya bertambah teruk. Lebih-lebih lagi, ada juga rasa mual nak muntah. Tapi saya tahan. Alhamdulillah, saya berjaya tahan. Selesai urusan, kami terus pulang ke rumah. Pening datang semula. Saya berehat dahulu untuk menghilangkan rasa pening. Sekejap tu, Syafiqah pun rasa tak sihat. Dia rasa nak demam, katanya.

Sebaik sahaja umi pulang dari kerja, kami terus mengadu.. Uwek! :p

Saya minta umi urutkan belakang, sebab saya tahu punca sebenar saya pening dan mual adalah saya tak makan nasi sejak beberapa hari yang lalu. Masuk angin. Syafiqah pun sama. Akibatnya, 2 kali saya muntah. Ngehehe...

Pengajaran cerita : Jangan makan tak ingat dunia akhirat lepas tu terus lupakan makanan yang memberi tenaga.

Umi membebel sebab dia tahu kemalasan saya untuk makan. Ajak makan lain cerita, makan secara rutin adalah sangat malas. Kadang-kadang saya langsung tak makan sebab malas nak makan. Ya! Jangan tak tahu bahawasanya di dunia ini ada orang malas nak makan. Ok.. ok.. saya mengaku, saya malas nak makan sebab malas nak memasak. Heheh..

17hb bersamaan hari Khamis ini penentu untuk saya peroleh 'kaki' atau tidak. Kalau ikut sebenar jatuh pada 24hb tapi cikgu saya suruh diawalkan. Mungkin dia rasa saya sudah mampu mempunyai 'kaki' sendiri. Yeay!

Baiklah, di sini ada beberapa gambar yang menggambarkan peristiwa yang telah berlaku. Ehm... tak semua gambar ada. Mana yang sempat sajalah.

*Sebenarnya nak letak gambar tapi saya batalkan hasrat sebab lembab sangat... Lain kali mungkin... tata..*

Salam
Peace.

No comments: