Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

25 November 2009

Cerita di suatu malam..

Salam semua...

Cuba teka di mana saya berada sekarang...
Bertarikh 25hb November 2009, di mana lusa adalah raya haji... Saya dapat online? Macam ajaib kan? Padahal di rumah tiada talian internet. Broadband Po'Su pun bukan ni... Jadi?

Ahah! Saya dah cakap kan yang tiket balik ke KB tiada. Jadi, sekarang saya tersekat di Shah Alam selama 1 hari 2 malam. Saya sampai dari KK malam tadi pada lebih kurang jam 8.30 malam. Kemudian, saya tunggu dia datang jemput. Oh, sebelum tu ada berita sedih yang saya terima semasa menunggu masa untuk masuk ke dalam pesawat MH2617.

Dia telah cuba menelefon saya sebanyak 3 kali tetapi saya tidak perasan lalu tidak mengangkatnya. Jadi dia pun menghantar pesanan.

'Kat mane ni? Kol sy da smpi ke apa? Sy xdpt pickup rini. Urgent. Kol sy.

Apa lagi terus saya telefon dia, tapi dia tak angkatlah pula. Hmm... saya cuba lagi beberapa kali baru lah dapat. Dia pun cerita... kena outstation ke Perak petang tu juga.

What?? Huhuhu... Habis, saya macam mana? Mulalah terbayang-bayang saya jalan-jalan tanpa arah tujuan tak tahu nak buat apa. Kemudian dia kata, sepatutnya macam tu lah. Tapi, setelah berbincang, dia dapat tunda esok hari iaitu hari ini... *ingatkan bolehlah dating..:p*

Kasihan dia. Sampai saja, nampak muka saya yang monyok. Dari KLIA kami bergerak ke Shah Alam sebab nanti saya akan menaiki penerbangan FY2066 pada 26hb November jam 2.40 petang. Nasib baik ada dia untuk tolong saya cari tempat menginap.

Oleh kerana saya hanya ingat jalan ke Seksyen 17, maka saya telah 'menyusahkan' dia ronda-ronda di Seksyen 17 dulu. Hahaha... tak sangka banyak juga perubahan di Shah Alam ni. Padahal baru 2 tahun saya tinggalkan Shah Alam. Setelah saya berpuas hati, maka kami meneruskan pencarian. Dari satu hotel ke satu hotel yang terdekat kami masuk. Samada penuh atau cuma tinggal Suite yang berharga RM360 untuk satu malam. Apa ingat saya ni anak Dato' nak masuk bilik harga macam tu untuk satu malam? Tiket penerbangan saya lagi murah daripada tu. Huhuhu...

Kami teruskan pencarian. Saya teringat hotel UiTM... lambat betul nak teringat. Pun penuh juga. Sampailah di Concorde. Ada satu bilik RM238++. Aih... nak ke tak nak? Kalau tak nak, takkan nak tidur tengah jalan. Masjid pun dah tutup. Saya hampir menangis juga tapi tahan sebab tak mahu menangis depan dia. Tapi, ini Shahida. Shahida cuba takkan menangis depan orang lebih-lebih lagi orang yang dia sayang. Jadi dia pun mengamuk... Hmm, tak adalah mengamuk sakan. Cuma hentak-hentak kaki. Pukul beg. Nak pukul dia tak berani. Haha...

Dia? Dia gelakkan saya. Hampeh! Huhu... Lalu saya telefon ummi beritahu hal yang terjadi. Kalau tak silap masa tu jam hampir ke pukul 12. Sepatutnya ummi dah tidur tapi mungkin ummi dapat rasa masalah yang dihadapi oleh anaknya ini maka ummi tak dapat tidur dengan lena.

Dia kata saya cakap dengan ummi macam nak bergaduh. Hahaha... bukanlah. Itu maknanya saya bermanja dengan ummi.. :))

Setelah ditimbal balik, maka saya buat keputusan untuk menetap juga di Concorde. Daripada tak ada langsung. Kalau ikutkan di tempat lain pun boleh cari, tapi saya berkeras nak di Shah Alam sebab satu hari saya akan berseorangan dan di sini saja yang saya biasa dan boleh jalan-jalan seorang diri. Lagi pula, penerbangan saya yang seterusnya (cakap bajet macam saya selalu naik kapalterbang) di Subang. Dengan berat hati tapi terpaksa, saya masuk ke dalam hotel. Dan ting!

Apalah Cikgu Shahida ni. Boleh pula buat-buat lupa yang awak tu seorang guru. Haha... serius sebaik sahaja saya keluar daripada Sabah, saya lupa yang saya seorang guru. Seorang guru kakitangan awam boleh memohon diskaun di mana-mana hotel. Hahaha... Selamat!

So, here I am online from my hotel room. Ingat lepas ni nak keluar sekejap. Tak ke mana pun. Jalan-jalan di sekitar Shah Alam macam dulu-dulu. Layan blues sama macam zaman muda-muda dulu. Hehe...

Tapi, tetap sedih sebab tak boleh jumpa dia sebelum pulang ke KB. :(

Pagi tadi ummi telefon tanya macam mana. Saya cakaplah ada di bilik hotel sekarang ni. Lepas tu ummi tanya lagi...

"Dia hantar sampai dalam bilik ke?"
"Tak adalah. Depan pintu je."
"Haha.. nasib baik. Berdebar je rasa ni. Ingatkan..."
"Ummi!! Ingat anak ummi ni jahat sangat ke sampai nak benda yang bukan-bukan. Huhuhu... Ummi kejam."

Huhuu... Apalah yang buat ummi fikir macam tu?

p/s: Ummi cakap air bah di rumah dah surut...hnmfhtp%@!%$#@&#@^...

3 comments:

nora ashikin said...

hahaha~
kesssiiiaaannn diaa~

heee~ takpela..atleast boleh jumpa kejap kan..hehe

untung mak ida cume ckp camtu, kalau mak saya, silap2 satu malam tak letak telefon.heee~ *takut anak dia buat tak senonoh*

:p

aShaBuLz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aShaBuLz said...

nasib baik tak gaduh..all the best to you.

p/s: blog walking..