Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni, saya rasa macam tak ada perasaan nak kemaskini blog. Tapi tangan rasa macam ligat nak menaip. Mahu menyudahkan cerita-cerita yang terbengkalai pun rasa macam tidak ada idea yang sanggup datang menjengah.
Lebih mengecewakan, sambungan "Diari Seorang Perindu" seakan teruk terbengkalai. Idea yang dulu segar, sekarang hilang entah ke mana. Bukan saya tidak ingat jalan cerita Amer, tapi untuk menjadikannya unggul seperti episod-episod yang sebelumnya seakan menguji kesabaran saya. Saya boleh berbangga setakat ini dengan 9 episod yang ada. Namun, untuk episod yang seterusnya? Takkanlah setakat 10 episod saja? Drama radio pun tak lepas, inikan pula novel.
Dalam banyak-banyak hasil tulisan saya, "Anak Si Kupu-kupu Malam" berjaya menarik ramai pengkritik dan menerima pujian yang saya sendiri tidak pernah minta atau duga. Lebih memeranjatkan, mendapat review daripada Ketua Seksyen Bahasa Melayu, Encik Syahar Azizan.
Satu-satunya novel pendek yang berjaya saya siapkan "Kisah Azzarin" pula, saya tak berani nak tunjukkan pada sesiapa pun. Saya tidak pasti kenapa, tapi saya memang tidak punya kekuatan untuk memberi sesiapa pun baca Kisah Azzarin. Mungkin kerana serba sedikit kena dengan batang hidung sendiri. Ahaks, dah sendiri tulis mestilah banyak yang syok sendiri.
Sekarang ni pula gatal tangan nak tulis biografi sendiri... betullah syok sendiri. Yang ini pun tak pasti nak terbitkan atau tidak (samada di Kapasitor ataupun dibukukan) kerana ianya adalah kisah benar yang direka. Hmm.. macam mana tu ya?
Kisah pertama yang saya cetakkan di atas kertas bertajuk "Ikatan" hilang ke mana. Salah saya sendiri sebab tidak membuat salinan. Semuanya kerana terlalu teruja untuk menyerahkan manuskrip yang tidak seberapa itu kepada Allahyarham Prof. Dr. Othman Puteh waktu itu. Saya ingat lagi watak utamanya, Ilham dan Ikram@Aki. Dua beradik yang tidak pernah tahu mereka bersaudara. Setakat itu saja yang saya ingat. Oh oh... saya ingat satu lagi babak yang menjadi punca mereka tahu mereka sebenarnya bersaudara. Apabila Aki kemalangan jadi Ilham bawa ibu dia melawat Aki selepas itu naluri seorang ibu dan selebihnya adalah sejarah... Ada juga terselit kisah cinta 3 segi (hahaha.. kalau dah cerita melayu).
Ehm... tiba-tiba saya rasa seperti mahu mengimbau kembali kisah Ilham dan Aki. Tapi saya akan rasa bersalah terhadap Amer, Hajar dan Lin. Tak lupa kisah E'En dan Joshua pun belum tamat. Haih, entahlah.
Lagi beberapa hari cuti sekolah. Sebelum ini alasan sibuk dengan kerja, kemudian saya menjadi manusia yang sepertinya tiada arah tujuan kerana tiada tugasan khusus yang boleh menyibukkan saya. Kalau pun ada semuanya yang masih boleh ditangguhkan (???). Saya lebih sibuk dengan kerja yang tidak sepatutnya saya susahkan diri dan seterusnya menyebabkan saya terpaksa menyusahkan orang lain. Semuanya kerana sayang.
Sebenarnya hari ini kalau boleh malas nak cerita tentang sekolah. Tentang budak-budak, kawan-kawan atau apa-apa saja kecuali diri sendiri. Saya mahu manjakan diri sendiri. Bercakap tentang diri sendiri walaupun orang kata saya syok sendiri. Saya mahu letakkan diri saya di atas berbanding orang lain seperti sebelum ini. Saya mahu pentingkan diri sendiri buat sekejap waktu cuma. Saya dan diri saya sahaja.
Tapi... sememang cerita diri saya agak membosankan.
Okey, okey.. sebenarnya saya nak meluah perasaan tapi tak tahu pada siapa. Bukan tak ada yang sudi mendengar, ramai yang masih mendengar saya bercakap yang bukan-bukan. Cuma hari ni saya bukan nak membebel. Saya nak beritahu semua orang yang saya masih mahu menulis. Ya, saya mahu menulis tapi saya tak ada kekuatan. Saya mahu hantar karya saya ke media. Saya mahu ada buku sendiri. Dulu target saya sebelum umur 25, saya mesti ada sebuah buku di pasaran. Tinggal sebulan lebih saja lagi untuk saya lakukannya. :(
Saya tahu ramai kawan-kawan yang menyokong terutama sekali kawan-kawan di Kapasitor. Saya tahu ramai yang akan tolak saya ke hadapan. Tapi entahlah... macam saya perlukan lebih daripada sokongan. Apa ya? Takkanlah nak suruh orang lain yang buatkan untuk saya. Betullah cakap umi, saya ni macam pahat dengan penukul. Sekali orang ketuk, baru bergerak. Ketuk pula kena kuat-kuat. Kalau lemah lembut punya ketuk, memang tak terukirlah hiasan pada kayu.
Hmm... itu saja.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man


1 comment:
go ida go!
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. :D
jalan saya sudah terhenti. sudah tak ada idea dan masa. HUHU :)
Post a Comment