Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 November 2009

Perjalanan yang panjang...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Hoorey! Hoorey! It's a holly..holly... holiday!!

Akhirnya, semester akhir persekolahan sesi 2009 telah pun melabuhkan tirai secara rasmi pada 20hb November iaitu semalam. Bermakna kerja saya untuk tahun 2009 juga telah pun ditutup tirainya...

'Ouhhh~~ Jangan perasan boleh tak wahai Cikgu Shahida? Kerja anda belum selesai,' tiba-tiba hati kecil saya menyampuk pula dah. Huhuhu...

Yalah hatiku yang baik budinya. Walaupun semester akhir persekolahan telah tamat, namun kerja masih bertimbun. Seperti yang guru-guru lain sedia maklum, dan seperti yang telah saya maklumkan dalam entri saya setahun yang lalu, kerja cikgu ni tak pernah habis. Setiap masa ada sahaja perkara yang perlu difikirkan. Malah, ketika cuti pun bila-bila masa sahaja ketua jabatan iaitu pengetua boleh memanggil balik ke sekolah dalam tempoh separuh daripada cuti penggal sekolah (hahaha... saja nak letak sebagai bukti saya menumpukan sepenuh perhatian kepada Taklimat Perintah Am oleh PK 1 semalam).

Hari ini sudah bermula cuti tapi saya buat apa di Keningau lagi? Selalunya asal cuti terus hilang dan sampai di rumah pun. Okey, ceritanya begini.

Pada suatu hari yang dingin...

Sebenarnya kalau ikutkan kami iaitu KakZahN, KakHa, KakFizah, Yus dan saya merancang untuk menyambung cuti-cuti keliling Sabah kami pada awal cuti penggal iaitu hari ini! Jadi, kami pun memohon tambang percuma bertarikh 24hb November supaya kami ada cukup masa untuk jalan-jalan. Seperti biasa, Tuhan itu Maha Kuasa, Dia tahu setakat mana kemampuan hambaNYA, maka rancangan kami nampak gayanya terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor. Antaranya:

1) Dua bulan kami dapat gaji awal, jadi untuk bulan November ini kebanyakan daripada kami bergelar sengkek. Saya kata kebanyakan kerana secara jujurnya saya masih boleh bernafas dengan baik. Alhamdulillah. Tapi kerana bukan saya yang menentukan destinasi, maka saya pun tidak dapat ke mana-mana.

2) Seminggu sebelum perancangan asal berjalan, kami mengubah plan. Setakat tempat yang mampu sahaja. Walau bagaimanapun, sekali lagi Tuhan Maha Kuasa, Dia 'tarik' nama Yus untuk kursus induksi dalam tempoh yang kami cadangkan, tiket KakFizah lambat untuk disahkan jadi dia beli sendiri dan telah pun pulang semalam. Tinggal saya, KakZahN dan KakHa. Kerja kami belum siap dan harus hantar Isnin ini.

Sekian...




Woot! Woot! Belum habis cerita lagi lah.

Jadi, itulah sebab saya masih terdampar di Keningau ini. Oh ya, saya belum cerita kan yang saya hampir-hampir terdampar di Kuala Lumpur dan bakal tidak dapat beraya Haji dengan keluarga. Begini pula tiketnya...

Setelah mendapat surat waran tambang percuma, saya seperti yang lain menanti pengesahan tiket pula. Oleh kerana sibuk dengan hari sukanlah, hari keluarga lagi, kemudian majlis itu ini.. jadi saya dan KakZahN meminta pertolongan Alia untuk mengambilnya bagi pihak kami. Malangnya dikatakan tiada. Setelah itu, kami menunggu masa yang sesuai untuk pergi mengambil pengesahan tiket iaitu hari Selasa..eh, ke Rabu? Lupa lah. Setelah ditengok-tengok, dibelek-belek, maka saya sah dapat tiket 24hb November jam 5.30 petang, dari KK ke KL. Satu penerbangan dengan KakZahN. Masalahnya... dari KL-KB = Open ticket. Maknanya nama saya dalam senarai penumpang menunggu kalau-kalau ada tempat. Uhuhu...

Jadi, saya pun menelefon ke agensi yang berkenaan. Setelah membuat pertanyaan maka dia pun memberi jawapan yang menghampakan.

"Maaf cikgu, untuk 24hb dari KL-KB sudah penuh. Sekejap ya, saya check lagi sekali... ehm, yang flight akhir malam tu pun sudah habis. Saya cuba check yang next day pula ya... adui, next day pun habis juga ni. Mahu bagi bussiness class pun sudah habis."

"Betul ke? Memang tak ada langsung ni?"

"Tak ada. Firefly ada banyak lagi kosong ni, tapi tak dapat bagi (sebab tiket percuma, kementerian dah bagi peruntukan)."

Saya hampir-hampir menangis tapi sebagai saya... mulalah bising-bising membebel sebab tak dapat balik. KakZahN suruh cuba sekali lagi esok kalau-kalau ada yang membatalkan penerbangan. Tapi saya percayakan naluri saya yang mengatakan 'kan dah dekat raya haji, KL-KB, memang sah penuh.'

Maka saya pun terus menghantar mesej berbunyi 'Emergency! Really need your help!' kepada si dia. Nak telefon kredit sudah suntuk. Serta-merta dia menelefon saya semula lalu saya minta dia tolong belikan tiket bas untuk 25hb pagi.

Malam tu, dia mengkhabarkan. Tiket bas pun habis!! Huhuh.. tapi dia kata mahu cuba tanya lagi sekali esok pagi. Terima kasih, sayang.

Saya hampir buntu tiba-tiba saya teringat Noor. Huhuhu.. Ya, saya adalah sahabat yang sangat buruk perangai. Itulah, suka sangat cakap Kudin buruk perangai, sekali saya pun 10x 5.

'Nak minta tolong baru ingat kawan ya, Shahida,' isk... hati kecil ni pandai betul perli tuan badan ya?

Saya hantar mesej pada Noor tanya bila dia balik. Alhamdulillah, Noor kan sahabat saya dunia akhirat. Macam saya kalau Kudin telefon minta tolong juga (eh, ya ke saya tolong kalau dia minta tolong? hahaha.. Nasib baik dia tak baca blog ni). Tapi ada cerita lain lagi.

Noor balik tarikh yang sama pada tengah malam sebab Joe (suaminya) mahu tidur puas-puas dulu. Ok, itu bukan masalahnya. Dia balik ke Dabong, rumah mertua dia. Boleh saya tumpang dia, tapi nak balik ke KB nanti, dia cuma boleh hantar ke stesen bas sahaja. Perjalanan 3 jam lagi. Hohoho... Perjalanan yang dijangka sehari sahaja rupa-rupanya mengambil masa hampir 2 hari. Saya sudah confirmed dengan Noor yang saya akan ikut dia. Belum confirm dengan si dia lagi, boleh tak dia ambil saya di lapangan terbang dan hantar ke rumah Noor di Putrajaya. Kalau dia tak dapat, kena ambil teksilah kalau begitu. Dan tak boleh jumpa..uhuhu..

Banyak cerita mahu diceritakan lagi ni. Saya sambung di entri lain la pula. Bosan pula kamu nak membacanya.

1 comment:

Abam Kie said...

Salam Cikgu Miey,

TQ kerna jenguk2 blog saya. Saya dulu pun ngajar di Sabah..dekat SMK Majakir, Papar. U ngajar di sekolah mana di Keningau ni? OK, saya akan link kan blog cikgu ke widget 'hot blogs'. Selamat bercuti n balik ke Kelate kan?