
Hari ini 8 November- bermakna sudah masuk 4 hari saya bercuti. Ehm... hari ini hari Sabtu, jadi memang patutlah bercuti di hujung minggu. Esok Ahad. Lusa, Isnin... atau dengan erti kata lain KERJA!
Malam tadi, ada sedikit sambutan hari lahir buat Kak Era dan juga majlis perpisahan kecilan buat Kak Su. Kak Su sudah dapat pemindahan ke Semenanjung. Di Selangor-mungkin di daerah Sepang juga. Nampaknya, senanglah hati cik abang Kak Su. Ditambah lagi dengan kehadiran bakal orang baru dalam hidup mereka nanti.
Maaf kepada rakan-rakan 5A, 5B dan juga teman serumah sebab tidak menghadirkan diri sewaktu kamu semua sibuk di dapur. Mungkin sengaja...mungkin juga sebenarnya saya kebingungan sekejap. Setelah 3 hari berkurung dalam rumah/bilik, susah rasanya mahu jejak kaki ke luar. Ditambah dengan sedikit pusing-pusing dengan keadaan diri sendiri. Nasib baik juga saya masih dalam mood bercuti... kalau ikutkan, segan rasanya mahu sertai majlis ringkas tersebut, namun andai tidak..lagilah segan untuk masa-masa akan datang.
Padan muka saya!
Berbicara soal kerja. Ada satu kelas lagi yang perlu ditanda. Kertas 1, Bahasa Inggeris Tingkatan 4. Entah macam manalah hasil tulisan mereka. Mungkin saya akan siapkan esok. Semoga...
Nota:: Nurie, Syud dan Eme- kalau mahu tahu macam mana adik-adik kamu menulis, sila buzz saya ya! Saya pegang kertas mereka... Hahaha..*kejamnya cikgu ni*
Isnin nanti, pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki peperiksaan SPM. Walaupun saya tidak mengajar pelajar tingkatan 5, ada lah dua, tiga orang yang saya kenal dan mesra dengan saya. Samada pelajar PPIM ataupun PRS. Jadi, saya harap mereka dapat buat yang terbaik. Bukan yang saya kenali sahaja, semua pelajar Apin-Apin adanya.
Disebabkan peperiksaan SPM, maka semua pelajar Apin-Apin tingkatan 1 - 4, dibenarkan bercuti seminggu lebih awal oleh kerana penggunaan kelas. Dalam erti kata lain juga, kelas sudah tiada. Ehm, jadi mesti ada yang tertanya-tanya, apakah agenda di sekolah kalau tiada para pelajar?
Memandangkan guru-guru masih lagi bekerja, maka kami harus menghadirkan diri untuk kursus dalaman yang telah diaturkan bermula Isnin ini sehingga Jumaat hari terakhir persekolahan. Padat. Hari Jumaat ini juga dijadualkan akan diadakan Majlis Jamuan Makan Malam SMK Apin-Apin pada waktu malam.
Sebenarnya, ramai yang keliru dengan pekerjaan seorang guru. Ramai di luar sana yang beranggapan bahawa apabila bekerja sebagai guru maka banyak waktu yang terluang. Masakan tidak, pelajar bercuti 2 minggu, cikgu pun bercuti. Asal cuti akhir tahun, ramai yang cemburu dengan guru-guru sebab dapat bercuti dan dalam waktu yang sama gaji tetap masuk. Sebulan lebih tu! Betul, ada asasnya.
Tetapi ramai yang tidak tahu, cikgu kerjanya macam doktor. Bila-bila masa 'on call'. Bezanya tidak dipanggil pada waktu malam atau selepas waktu bekerja. Cuti untuk pelajar tidak bermakna cuti untuk guru-guru. Bila-bila masa pengetua boleh memanggil para guru untuk kembali ke sekolah samada untuk sekadar bermesyuarat selama 3 jam atau melakukan beberapa tugasan yang harus diselesaikan.
Cuma, saya patut bersyukur kerana sebagai guru dari Semenanjung yang mana memerlukan belanja yang besar kalau mahu berulang-alik ikut suka hati, maka pihak sekolah amat memahami ketidak upayaan kami. Oleh itu, cuti kami sama seperti pelajar. Hehehe... *betul kah? Jangan yakin sangat Shahida oi. Silap haribulan pengetua suruh balik dalam tengah syok bercuti... huuhuuhu..Jangannnn!*
Cuti nanti saya harus luangkan masa untuk menjaga ummi yang akan dimasukkan ke hospital sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke kampung halaman. Ada pembedahan untuk buang batu karang. Sepatutnya sudah lama dia dibedah, namun asyik ditangguhkan demi anak-anak. Yalah, mula-mula sebab Irfan dapat masuk IKBN, kemudian sebab mahu menghantar saya ke Sepang sebelum saya bertolak ke Sabah. Kemudian, apabila ada tarikh baru, bertindih dengan tarikh konvokenyen saya pula. Ehm...
Yda pula mengajak untuk ke rumahnya pada 20-22 November nanti memandangkan kakaknya sekeluarga akan bercuti ke Langkawi. Mama dia pula ada di London. Jadi, keseoranganlah makcik tu. "Pakcik" dia pula jauh nun di Kuantan (jauh ke?). Insya Allah, I akan cuba sedaya yang dapat ya Y.
Kemudian, dijadualkan 27hb Disember 2008, akan diadakan Majlis Ulangtahun ke-4 Kapasitor yang akan jatuh pada 31hb Januari, yang akan diadakan samada di Annexe Pasar Seni, Rumah Gapena atau mungkin juga di Akademi Seni Kebangsaan. Yihaaa! Akhirnya! Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Boss Johari Rahmad kerana cadangan tarikh berkenaan. Insya Allah juga akan cuba sedaya upaya untuk menghadirinya setelah beberapa cubaan sebelum ini nampaknya gagal.
Untuk keterangan lanjut, sila lawati ini.
Ambil lesen dan menghabiskan duit adalah perkara yang dimestikan berlaku sepanjang cuti akhir tahun nanti. Kenapa awal sangat saya kemaskini jadual saya? Sebab saya tidak yakin yang saya akan dapat talian internet apabila pulang nanti.
Jadi, setakat ini sahaja laporan daripada saya. Kalau ada apa-apa perkembangan atau pengecutan, akan saya maklumkan dari masa ke semasa. *macamlah ada orang ambil tahu*
Salam.
Peace.


2 comments:
Auwww...Im touched....u bercerita dgn complete...huhuhuu....eyy kaya la u, cuti pun dpt gaji...shheeesshh...
hehe..kakak dia ni pn tulis tah hape2 shaz~~ agagaa
nak g ulangtahun ke-4 kapa!~~ yeahhhh!!!
Post a Comment