Setelah sekian lama saya tidka bersiaran, maka hari ini dengan jayanya saya bersiaran secara langsung dari wad 28 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Bukan saya sengaja melambat-lambatkan pengaktifan saya. Saya sendiri macam orang yang tidak keruan apabila tidak dapat masuk ke alam maya dengan penuh dedikasi seperti biasa. Semuanya kerana kekangan waktu dan tugasan yang mendesak supaya saya melupakan alam maya buat seketika.
Minggu lepas, saya sibuk dengan kursus dan kerja-kerja sekolah yang harus disegerakan sekiranya saya mahu bercuti dengan aman dan damai. Ada dua tiga cerita yang saya terlepas untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang masih sudi membaca hasil tulisan saya ini.
Ceritanya....
Selepas sambutan hari lahir dan majlis perpisahan ringkas Kak Su, kami pergi ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Tenom. Kami ke sana dengan dua buah kereta MyVi milik Kak Era dan Kak Fizah. Kami singgah di Rumah Kebudayaan Murut untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke TPS. Hampir tengahari baru kami sampai. *mahu upload gambar tapi tidak berjaya. Nanti lah di suatu saat nanti, saya hentam satu muka untuk gambar saja*
Sebelah malamnya pula, satu taman menyambut hari keluarga secara kecil-kecilan di KFC Keningau. Satu-satunya restoran makanan segera di Pekan Keningau. Selain menyambut hari keluarga, pertemuan itu juga merupakan majlis perpisahan untuk Kak Su, menyambut hari lahir penghuni Taman Rizalman (Kak Era, Cik Wa, Kakak Nawal dan Naufal..ada lagi ke?) dan juga hari ulangtahun perkahwinan Ustaz dan Kak Yah.
Apalagi ya? Oh.. SMK Apin-Apin telah mengalu-alukan kedatangan 4 orang guru baru; 3 dari Kelantan (lagi!) dan seorang dari Kedah. 3 guru perempuan dan 1 guru lelaki. Rasanya hari ini, mereka semua telah terbang untuk pulang ke semenanjung setelah menghadirkan diri ke sekolah untuk jangkamasa seminggu.
Pada malam sebelum kami terbang pulang Jumaat yang lalu, SMK Apin-Apin telah mengadakan Majlis Tautan Muhibbah atau dengan erti kata lain... majlis makan malam yang diadakan di Hotel Juta, Keningau. Selain daripada ucapan dan persembahan karaoke oleh Jackson (pelajar tingkatan 5) dan anak Cikgu Maidah M., cabutan bertuah turut diadakan dimana Pengetua sendiri berjaya mendapat cabutan terbaik iaitu pakej penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Juta. Cikgu Rosebiah mendapat periuk nasi elektrik. Yang lain-lain mendapat hamper.
(okey! Setelah sekian lama saya bertuah dalam cabutan bertuah, maka malam tersebut saya tidak lagi bertuah.)
Majlis Tautan Muhibbah berakhir pada lebih kurang jam 10.30 malam. Jam 2 pagi, kami bertolak ke KK untuk penerbangan jam 7 pagi.
Saya berada di hospital sebaik saja saya sampai ke KB untuk menemani ummi saya yang selamat menjalani pembedahan untuk membuang batu karang. Alhamdulillah, ummi semakin sihat. Cuma sedikit pedih di bahagian jahitan kerana dia kerap terlantar di katil memandangkan dia tidak dapat bergerak. Ini kerana epidural yang dipasang di belakang badannya membataskan pergerakan. Sekarang, tiub epidural sudah dicabut, ada dua tiub lagi yang ditebuk di pinggangnya. Sekejap lagi doktor akan cabut satu.
Saya pun tidak tahu selama mana saya berinteraksi di alam maya memandangkan buat masa ini saya menggunakan streamyx hotspot 5ringgit untuk tempoh sehari. Kalau masih ada di sini esok, mungkin saya akan sambung lagi. Heee....
Cubaan untuk memuatnaik gambar...
12.21noon... tidak berjaya... mencuba lagi...
....12.29noon..masih tidak berjaya...
..malas dah eh.. lain kali saja saya cuba ya..
Salam.
Peace!


1 comment:
Im glad ummi's operation went well. Jg dia baik2 k? I miss u!! Uhukkk
Post a Comment