Sekali lagi saya bersiaran dari wad 28, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Sudah lebih seminggu namun, ummi masih tidak dapat keluar wad lagi. Saya sendiri tidak pasti kenapa. Tapi yang saya tahu, tiub yang dipasang di buah pinggang ummi yang pada awalnya kata untuk membuang lebihan darah, masih belum ditanggalkan. Malahan, ummi berada dalam keadaan yang kurang selesa kerana lelehan air kencing yang keluar melalui tiub berkenaan menyebabkan setiap masa ummi terpaksa menukar balutan dan kain baju. Kadang-kadang, pukul 3-4 pagi pun, saya dikejutkan untuk menolong ummi menukar balutan dan bajunya.
Cuma, alhamdulillah ummi sekarang sudah mampu bergerak aktif dan ke tandas seorang diri tanpa ditemani. Sekali sekala dia akan duduk di kerusi daripada duduk di atas katil. Makan pun dah kembali berselera cuma terpaksa pantang sebab luka pembedahan masih belum sembuh sepenuhnya.
Rancangan saya untuk belajar memandu dan mendapatkan sekurang-kurangnya lesen L masih tidak berjaya memandangkan tanggungjawab yang saya galas ini. Namun, saya berharap segalanya dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum saya kembali ke Keningau nanti.
Begitu juga dengan rancangan untuk ke Kuala Lumpur sempena Majlis Ulangtahun Kapasitor ke-4 di Annex, Pasar Seni yang pada awalnya akan berlangsung pada penghujung Disember. Namun, menurut Encik Jojo rancangan itu terpaksa dibawa ke Januari 2009 atas sebab-sebab teknikal. Memang kecewa. Tapi, saya sangat sayang Kapasitor. Dan mungkin kerana keikhlasan saya menyayangi Kapasitor (eceh!), Encik Jojo dan Cik Puan Nia telah mempelawa saya untuk memberitahu mereka sekiranya saya turun ke Kuala Lumpur walau bukan kerana Kapasitor. Maknanya, saya masih boleh jumpa mereka walaupun setakat dua-tiga orang. Yeay! Sayang kamu semua!
Saya tetap akan turun ke KL memandangkan saya sudah berjanji dengan Syafiqah untuk bawa dia jalan-jalan sempena cuti sekolah ini. (PMR tahun depan dik!). Lagipun, saya sudah lama tidak bertemu dengan Yda. Rindu sama makcik kecil itu! (ampun!). Mahu juga ketemu sama AJ... Wah! Banyak agenda ni. Berapa hari agaknya saya boleh habiskan masa di KL? Macam YB pun ada juga! Hehehe...
Baiklah, itu saja yang dapat saya tuliskan buat masa sekarang. Apa-apa perkembangan lanjut nanti akan saya sampaikan.
Salam.
Peace!


2 comments:
Cancel!! U called me makcik kecik...ngahahahaaa!!! I got veto power here!! So beware...:P
hope your mum's getting alot better and better.
beso pahale jage mak tu. sejok perut ha dpt ida bgus/baik lawan mak kat hospital..
take care
Post a Comment