Hari ini ummi akan dimasukkan ke dewan bedah sekali lagi sebagai jalan bagi melihat apakah sebab tiub yang dipasang tidak berfungsi seperti yang dirancang.
Kami adik-beradik sudah mula berubah angin petang semalam kerana masing-masing seolah-olah kesal dengan apa yang telah terjadi. Saya sendiri hampir mengamuk ditambah lagi dengan jiwa kacau yang tengah dihadapi sekarang. (buwek!)
Mujur juga ada Yda dan Eme yang.. entahlah, saya anggap mereka sebagai penyelamat sebab di waktu saya benar-benar memerlukan seseorang, mereka pasti ada walaupun mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada saya. Terima kasih kawan!
AJ, terima kasih juga kerana sudi melayan karenah yang saya pasti awak kurang gemar. Saya sudah beritahu, saya seorang yang gedik dan mengada-ngada. Kalau awak masih boleh tahan dengan perangai saya, alhamdulillah. Kalau tidak boleh, jangan tipu diri sendiri. Saya hargai kehadiran awak dan saya harap.. eh, silap tempatlah. Sini bukan tempat luahan perasaan.. huhuuhu..
Ok lah! Saya memang suka melalut dan saya tidak mahu melalut di sini. Kalau sudi baca apa kata-kata mengarut saya, sila ke ideatakbernasku.blogspot.com. Klik saja di sebelah.
Salam.
Peace!


No comments:
Post a Comment