Macam mana dengan raya kalian? Saya pasti semua yang dapat pulang beraya di kampung seperti saya tentulah gembira. Kalau pun ada cerita duka, tatkala menatap wajah insan-insan tersayang hilang lenyap semua kedukaan, kan?
Cerita raya saya sama macam tahun-tahun yang lepas. Oh ya, dalam entri sebelum ini saya ada katakan yang raya tidaklah semeriah mana sebab ketiadaan beberapa insan yang mampu menceriakan raya kami. Nampak gayanya saya tersilap dan nyata kesilapan saya itu satu kegembiraan.
Po'Mudo dan keluarga sempat balik beraya bersama! Dia dan keluarga sampai di kampung pada jam 4.30 pagi raya. Jadi, gelak ketawa tetap menghiasi raya kami di samping cerita-cerita yang... ahaks... rahsia keluarga!
Hubungan yang saya katakan dulu pun... Alhamdulillah, berjalan baik walaupun... hahaha... (maaf, saya terasa ingin bercerita tapi saya tahu tidak boleh... jadi, biarkan)
Saya sampai di rumah dalam pukul 12 lebih. Papa tinggalkan saya di rumah seorang diri sebab Irfan ke Kedah, tolong Po'Mudo berkemas, Syafiqah ke sekolah, Ummi pula kerja. Jadi, sampai di rumah, keseorangan. Apa lagi, tidurlah sampai ummi pulang. Borak-borak macam biasa.
Keesokannya (macam nak cerita kisah sepanjang 12 hari bercuti ..), oleh kerana Syafiqah pun sudah mula cuti sekolah, maka saya dan dia ke KB untuk melakukan sesi terapi yang saya damba-dambakan... shopping! Dan, saya berjaya membeli dua pasang sandal tumit tinggi hitam dan putih tanpa fikir terlampau panjang sehingga menyebabkan saya terdiam sesaat kerana baru teringat - masa bila saya nak pakai? Bilik guru sudah pindah ke tingkat 1, aaaa....
Saya juga berjaya membeli kamera. Memang dari dulu lagi saya berhajat untuk beli kamera video digital, malangnya bajet sentiasa tidak mencukupi. Nak tunggu orang sedekah pun, semacam mustahil. Oleh yang demikian, kerana tertarik dengan tawaran yang saya tahu kadang-kadang membutakan mata, memekakkan telinga, saya beli saja kamera digital biasa dengan harga yang berpatutan. Hehehe...
Hari ketiga iaitu dua hari sebelum raya, seperti tahun-tahun sebelum ini, setelah semua ada (kecuali Irfan) kami akan balik ke Pasir Mas, kampung Ummi untuk berbuka puasa bersama-sama dengan Mek dan To'Ayoh serta Su sekeluarga. Ummi kata dia sudah tempah kaki lembu untuk dibuat sup... Nyumnyum... lagi dia kata dia sudah suruh Su carikan buah beko untuk dibuat kerabu memandangkan itu permintaan saya sebelum pulang. Di KB susah mahu cari.
Malangnya, sebaik Su pulang dari kedai, dia kata buah beko tiada. Huhu... Tetapi... tetapi di depan rumah ada bergayutan dua-tiga biji buah beko. Apabila diintai-intai, adalah sebiji yang masih muda. Yang lain sudah tua, keras macam batang kayu. Mana boleh makan. Mula-mula Su suruh Alias, anaknya kaitkan tapi galah pula patah. Lalu, Ummi pun mengeluarkan dialog begini.
Ummi : Terai suroh papa ghukah. Mesti dia buat slalu kalu kaklong suroh. Dio saye anok tino dio ni.
Alihbahasa: Cuba suruh papa panjat. Mesti dia terus buat kalau kaklong yang suruh. Diakan sayang anak perempuan dia yang ni.
Saya: Ngehehe... *lalu menghampiri papa yang sedang membaca surat khabar di luar* Paaa~~ ghukah ambik buoh beko nuh. Galoh patoh atek, Mat Lias tokleh nok kait.
Alihbahasa : Ngehehe... Paaa~~ Panjat pokok tu, ambil buah beko kat atas. Galah patah, Mat Lias tak boleh nak kait ambilkan.
Papa: Mana? *terus lipat surat khabar dan bangun mencari pokok*
Saya: *dalam hati* Eh, betul la. Hahaha.. tau dek adik-adik aku ni dua hari tiga malam dengki dengan aku ni.
Terima kasih papa! Ngehehe...
Oleh kerana buah itu diperolehi lewat petang, maka disimpan untuk dibuat kerabu beko di rumah esok saja. Dan jadilah ini! Buah yang original, lupa mahu ditangkap gambarnya.
Pagi raya. Seperti biasa, beraya di rumah Mok beramai-ramai. Cuma hari raya pertama, aturcara kali ini agak menarik apabila kesemua anak-anak Mok dan To'Che berkumpul bersama untuk mesyuarat tergempar ahli jawatankuasa tertinggi keluarga (o.k, saya tipu. Tak pernah wujud ahli jawatankuasa ni.. tapi memang semua kelapan-lapan adikberadik papa saya berkumpul untuk mesyuarat tergempar... tanpa arwah Mo'SuZa)
Kemudian, kami gerak pula ke rumah saudara mara yang lain di kampung. Macam tahun-tahun lalu. Akhir sekali beraya di rumah Po'Ngoh yang seperti biasa menjamu nasi lemak sotong.
Selepas makan dan berbual serba sedikit, keluarga saya bergerak ke Pasir Mas untuk beraya di sebelah ummi pula. Ehm, di sana pun macam biasa. Sampai di rumah, lepak dan berbual. Lepas tu terus balik.
Raya kedua, tiada aktiviti menarik kecuali di waktu matahari tegak atas kepala, saya telah diarahkan untuk menyiang ikan yang hampir 7kilo untuk acara BBQ malam nanti--- sekali lagi di pihak papa.
Raya kedua, tiada aktiviti menarik kecuali di waktu matahari tegak atas kepala, saya telah diarahkan untuk menyiang ikan yang hampir 7kilo untuk acara BBQ malam nanti--- sekali lagi di pihak papa.
Dan malam kami berBBQ. Gambar, tengok saja di Facebook saya. Malas sudah. Ada dua-tiga gambar saja yang saya mahu tunjuk.
Kemudian, tiada lagi hari raya untuk saya. Selebihnya, menguruskan hal yang tergendala sebelum cuti bersama papa, ke Gua Musang sebab merisik bagi pihak adik sepupu sebelah Ummi, lepak di rumah. Itu saja. Tapi banyak habis di jalan raya sebab sesak. Biasalah Kelantan bila cuti raya. Jalan depan rumah saya pun, selama ini tidak pernah kereta beratur panjang untuk ambil pusingan U, sehari sebelum raya dan malam raya, berderet kereta beratur. Tengok gambar sahajalah.
Kebiasaan sebelum raya...


Tiada sudah 4 beradik ini untuk raya tahun hadapan. Beraya di London lah kamu ya...
Fatin Aliya, Sabrina Aliya, Husna Aliya dan Adam Aliff.

Inilah saingan saya setiap kali musim peperiksaan. Tapi sekarang semua sudah besar dan sudah ada kerjaya sendiri...
Nur Azureen, Nur Shahida, Noor Farhah dan Shazwan.
Nampak gaya saya kena berhenti di sini dulu. Harus menghadiri rumah terbuka. Daa~~
Salam.
Peace.
Kemudian, tiada lagi hari raya untuk saya. Selebihnya, menguruskan hal yang tergendala sebelum cuti bersama papa, ke Gua Musang sebab merisik bagi pihak adik sepupu sebelah Ummi, lepak di rumah. Itu saja. Tapi banyak habis di jalan raya sebab sesak. Biasalah Kelantan bila cuti raya. Jalan depan rumah saya pun, selama ini tidak pernah kereta beratur panjang untuk ambil pusingan U, sehari sebelum raya dan malam raya, berderet kereta beratur. Tengok gambar sahajalah.
Kebiasaan sebelum raya...
Tiada sudah 4 beradik ini untuk raya tahun hadapan. Beraya di London lah kamu ya...
Fatin Aliya, Sabrina Aliya, Husna Aliya dan Adam Aliff.
Inilah saingan saya setiap kali musim peperiksaan. Tapi sekarang semua sudah besar dan sudah ada kerjaya sendiri...
Nur Azureen, Nur Shahida, Noor Farhah dan Shazwan.
Salam.
Peace.


7 comments:
selamat hari raye ida
wah sgt meriah raya kamu
ucu tade kampung jadi tak meriah sgt
lps tu pakcik pun tak balik kl thn ni
jd, gitu-gitu je la cite
yeay lps ni bole tgk byk gamba dr anda :)
buah beko tu apa? kalau syud datang kelantan ida hidang tak kerabu beko? hidang tak? hihi (heh,kau syuhada.bab makan laju aja! ;)) )
selamat hari raya cik ida!
comel sungguh keluarga kamu. meriah sungguh hari raya. *ah dalam kecemburuan yang melampau* :)
sy pon xtau nama malaysia nya apa.. heheh tapi nama saintifiknya Oroxylym indicum (L.) Benth. ex. Kurz, Bignoniaceae (tahu plak.. padahal google) hehehe... rasanya buah beko ni mmg xde kt tmpt lain kecuali kelate je. dia pnjng menipis cam buah petai tp xda mata. berat gak la.. paling panjang ada mahu satu lengan..
kalo syud mai kelate, sy ada di sana.. insya allah sy akan sediakan. (tak, mak sy yg sediakan.. ehehe) tp susah sket sbb dia ada musim, kt kedai bleh cari tp jarang2. ada nasib ada lah, takde nasib takdelah..
hehehe
BUAH BEKO ADA DI PAHANG, KEDAH.... PUN BUAT KERABU + PERUT LEMBU. HARUS DI TEMPAT LAIN ADA.
OLDTIMER
mungkin ada tp tdk dikenali..
ADA! Nama lain2. Di Kedah ada nama PERMATANG BONGLAI.
Namanya sebegitu sebab banyak terdapat pepohon Bonglai suatu ketika dahulu. 2 bulan lepas sedara bekas pelajar saya dari Kedah membawa buah beka@bonglai. Makan nasi dengan kerabu beka@bonglai sahaja. Nikmat.
BUKTI KEWUJUDANNYA DI PERAK
Kali ini ingin penulis ingin berkongsi pengetahuan tentang pokok beka yang banyak tumbuh di tepi sungai dan di dalam kebun di kebanyakan daerah dalam negara kita - Malaysia.
Di dalam kebun penulis di Lenggong pun ada se batang pokok beka, tetapi pokoknya cukup tinggi - sudah macam pokok balak di hutan.
Kalau di Lenggong, biasanya buah ini disebut buah beka, namun begitu ada juga yang menyebutnya sebagai buah bonglai.
Pokok beka dalam gambar di bawah, diambil oleh anak penulis di tepi rumah adik penulis, di Lenggong, Perak. Pokok ini sedang mengeluarkan bunga yang bakal menghasilkan buah yang berbentuk seperti parang besar.
Buahnya yang muda dan masih lembut cukup sedap dibuat kerabu – kerabu beka kata orang Lenggong. Rasanya agak pahit tetapi cukup menyelerakan.
Yang pastinya pokok dan daun beka bukan hanya digunakan sebagai bahan perubatan oleh orang Lenggong sahaja, tetapi ianya juga telah digunakan oleh orang Cina dan orang India sebagai bahan perubatan herba mereka.
Rupa pucuk beka atau bonglai yang masih muda – cukup enak dibuat ulam:
Pokok bonglai ini agak multi-purpose plant jugak. Kalau wanita baru lepas bersalin, daunnya yang agak tua, digunakan sebagai lapik batu tungku untuk bertungku - zaman wanita masih bertungku dahululah, sekarang agak payah nak jumpa orang bertungku lagi.
Sementara daun pucuk mudanya yang lembut digunakan sebagai ulam, samada direbus dahulu atau hanya dilayukan di atas bara di dapur kayu (masih ada lagikah yang menggunakan dapur kayu?). Cicah dengan sambal bercampur ikan bakar memang kegemaran orang kampong sejak dahulu.
Kulit kayunya digunakan sebagai ubat demam dengan cara merebusnya terlebih dahulu. Orang sekarang, bila demam ambik paractemol dengan antibiotic sahaja. Kulit kayu beka merupakan antibiotic semula jadi.
Di India, beka dikenali sebagai broken bones plant, Indian calosanthes, Indian trumpet flower, midnight horror, atau oroxylum.
SEDIKIT MENGENAI POKOK BEKA@BONGLAI
(ada PERBEZAAN penggunaan "tentaang" dan "mengenai". Sila rujukm laras bahasa)
Bonglai ~ nama saintifik Oroxylum Indicum and Panjanelia Longifolia family Bingnoniaceace
Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Dikampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran sungguhpun rasanya agak pahit sedikit.Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.Buah bonglai juga sedap dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu.Bunga bonglai kembang malam dan akan gugur pada keesokan harinya.Kelawar menjadi agen pendebungaan bonglai kerana ia tertarik pada bau yang dihasilkan oleh bunga bonglai.
Terdapat juga Bonglai putih (Aingeber cassumunar).Bonglai boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka.Dalam perubatan melayu kayu bonglai merujuk kepada dua jenis tumbuhan iaitu Oroxylum indicum dan Pajanelia longifolia. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung,sakit lutut kesuburan rambut, pening kepala dan jerawat.Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid,asid tannik,galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan india(ayurveda).
oldtimer
thanks for info
Post a Comment