Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 September 2009

Saya rindu Isnin 14 September 2009 :D

Salam semua!

Hahaha... esok hari Isnin kan? Esok kerja kan? Selalunya kalau hari Isnin, kebanyakan manusia bekerja dan belajar menggelarkannya sebagai Monday Blues kan? Rasa macam malas nak pergi kerja. Rasa macam 'kenapa tak ada cuti hari Isnin? Kenapa hari minggu mesti hari Ahad? Padahal, cuba kerajaan setkan kerja hari Ahad cuti hari Isnin, mesti merungut 'kenapa tak cuti hari Ahad?' Betul tak? Betul tak?

Tapi malam ni saya rasa sangat seronok untuk menghadapi hari Isnin 14 September esok. Kenapa? Sebab saya mahu hari Isnin cepat berambus dalam kalendar lepas tu muncul hari Selasa lepas tu Selasa pun berambus dengan cepat sebab hari Rabu saya PULANG!

Hehehe... Walaupun begitu sebelum memulangkan diri sendiri ke pangkuan keluarga, saya mahu kongsi 10 perkara yang terlintas dalam fikiran saya sekarang yang boleh dikongsi bersama kalian.

1) Selepas cuti hari tu, pihak pentadbir telah bersetuju untuk menjadikan SMK Apin-Apin sebagai satu sesi. Mula jam 0720 dan berakhir pada 1340. Ok la. Walaupun mengantuk tapi bolehlah.

2) Saya tiba-tiba jadi tawar hati untuk terus menjadi kaunselor. Bukan kerana tugasan tapi kerana... biar saya simpan sendiri saja. Saya sayang jawatan dan kerja-kerja yang telah saya buat, walaupun saya akui kadang kala saya banyak merungut. Biasalah manusia kan? Tapi akhirnya saya suka kerja saya. Cuma ada sesetengah perkara kita memang langsung tidak boleh terima untuk diri sendiri. Hanya kita yang tahu setakat mana kemampuan diri sendiri. I can't push the limit anymore. ---- sungguh ironi kata-kata ini dengan poster di sebelah.

3) Saya sangat-sangat rindu mahu mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris walaupun saya sebenarnya takut. Takut kalau saya sudah tidak dapat menjadi guru Bahasa Inggeris dengan bagus dan menepati standard yang diinginkan. Saya takut ada yang saya tidak tahu dan saya terus buat tidak tahu hanya kerana takut untuk mengaku yang saya tidak tahu apa-apa. *Ini pun sungguh ironi.* Apa-apa pun, terima kasih kepada PK1 kerana menerima permohonan saya untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris pada tahun hadapan.

4) Buka sekolah lepas raya nanti akan diadakan dua program sekolah dalam satu minggu yang perlu saya uruskan, bersama dengan guru-guru yang lain.
i- Program Motivasi Fasa 3 (PMR dan SPM)
ii- Ceramah dan Bengkel Subjek Geografi SPM.

5) Kelmarin buat pertama kalinya saya telah menggunakan duit untuk sesuatu yang selama ini saya rasa merugikan, namun tidak. Malah berbaloi. Saya puas hati. Apakah dia? Saya telah melakukan herbal foot reflexology dan full facial with ears candling. Heheh... dulu bukan main saya bangkang kalau ada sesiapa yang suruh saya pergi salun kecantikan. Walaupun umi yang suruh. Membazir, kata saya. Tapi, sekali sekala memanjakan diri apa salahnya kan? Ahaks. Nyaman bah. Kan bagus kalau hari-hari ada maid tolong urutkan... Rilek sangat~~~

6) Saya telah membuat kuih lompat tikam seperti yang dirancang. Malangnya, kerana degil tidak mahu mendengar nasihat umi supaya tidak rajin membuat kuih . Umi kan... memanglah. Masa saya malas nak buat kuih, selalu dia paksa saya duduk dapur. Masa saya rajin, dia tak bagi pula. Apabila saya menderhaka secara manja iaitu dengan kata-kata 'Tak kira nak buat juga.' Kuih saya tidak menjadi... :(

7) Dia kata mungkin dia akan dihantar untuk kerja luar selama 3 hari ke KENINGAU pada hari RABU 16 SEPTEMBER! Pada tarikh itu, saya sudah berada di rumah...:(

8) Esok nak kena bayar hutang buku lagi. Tapi buku-buku tersebut masih berada di dalam kotak... Haiyak! Bila nak baca? Jangan membazir, boleh tak Shahida?

9) Mahu beli sandal dan tudung baru. Tiada yang menarik perhatian di Keningau. Mahu cari di KB, agak-agak seberapa ramaikah umat manusia di KB apabila saya pulang nanti? Ahah! Mencari nahas namanya itu. Jadi mungkin saya beli di pasar malam saja.. (bukan ke 2x5?)

10) Malas dah nak taip. Selamat Hari Raya semua. Maafkan salah silap yang sengaja atau tidak. Maafkan segala kata-kata yang mungkin ada mengguris hati atau perlakuan yang mengjengkelkan.

Salam.
Peace.


4 comments:

s.c.h.u.l.t said...

oh bestnyaaaa...

nak jadi anak murid cekgu secara virtual bole x? hehe *english saya sudah hancur secara berganda-ganda* :D

selamat hari raya!

selamat mencari tudung di pasar malam. eh? :)

~nurie!~ said...

kalau mak tak izinkan memang tak jadi kuih tu. hehe. sy pun slalu je kena. :P

owh, baru je terpikir nk pesan tudung putih dgn shaz..sy tau berlipat kali ganda murahnya harga di KB tu banding di kk ni kan? Shaz, nak pesan boleh? Nanti shaz balik kk sy byr.(suka hati suruh orang)

Anonymous said...

ADIK SEOLAH2 MERASAKAN ISNIN DAN SELASA YANG BERLALU ITU ADALAH HARI2 YANG TIDAK MEMBERI SEBARANG MANFAAT DAN PENUH YAKIN HARI RABU ITU AKAN MEMBERI KEGEMBIRAAN SECARA TOTAL. JANGAN DEK! KITA TIDAK TAHU PERANCANGAN ALLAH YANG MAHA KUASA. JIKA KITA SOMBONG ATAU LAGAK SOMBONG, KITA AKAN DIBERI UJIAN BERAT..... MANA TAU ADIK AKAN DITIMPA MUSIBAH. NAUZUBILLAH! SEGERA BERTAUBAT!


BOLEH ADIK SEDIAKAN SATUY TIKIT KAPAL TERBANG YANG SEMURAH2NYA? PENGINAPAN TIDAK OPERLU 5 BINTANG. BERKHEMAH PUN TAK APA. MAKAN SEADANYA. TAK PERLU DI RESTORAN KENINGAU (JIKA IA MASIH WUJUD). TIDAK PERLU LAYANAN VIP. MALAH ELAUAN APA2 PUN TAK PAYAH. OLDTIMER SEDIA MEMBANTU MENJAYAKAN SESI Motivasi Fasa 3 (PMR dan SPM)DAN CERAAMAH DAN NBENGKEL SUBJEK GEOGRAFI SPM.

OLDTIMER

NSMY said...

nurie: insya allah sy akan cuba. sy xleh janji sebab sy mmg jarang keluar. apa2 nnt sy mesej nurie.

oldtimer: terima kasih kerana sudi singgah. maaf. saya terlalu gembira sebab sudah berapa bulan tak balik kampung. siapa yang tak gembira utk pulang bertemu keluarga kan. dan sememangnya hari isnin dan selasa saya sangat tidak produktif. terlalu fikir nak cuti. terima kasih atas ingatan.

tentang program tu. terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan, tapi saya minta maaf kerana ianya sudah diuruskan. mungkin tahun hadapan andai diizinkan tuhan. susah nak cari orang berpengalaman yang tidak demand lebih2. maklum sajalah sekolah saya ni bukan byk peruntukan utk jemputan luar. insya Allah, ada masa mungkin saya perlukan bantuan oldtimer. terima kasih sekali lagi.