Salam semua...
Sudah 16 hari kita berpuasa. Sepuluh hari lagi saya akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta. Tahun 2009 menyaksikan raya kami sekeluarga sekali lagi tidak meriah seperti tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun lepas, kami kehilangan seorang insan yang begitu rapat dengan semua ahli keluarga yang lain.
Tahun lepas, Mo'SuZa pergi menghadap Illahi... lagi seminggu maka genaplah setahun pemergian arwah Mo'SuZa. Sejak dia pergi, suasana banyak yang berubah. Ikatan banyak yang terlerai... atau hampir-hampir terlerai. Entah di mana silapnya. Semua meratapi pemergian dia, namun... entah. Raya tahun lepas memang tidak semeriah mana memandangkan kami masih bersedih.
Tahun ini, Po'Mudo sekeluarga pula tiada. Mo'Mudo berjaya melanjutkan pelajaran ke London, maka dengan ini mereka sekeluarga akan berpindah ke sana selama Mo'Mudo berada ke sana. Po'Mudo, bapa saudara kesayangan saya. Dia tiada, maka tiadalah pak lawak untuk raya nanti. Tiada lagi orang yang akan mengusik Aliff di pagi raya. Tiada lagi...
Makin lama rasa makin hilang seri raya. Apakah? Huhuhu...
Walaupun begitu, makin banyak pula yang saya rindu tahun ini. Saya rindu nak makan kerabu beko, maka dengan itu saya telah memohon jasa baik umi untuk membuatkannya untuk saya apabila saya pulang nanti. *Tapi umi suruh buat sama-sama... bolehlah, janji boleh makan kerabu beko*
Saya rindu mahu makan 3manis yang tidak pernah berpisah di bulan puasa iaitu jala mas, buah tanjung dan akok. *Umi suruh saya minta jala mas dan buah tanjung dengan MekJah... Tak payah minta, saya pasti nanti ada dalam peti ais... hahaha*
Saya terasa mahu masak. Maka saya berjaya masak satu jenis lauk untuk bulan puasa *setakat ini, baru satu lauk... ya, saya tahu saya memang malas memasak.* Saya teringin mahu buat kuih lompat tikam. Insya Allah, bahan-bahan sudah ada. Tinggal masa RAJIN sahaja. Ameen... harap-harap saya dapat merajinkan diri. Huhuhu...
Eh, semua pasal makanan? Apakah? Adakah? Huh?
Selain daripada itu, saya rindu masa-masa bergelar pelajar di Shah Alam. Asal ada duit, asal ada masa terluang... destinasi utama adalah pusat membeli belah. Aaaah~~ Bestnya shopping!!!... Saya rindu mahu shopping!!!
Kemudian kan... cakap pasal Po'Mudo sekeluarga ke London, kawan baik saya (Yda) juga berjaya melanjutkan pelajaran ke London... maka timbullah idea saya untuk bercuti ke London pada cuti sekolah akan datang. Guna tiket murah, sudahlah. Bawa Syafiqah sahaja. Irfan dan Wani mahu ikut kena guna duit sendiri... Hahaha... Ini plan kamikaze ni... Insya Allah, kalau saya tekad membulat mungkin berjaya saya ke sana. Teringat pula percutian Syud ke Australia. Kenapa saya tidak boleh kan? Hahaha...
Nampaknya banyak sungguh saya merapu. Saya tinggalkan anda dengan satu pesanan ringkas. Jaga diri, hiasi peribadi.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


5 comments:
oh yes! go ida go! :D
yakin boleh~~ huhu
tp mahal ler.. hohoho...
wow.
nak gi london.
hebat.
jeles dowh!
HEHE
itulah.tade benda free dlm dunia ini. huhu, sedey juga mau jalan2 lagi tp samela.tade duet gak. :D
cyeda: itu adalah plan kamikaze... makna kata plan bunuh diri... hahaha... kalo jadi pegi maknanya aku sedang membunuh diri (duit habis, nak makan apa? hehehe)
Post a Comment