Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 September 2009

Tekan menekan

Assalamualaikum...

7.47 pagi mengikut cik lappy, 7.50 pagi mengikut jam tangan dan jam di dinding.

Ada kerja yang perlu dibereskan sebenarnya tapi fikiran agak berserabut dengan pelbagai perkara yang patut dan juga tidak patut difikirkan. Tekanan. Untuk mengelakkan tekanan, saya buat semua kerja tidak mengikut keutamaan. Sekejap saya buat kerja yang wajib, seketika kemudian saya buat kerja yang tidak wajib. Seperti berblog ini. Ehmm...

Susah mahu senyum kebelakangan ini. Kalau pun saya senyum, tidaklah seceria mana. Kalaupun orang nampak ceria, itu hanya lakonan. Setelah itu, saya akan mendengus marahkan diri sendiri kerana menipu. Tapi, kalau tidak menipu bukankah nanti menambahkan tekanan pada orang lain yang mana akan menyebabkan saya tertekan kerana ditekan oleh orang yang tertekan. Paling tidak, saya tertekan kerana melihat orang yang tertekan. Saya tidak suka melihat kemarahan, nanti saya pun akan naik angin. Ehm...

Bukan... saya bukan mengeluh. Saya cuma mahu melepaskan rasa yang ada dalam diri yang mana menekan paru-paru saya untuk bernafas dengan baik. Apabila saya tertekan, saya suka juga menekan papan kekunci. Kasihan papan kekunci. Dia pula yang tertekan. Tapi itu memang tugas dia kan? Menerima tekanan.

Sekejap. Saya mahu tekan pengetip kuku. Kuku sudah panjang. Nanti saya tidak boleh menekan pelajar supaya memotong kuku mereka kerana kuku saya sendiri panjang. Hari Jumaat sunat potong kuku.

Baiklah. Saya mahu sambung kerja. Kalau saya rasa mahu menekan papan kekunci untuk berblog, saya akan sambung lagi di entri yang sama tapi saya akan guna warna yang lain pula. Jadi, kalau kamu yang membaca nampak ada banyak warna yang digunakan, maknanya saya sambung menaip di waktu yang lain, hari yang sama. Saya tidak suka buat banyak-banyak entri dalam satu hari sebab saya tahu yang satu pun tidak terbaca, inikan pula yang lama. Lainlah kalau blog saya popular.

Baik... saya berhenti sekarang...buat masa ini.

p/s Rasa MACAM mahu masak telur ikan terubuk masak lemak cili api. Rasa MACAM mahu buat lompat tikam. RASA MACAM... TERBUAT KE?

Saya datang lagi! Jam cik lappy 11.49 pagi, jam tangan... cuba kira. Kalau betul, bagi tepukan pada diri sendiri...Eheh...

Oleh sebab ada peperiksaan, jadi saya tidak ada kelas. Eh, hari ini hari Jumaat, memang tidak ada kelas...Eh, ada-ada tapi tingkatan 4 dan mereka ada peperiksaan tadi. Sekarang saya sedang menunggu kawan untuk menumpang pulang. Haih... Susah lah menumpang orang. Lamanya tahun depan.

Kerja yang wajib saya buat hampir siap. Insya Allah, kalau saya rajin...KALAU SAYA RAJIN... saya akan siapkan di rumah. Kalau tidak, nampak gayanya hari Isnin juga baru boleh siap. Satu tabiat saya dan... alamak! KakAzah sudah panggil pulang... Nanti saya sambung lagi...

Oh, maaf. Lama sangat ambil masa untuk sambung cerita. Sekarang cik lappy tunjuk pukul 10.53 malam. Jam tangan... hmm... jam tangan tak pakai.

Saya sambung tentang tabiat yang ingin saya kongsikan di sini.
Sewaktu masih bergelar pelajar, sudah menjadi perkara biasa membawa kerja sekolah/tugasan balik ke rumah, kerana memang itu pekerjaan seorang pelajar iaitu membuat latihan/kerja sekolah/tugasan. Lagi pula, pelajar tiada komitmen lain kecuali belajar dan belajar. Lainlah kalau sudah bekerja. Selain daripada bekerja, ada hal peribadi yang perlu diselesaikan. Penat berfikir tentang kerja, mahu juga berfikir tentang hal lain. Maka dengan itu, saya telah bertekad sebulat hati.

NO WORK AFTER WORKING HOUR!

Ajaibnya, apa yang tekadkan sewaktu bergelar pelajar dulu benar-benar jadi kenyataan. Cuba juga untuk jadi rajin dengan membuat kerja di luar waktu kerja. Sekejap saja, kemudian saya sudah tidak mampu untuk bekerja lain. Seolah-olah sistem saya telah diprogramkan, apabila waktu kerja tamat maka seluruh anggota badan saya luar atau dalam akan berhenti daripada membuat kerja.

Apatah lagi membawa pulang kerja ke rumah. Tidak sesekali. Saya pernah bawa pulang semua kerja yang perlu dibereskan... akhirnya semua tergendala. Melainkan yang betul-betul perlukan perhatian...seperti esok perlu dihantar, waktu kerja hari ini tidak sempat buat, maka terpaksa mengganggu hak peribadi sendiri. Kalau masih ada waktu, selagi itulah saya tidak akan melakukannya di luar waktu kerja apatah lagi di rumah.

Ouh, malangnya. Saya akan berhenti membuat kerja tapi tidak daripada memikirkan tentangnya. Sakit juga.

Pendek kata... saya tidak suka bawa kerja pulang ke rumah. Kecuali terdesak.

Pulang tadi, terus solat Zohor. Selepas itu saya, KakAzah dan KakYam ke pekan. Sudah beberapa hari kami mahu ke bank tapi selalu tergendala akibat urusan lain. Tidak sempat. Yalah, bank tutup pukul 4, pukul 3 lebih baru boleh pulang... hmm....

Jadi hari ini kami nekad untuk pergi awal. Sekali...huhuhu... tutup sebab waktu rehat. Lupa pula. Kalau di Shah Alam, seingat saya buka juga walau waktu rehat. Kiranya pegawai bergilir-gilir untuk berehat dan bertugas. Oleh yang demikian, masa yang ada kami pergi ke stokis Leno. Hui... dengan jayanya saya terpesan beg! Kononnya mahu buat raya. Asalnya mahu cari sandal, tapi tiada yang berkenan. Nantilah bila balik kampung nanti.

Saya berjaya membayar hutang PTPTN! Oh, bukan semualah. Muflis lah kalau saya bayar semua. Sedikit demi sedikitlah.

Yang penting saya mahu beritahu di sini... saya berjaya masak telur terubuk masak lemak! Yeay! Daripada rasa MACAM... jadi MEMANG masak! Hehehe...

Baiklah. Kisah tekan dan menekan di awal pagi tadi sudah pun ditutup dek kerana nafsu *syaitan tiada di bulan puasa* yang menghasut sudah berjaya dikawal. Alhamdulillah. Saya berhenti di sini ya!


Salam.
Peace.

2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

ni betul diari seharian bekerja~ :D

cekgu ida yg berdedikasi..chaiyyok! ;)

NSMY said...

hahaha... dedikasi menulis blog.. :p