Sihat? Alhamdulillah. Saya baik-baik saja di sini malah semakin baik memandangkan esok saya akan berada bersama keluarga di kampung halaman. Insya Allah.
Hari ini hati saya menangis. Terasa macam ingin dipecahkan dada dan menghamburkan darah tangisan yang mengalir dalam jiwa saya. Entah kenapa, saya sebak, kecewa, sedih dan rasa tidak berguna tatkala mata saya memandang wajah-wajah yang selama ini saya tatang. Mungkin silap saya. Terlalu 'memanjakan' mereka sehingga mereka lalai dan lupa akan apa yang ada di hadapan. Mereka menyangka saya mudah untuk dipermainkan. Senang diperkotak katikkan.
Maaf. Saya terpaksa berpura-pura tidak mengenali kamu, tidak pernah ambil kisah tentang kamu. Bukan kerana saya benci. Tidak pernah terlintas di kepala perkataan benci, malah kerana terlalu sayang maka saya terpaksa. Sakit hati saya di saat saya melemparkan jelingan pada kamu. Pedih jiwa saya apabila tidak menghiraukan apa yang berlaku. Ikutkan hati, mahu saja saya berleter seperti biasa. Tapi, saya tidak mampu lagi. Lalu saya biarkan. Dan saya tersungkur melihat kekalahan sendiri. Kalah dalam perjuangan yang belum selesai. Namun, harus juga diingat, kalah bukan kerana saya lemah. Kalah kerana saya memberi peluang untuk kamu melihat diri sendiri tanpa ada yang menyuruh. Itupun kalau kamu mahu melihat diri kamu. Mungkin suatu masa saya akan bangkit kembali untuk menolong kamu bangkit dari mimpi yang panjang.
*** Tukar cerita ***
Hari ini, urusan perpindahan ke bangunan baru telah hampir 90% selesai. Setelah selesai menjaga kelas 5P untuk kertas PSV, saya turun ke bawah dan melihat urusan perpindahan sudah pun dijalankan. Maka, saya dengan semangatnya menyuruh budak-budak 4H untuk menolong saya sekali. Awalnya, saya hanya berseloroh. Saya sangka tentu mereka penat mengangkat meja dan kotak-kotak guru lain. Jadi saya cuba untuk minta bantuan daripada pelajar lain. Rasanya dalam 10 minit saya menunggu pelajar yang dipanggil untuk turun membantu saya, alih-alih yang datang pelajar 4H. Baguslah! Lepas raya nanti, cikgu belanja makan.
Alhamdulillah, kedudukan saya di dalam bilik guru baru agak selesa. Di tepi tingkap, dekat dengan pantri, dekat dengan pintu masuk. Senang segala-galanya. Pada awalnya saya sangka kena pindah masuk bilik UBK. Jujurnya, saya kurang selesa untuk berada di sana. Mungkin juga kerana tiada teman berbual. Namun tatkala melihat plan kedudukan dan nama saya tercatat di dalamnya... sukanya!~ Lebih-lebih lagi, tuan pengetua sendiri tidak menyuruh saya ke bilik UBK. I like~~ Walaupun kepenatan, tapi berbaloi pindah masuk hari ini. Sekurang-kurangnya saya mendapat tempat duduk yang selesa.
****
A: Jadi, kau tidak jadi kaunselor lagi lah?
Saya : Masih, tapi tidak berada di sana. Saya mengundur diri perlahan-lahan, senyap-senyap (Kalau dah tulis di sini, tak ada maknanya senyap-senyap). Saya buat juga kerja UBK... ehm, yang penting tahun hadapan saya dapat mengajar balik. Cuma tambah masa lah (masalah juga). Itulah, sendiri mahu ingatlah. Pandai sangat nak terima dulu.
D : Ya, kasian saya tengok kau. Program tu muka kau, program ni muka kau.... eh, naik menyampahlah saya tengok.
-Ngee... ada juga orang kasihan dekat saya?
+Sukalah Shahida, orang kasihan dekat kau? Takkan nak hidup dengan kasihan orang. Don't be a loser lah.
p/s: Mulai esok 16h September sehingga minggu hadapan 27th September... saya tidak akan berada di alam maya. Saya cuma berada di kampung halaman tercinta. Jumpa lagi!!!
SALAM LEBARAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SALAM HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER
(tak ramai yang ingat ni... kompem)
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SALAM HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER
(tak ramai yang ingat ni... kompem)


2 comments:
selamat hari raya! ^__^
DAN TIDAK RAMAI GURU MEMBERITAHU DAN MENGINGATKAN PELAJAR BAHAWA 16 SEPTEMBER ADALAH HARI MALAYSIA. MANA LEBIH DIRAIKAN? HARI MALAYSIA ATAU HARI VALENTINE?
OLDTIMER
Post a Comment