Salam semua.
Raya sudah tinggal separuh. Beberapa undangan rumah terbuka harus dipenuhi. Tahun ini insya Allah, kami juga akan mengadakan rumah terbuka seperti tahun yang lepas. Cuma tarikh dan menunya masih dalam perbincangan. Tarikh sudah ada cuma tidak dapat dipastikan dengan jelas.
Dalam kesibukan rumah terbuka di sana-sini, saya tidak mahu menyibuk tentang itu. Saya pasti ramai yang bercerita tentang hal yang sama. Jadi, saya di sini cuma mahu bercerita tentang budak-budak.
Sebelum itu, saya memohon ampun dan maaf kepada semua pelajar SPM terutama sekali pelajar kelas 5 Intelek kerana tidak prihatin lalu menyebabkan ada beberapa pelajar yang hampir terlepas peluang untuk mengikuti kursus matrikulasi tahun hadapan. Walaupun ada sebilangan rakan-rakan kamu yang tahu akan tarikh pembelian nombor pin, tapi apabila guru yang tidak tahu dan tidak peka... cikgu yang salah. Jadi, baki yang tidak berkesempatan membeli dan mengisi borang online, cikgu akan tolong sebelum tarikh tutup Sabtu ini (10.10.2009).
Dalam masa yang sama, suka cikgu ingatkan sila sediakan duit sebanyak RM10.60 dan salinan kad pengenalan untuk urusan pembelian nombor unik ID Permohonanan Kemasukan IPTA sesi 2010/2011 yang akan dibeli secara pukal oleh pihak UBK. Tidak ada yang beli sendiri kali ini kerana dibimbangi berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti kehilangan nombor unik ID anda. Kali ini, urusan pengisian borang UPU akan dilakukan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 bermula 2November sehingga 31 Disember 2009. Manakala Fasa 2 bermula 2Februari sehingga 31Mac 2010. Jadi untuk langkah keselamatan, pihak UBK akan membeli nombor unik ID secara pukal untuk semua pelajar SEMEKAP supaya pihak UBK boleh menyimpan salinan ID tersebut untuk anda.
(eh, ini blog saya, bukan blog sekolah...)
Minggu pertama sekolah dibuka, pada hari Selasa bersamaan 29 September, satu majlis telah diadakan untuk kesemua pelajar PMR dan SPM. Majlis Motivasi Pecutan Akhir dan juga Titipan Restu PMR 2009. Rata-rata saya dapati pelajar masih seperti dulu. Tidak begitu menumpukan perhatian ketika ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari PTPL. Lebih-lebih lagi ketika terjadinya masalah teknikal di mana LCD tidak dapat dipasang, jadi tumpuan atau fokus mereka memang hilang terus.
Hilang sudah sebenarnya ulasan saya tentang hari berkenaan. Semasa titipan restu pelajar PMR pun. Semacam ada sesuatu yang ingin saya cerita atau ulas tetapi kosong. Hilang sudah. Ehm... tengok gambar saja lah. Di sini ya ---> Semekap464
Selain daripada Program Motivasi Pecutan Akhir dan Titipan Restu PMR 2009, tanggal 2 Oktober iaitu hari Jumaat yang lalu diadakan Seminar Menjawab Soalan Geografi SPM dibawah Panitia Geografi dengan kerjasama UBK. Cuma dua kelas yang terlibat iaitu 5Wawasan dan 5Harmoni -- gambar-gambar juga boleh ditatap di ruangan yang sama seperti di atas.
Seperti yang dijangka, ada beberapa pelajar yang sengaja tidak menghadirkan diri. Tapi tidak mengapa kerana yang hadir semuanya menunjukkan komitmen yang menggalakkan. Bagaimana ya mahu saya komen tentang mereka.. Ehm....
*Saya penat lalu mengambil keputusan untuk berhenti menaip dan meninggalkan entri ini sebagai draf. Lalu menyambung semula pada esok hari..hari ini*
Saya sambung ya. Semalam penat sangat otak sampai tidak ingat apa yang mesti ditaip. Biasalah kalau saya kembali ke fitrah semulajadi manusia pemalas. Tidur sepanjang masa sampai terlupa sesuatu yang penting lalu mengakibatkan otak saya weng weng... Oh, nampaknya seperti sekarang pun otak saya masih weng weng. Tapi, rasanya lebih baik daripada semalam.
Tentang budak-budak. Sebenarnya, saya tidak pasti apa yang mereka mahukan. Cuba saya dekati dan bertanya sebaik mungkin. Yang saya terima cuma senyuman samada malu untuk menjawab ataupun senyum sinis apabila seorang guru cuba bertanya tentang diri mereka. Yalah, apa yang saya belajar tentang remaja, mereka cukup pantang gaya hidup mereka diganggu. Mereka merasakan seolah-olah apa yang mereka lakukan betul dan tiada salah. Jadi, mungkin soalan saya tidak tepat.
Bukan saya putus asa. Cuma adakala saya rasa baik saya berhenti berharap untuk sementara waktu. Biarkan keadaan yang menjadikan segalanya yang terbaik. Biar waktu yang menentukannya. Saya tahu terlalu banyak ruang yang berikan kepada mereka sehingga menyebabkan mereka menyalahguna ruang yang ada. Saya sedar kesilapan saya namun saya tidak pernah menyesal. Sekurang-kurang saya tidak perlu mendengar herdikan mereka di belakang.
Tidak! Saya bukan takut. Tapi saya bimbang bagi pihak mereka. Mungkin ada baiknya kita yang mengajar mereka dengan sedikit kekerasan dan kasar. Namun, saya percaya perlu ada seseorang yang harus berlembut dan saya juga percaya orang itu adalah saya. (hah! ayat syok sendiri).
Ok ok.. saya sebenarnya tidak ada ayat untuk menyatakan apa yang ada dalam perasaan saya sekarang ini. Jadi, hingga lain kali.
Jumpa lagi.
Salam.
Peace.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


7 comments:
ADIK!
SEKILAS PANDANG PROGRAM INI AMAT MEMBOSANKAN. SEMINAR TEKNIK MENJAWAB GEOGRAFI SPM NAMPAK HAMBAR. KOSONG. TIDAK ADA KESUNGGUHAN. TIDAK ADA BAHAN SOKONGAN. PENCERAMAH DUDUK? JAUH DARI PELAJAR YANG BERDISKUSI? NAMPAK PELAJAR BERTELEKU DI MEJA. ITU TANDANYA TIDAK ADA KESERIUSAN. GURU WANITA BERTENGGEK DI MEJA? ITU BUKAN CIRI2 PERJALANAN SEMINAR YANG BAIK.
MOTIVASI PMR DAN SPM TERLALU BESAR KUMPULANNYA. SEBAIKNYA PECAH KEPADA 2 KUMPULAN PMR DAN DUA KUMPULAN SPM. TAK PERCAYA CUBA LAKUKAN INI PADA TAHUN DEPAN. LIHAT PERBEZAANNYA. FAKTOR MASA BUKAN HALANGAN.
ADIK!
UNTUK MENARIK ANAK2 DIDIK, SELAMI DUNIA MEREKA. FAHAMI DUNIA MEREKA. JADI SEBAHAGIAN DARI MEREKA. DARI SITU KITA TARIK MEREKA KE ARAH YANG KITA KEHENDAKI. TERBENTUKLAH KUIH SEPERTI ACUANNYA.
OLDTIMER
maaf, mungkin kerana gmbar2 yg diambil sewaktu mereka tgh berehat. dan waktu penceramah duduk itu pun waktu rehat. menunggu waktu utk sesi kedua iaitu sesi bengkel. guru perempuan tu pula bukan berceramah tapi tiba2 terpaksa bagi ucapan penutup. sy sndiri terkejut dipanggil utk ucapan penutup dan sekadar berdiri di tepi begitu saja. bercakap ttg guru baru..
berbicara ttg pelajar tidak serius... sy senyum saja...
seperti yg dinyatakan. itu adalah pecutan akhir. pmr beberapa hari saja. manakala spm tak smpi 3 bulan. sbb tu dibuat sekaligus. bajet yg terakhir cukup utk program setgh hari tu saja.bukan masalah masa.
utk titipan restu spm nnt akan diadakan lagi sekali secara ringkas.
terima kasih.
ADIK!
Ini komen saya berdasarkan imaginasi saya tentang SEMINAR itu. Sekalung tahniah kepada SEMEKAP kerana masih menganggap GEOGRAFI penting dan dikekalkan. Sedikit sebanyak ia telah saya komen sebelum ini.
SEMINAR MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI SPM DI BAWAH PANITIA GEOGRAFI DENGAN KERJASAMA UBK PADA HARI JUMAAT BERSAMAAN 2 OKTOBER 2009
TAHNIAH SEKALI LAGI.
PESERTA 5 WAWASAN DAN 5 HARMONI
KEHADIRAN -> BEBERAPA PELAJAR SENGAJA TIDAK MENGHADIRKAN DIRI.
SANGAT MALANG BILA ADA PELAJAR TIDAK MENGHADIRKAN DIRI. SALAH SIAPA? SAYA BERANGGAPAN PANITIA GEOGRAFI DAN UBK GAGAL MENARIK PELAJAR UNTUK MENYERTAINYA. PELAJAR TAHU, IA TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH KEPADANYA. KADANG2 KITA PERLU MEMBERI PUBLISITI ISI KANDUNGAN SEMINAR. JIKA PELAJAR SUDAH BOLEH MERAMALKAN PERJALAN SEMINAR SEPERTI YANG DITUNJUKKAN DALAM GAMBAR, SUDAH TENTU AWAL2 LAGI, ADA SEKELOMPOK PELAJAR TIDAK AKAN HADIR. SAYA PERCAYA JIKA SEMINAR ITU BERLANSUNG SEPERTI APA YG SAYA GAMBARKAN, SEMUA PELAJAR AKAN MENYERTAI. JUMAAT 2 OKTOBER 09 BERKAMPUNG DI SEMEKAP. TAKLIMAT SEMINAR. ICE BREAKING. 3 OKTOBER 09 SEAWAL PAGI KE TENOM. AMBIL KERETA API KE KOTA KINABALU. BERI TUGASAN DI SEPANJANG PERJALANAN KE KK. 4 OKTOBER BERSEMINARLAH BERDASARKAN PENGALAMAN ITU. SABAH KAYA DENGAN LANDSKAP GEOGRAFI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU PELAJAR MENJAWAB SPM GEOGRAFI DENGAN BAIK. ADIK MUNGKIN KATA INI MUSTAHIL ATAU SUSAH DILAKUKAN. SAYA SUDAH MELAKUKANNYA.
KOMITMEN-> SEMUA PELAJAR YANG HADIR MENUNJUKKAN KOMITMEN YANG MENGGALAKKAN.
JIKA IA MENGGALAKKAN, SEMINAR INI TIDAK MENCAPAI OBJEKTIF. KITA MESTI MELETAKKAN SASARAN 'KOMITMEN YANG BAIK'. CEMERLANG!
BAGAIMANA YA MAHU SAYA KOMEN TENTANG MEREKA?
IA BOLEH DIJADIKAN KAYU PENGUKUR KOMITMEN GURU MEREKA.
KADANG2 KITA BERANGGAPAN KITA SUDAH MELAKUKAN SESUATU YANG TERBAIK. HAKIKATNYA IA BELUM CUKUP BAIK.
ADIK ADA TAK MEMINTA PELAJAR ADIK MEMBUAT PENILAIAN MENGENAI SEMINAR INI? PENILAIAN YANG SAYA MAKSUDKAN INI BUKAN MEMINTA MEREKA MEMBERI KOMEN DENGAN MENULIS SEBARIS DUA. PENILAIANNYA ADALAH PENILAIAN YANG BOLEH DI ANALISIS SECARA STATISTIK?
OLDTIMER
ADIK!
SEMINAR SEPERTI INI ELAK DILAKUKAN MENJELANG PEPERIKSAAN. SEBAIKNYA 4 BULAN PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN.
terima kasih kerana sudi mengomen...
tp mcm mana ya sy mahu ckp... yg sy tahu apa pun jawapan sy, atau ulasan sy lagi, oldtimer pasti lebih arif drpd sy... jadi, sy terima saja apa yg oldtimer tulis. terima kasih.
oh ya, kalau boleh ada baiknya oldtimer kenalkan diri dan bkn sekadar berselindung di sebalik nama oldtimer. bukannya apa, senang jika benar sy boleh berurusan dengan oldtimer kelak. andai ada keizinan drpd pihak atasanlah. sy ni orang yg menurut perintah saja. :)
Adik boleh berurusan dengan saya melalui email. Di sana boleh saya perkenalkan diri seadanya. Boleh adik beri email adik?
oldtimer faham kebimbangan adik. Berbicara dengan panjang lebar di email adik (jika berminat dengan izin jua). INSYAALLAH!
Post a Comment