Salam semua...
Wah... hari ini cuaca mendung dan hujan renyai-renyai sepanjang hari. Angin dari kaki gunung pun bertiup sepoi-sepoi bahasa mendinginkan suasana yang beberapa hari yang lalu asyik panas saja. Mungkin rahmat dan berkat dari Yang Esa sempena PMR yang bermula hari ini. Kalau tidak, mahunya kepanasan budak-budak dalam dewan. Ada kipas pun bukan dapat rasa mana pun. Buatnya tengahari buta, bekalan elektrik terputus... Bukan ke naya budak-budak nak menjawab peperiksaan petang tadi?
Pelajar-pelajar yang lain dan juga para guru juga dibenarkan pulang lebih awal hari ini. Ramai juga guru yang mengawas peperiksaan di sekitar Keningau. Dekat 20 orang khabarnya. Oleh kerana cuaca bagus, perut kenyang dan hati riang, maka proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Lagipun kelas 1 Intelek, selalunya memang jarang ada masalah. Paling-paling pun mereka tidak memberikan banyak tumpuan terutama pelajar lelaki yang ada di belakang. Biasalah, kalau cikgu pun boleh tergoda dengan suasana yang sejuk dan dingin di mana kala itu terbayang-bayang selimut yang tebal...apatah lagi budak-budak 13 tahun. Hehe...
Pagi tadi juga secara tidak langsung saya menjadi penasihat imej. Haha.. Si Esther lah. Tiba-tiba tanya soalan, beberapa minit sebelum kelas tamat.
"Cikgu, macam mana cikgu jaga badan? Cikgu kurus."
"Aiyark..kamu ni. Mata rabun ni. Mana ada cikgu kurus. Tapi, yang penting sarapan dan jangan makan banyak semasa dinner atau terlalu lewat."
Sarapan... Hmm, susah juga nak paksa mereka amalkan sarapan. Kalau ada pelajar yang datang jumpa guru bertugas untuk minta surat ke klinik, sebabnya sakit perut. Setelah diperiksa dan pulang semula ke sekolah, jawapan doktor gastrik. Bila ditanya ada makan sarapan atau tidak, jawapannya tidak.
Namun, tak boleh nak salahkan mereka kalau mereka tidak bersarapan. Ada yang memang langsung tidak sempat bersarapan. Taraf sosio ekonomi membantutkan keadaan sedemikian. Yalah, terpaksa bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap ke sekolah, 5.30 pagi (saya pun masih mamai lagi waktu itu) sudah berjalan keluar. Yang berjalan kaki satu hal, yang menunggu bas satu hal. Sampai saja di sekolah, sudah tidak sempat untuk bersarapan di kantin. Kalau pun sempat, duit yang ada cukup-cukup untuk waktu rehat nanti dan tambang balik. Kalaulah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) turut diperkenal di sekolah menengah. Sup kosong dengan dua keping roti dan segelas milo tawar sudah mencukupi (teringat zaman saya sekolah rendah masa dapat RMT).
Eh...saya mahu kongsi cerita lain sebenarnya. Apasal jauh sangat saya melalut ni? Apa ya? Oh...oh... Si Esther puji saya kurus. Sebenarnya itu bukan kali pertama dia puji saya. Selalu tidak kerap dia puji saya terutama dari segi penampilan. Yang saya ingat:
"Cikgu... kenapa cikgu tak pakai tu? (sambil jarinya ikut bentuk mata - celak lah tu) Cikgu nampak tak ceria kalau tak pakai."
"Cikgu, hari ni cikgu nampak lain." Sambil senyum lebar memandang saya.
Itu pujian daripada Esther. Bukan saya meriak diri atau bangga dipuji....hmm..tipulah saya tak bangga. Sikit-sikit dalam keadaan yang terkawal hendaknya, ada lah juga terselit rasa bangga. Ketika hari guru beberapa bulan yang lepas, oleh kerana saya menolong KakHa menguruskan bahagian undian guru paling... untuk hari guru, sedikit sebanyak ada juga keputusan undian yang bocor (serius! Tahun depan, saya akan pastikan pengawas dan PRS yang uruskan). Jadi, antara 8 kategori yang dipertandingkan, kalau tak silap, saya berada dalam kedudukan top 5 untuk empat atau lima kategori. Antaranya, guru paling penyayang, guru paling peramah, guru paling sporting dan guru paling dedikasi (kategori ini saya sungguh tidak mempercayainya... budak-budak ni salah cikgu ni...). Ada juga pelajar yang datang sendiri kepada saya membocorkan keputusan undian mereka.
"Cikgu, saya undi cikgu tau." Hahaha...
Itu sewaktu hari guru bulan Mei yang lalu. Kalau hari-hari biasa pun, ada juga pelajar yang datang beritahu, saya guru yang senang dibawa berbual dan berbincang serta bergurau. Oh my, I'm flatter~~ Hihik... Mahu muntah hijau atau muntah darah silakan. Saya tidak larang.
Ada ketika, saya memuji-muji diri sendiri di depan mereka. Bukan apa, nak mereka sedar kalau guru lain marah-marah, saya tidak... jadi hargailah usaha saya untuk mereka. Sekurang-kurangnya tidak berterima kasih secara lisan, tunjuk perangai elok. Kan?
MHTA atau mana-mana pelajar yang membaca blog cikgu... sila beri kenyataan memuji cikgu ok! Kalau tak, cikgu tak mahu tolong sudah... hahaha.. ok, kidding.
Tapi dalam banyak-banyak pujian, ada satu yang saya terdiam tapi tersenyum lebar. Terpaku, terpana menusuk jantung betullah....
"Cikgu, cikgulah guru yang paling bakhil kan?"
Hanya kerana saya tidak pernah bawa kek atau kuih raya untuk mereka...
Salam
Peace
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


4 comments:
kejam je anak murid cakap bakhil. tapi part memuji kurus tu adalah part kegemaran! HEHE
mari berbangga kalau dipuji slim! yeayyyyyyy
tu lah
sbrnya waktu makan paling penting adlah sarapan kan?
tapi ramai yang ambil tak peduli
susah juga
bukan kejam syud tp kurang pendedahan cara meluahkan perasaan dgn betul.. ehek.. sy bangga gak kena puji slim tp kontrol la depan budak2 kan... hahaha... kalo x, nnt dorang xpuji dah...
betul tu ucu.. ramai yg tak ambil peduli ttg sarapan. bukan saja budak2 tp kdg2 orang dewasa pon sama... pastu mulalah gastrik
betul2..saya pun selalu tak ambil peduli sgt sbb selalu rush ke kelas. sampai kelas baru tak senang duduk perut berperang dgn perut.
siapalah budak yg puji menusuk jantung tu shaz...cuba tarik telinga dia sikit. :p
Post a Comment