Sambung-sambung...
Keesokannya, bangun pagi, basuh muka... KakZah panaskan kuah laksa sambil-sambil berborak dan berehat menonton tv di ruang tamu kami menanti kedatangan yang lain untuk sarapan Laksa Penang lebihan semalam. Sarapan laksa penang OK! Nasib tak sakit perut. Lepas makan kami borak-borak lagi, kemudian dalam lebih kurang 12 tengahari lebih, selepas solat Zohor, masing-masing mandi (bagus kan anak-anak dara ni...*bukan semualah, tapi saya termasuk...hehehe*) dan bersiap untuk kegiatan menjelajah dan menyerbu ke rumah orang lain pula setelah rumah kami diserbu semalam. Setiap perbuatan mesti ada balasannya kan? Hehehe...
Jam 1.30 lebih kami bertolak ke Kampung Merampong ke rumah Cikgu Wan Azli, guru sekolah KakFizah (Gunsanad2). Kalau ikutkan KakPiah dan KakYam haruslah mengikut kami bersama (saya, KakZah, KakHa, KakFizah dan Yus; satu kereta), tetapi KakPiah katanya segan mahu ke rumah cikgu Wan kerana dia kenal cikgu Wan tapi cikgu Wan tidak jemput dia padahal mereka bertemu sebelum itu di mana padahal cikgu Wan sudah wakilkan KakFizah... jadinya, KakPiah cuma akan ikut untuk rumah yang seterusnya. Itu mengikut perancangan.
Disana, dijadikan cerita rupa-rupanya anak perempuan cikgu Wan adalah salah seorang peserta kem Prostar tempoh hari. Comel budak tu. Saya lupa nama penuh dia. Saya tidak tahu sampailah cikgu Wan sendiri yang cakap, “Ni, anak saya cakap..’tu cikgu kem dia’..”
Setelah makan nasi satu senduk yang dikongsi 4 (sebenarnya nasi yang dikukus dalam daun apa-entah; cara orang Dusun), dan berborak-borak dengan cikgu-cikgu G2 yang ada, kami bergerak ke rumah seterusnya iaitu rumah sepupu saya. Ehm.. bukan sepupu dekat lah, sepupu jauh, Ustaz Zakri anak Po’Ngoh Pa. KakPiah sudah menanti untuk ikut dari belakang. Dari Merampong, kami terus ke Taman Juta, Keningau. Dari hujung sana sampai hujung saaaaaaaana. Yang lucunya saya tidak ingat rumahnya di lorong mana. Saya tahu tamannya, jalannya tapi lupa lorongnya. Jadinya, kami masuk semua lorong yang ada sampai jumpa sebuah rumah lot tepi dengan sebuah kereta MPV Grand Livina putih... Itupun saya turun intai dulu, takut-takut salah rumah. Bila tengok ada anak dia.. ok, Kompem! Haha...
Saya makan nasi impit dengan kuah lodeh dan buah manggis yang manis. Sedap! Lama tak makan manggis dan kuah lodeh hasil tangan selera Kelantan.
Sudah selesai, kami gerak pula ke Taman Luagan. Ke rumah KakRos, juga cikgu G2. Signature dish KakRos yang masing-masing mahu cuba adalah cendol. Selalunya laksa penang, tapi oleh kerana kami hampir jemu dengan laksa akibat kebanjiran laksa di rumah maka cendol itulah yang jadi sasaran kami. Saya sudah hampir tumbang atau dengan erti kata kurang sopan, saya mengantuk kerana terlalu kenyang dan penuh. Ohya, ada saya bagitahu? Saya telah memakai korset dan girdle bagi mengelakkan saya makan banyak. Makanya, perut saya cepat penuh. Eh eh.. :D
Destinasi seterusnya rumah KakKama cikgu Bingkor pula di Taman Jutaya 1, diketuai oleh KakYam. Kali ini kelima-lima kami hanya memandang tanpa sebarang perasaan terhadap makanan yang dihidangkan. Maaf kepada tuan rumah. Bukan tidak mahu makan, kecur juga tengok ayam masak merah.. tapi apakan daya kapasiti kami tidak mampu menanggung lagi. Saya memang lelah selelahnya. Hanya KakYam dan KakPiah yang meneruskan agenda makan-makan.
Kami tunggu masa nak balik ke rumah saja. KakPiah ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke rumah cikgu Wan kerana ada pesanan maut daripada cikgu Wan melalui KakFizah. Kenalah dia pergi, bersama KakYam. Heheh.. Kami terus pulang. Lagipun sudah lewat petang. Solat Asar pun belum lagi. Malam nanti ada lagi. Rumah KakFiza untuk “kita-kita aje.” Sebelum masuk ke dalam rumah, singgah sekejap di rumah KakFiza tengok menu dia untuk malam ini.. wahh! Sambal udang bersama petai, ayam masak lemak dan spageti! Kegemaran ku itu! Semua-semua lah! Wah wah... ini tak boleh jadi. Harus mengosongkan perut sekarang juga. Hahaha... dan dan juga waktu itu saya rajin untuk bersama-sama KakFizah dan KakZah menebas dan membuang pokok ubi keledek di belakang rumah yang semakin menutupi longkang. Adalah dua-tiga biji ubi keledek yang boleh ditarik keluar.
Selepas solat Isyak, kami pergi menunaikan kewajipan manusia untuk makan. Huhu... saya memang tak lepas peluang makan sepuas hati. Sedap bah! Lepas makan nasi, makan spageti pula. Lepas tu makan manggis, lepas tu rambutan, lepas tu durian... waaah... Ponuh ponuh! Balik rumah terus terbongkang... eh, tak juga sebenarnya. Tapi agak kepenatanlah.
Akibat makan yang tidak berhenti, sepanjang minggu ini saya tidak dapat mengawal selera makan saya. Di kantin sekolah pun, saya makan tak pandang orang dah. Kena pula hari Isnin tu kantin hidang sambal udang dengan petai juga. Esoknya saya makan lagi nasi kerabu yang dibeli dari si Zubaidi sambil-sambil tu saya makan jeruk yang dijual oleh KakSal. Hari ni, Rabu saya makan nasi bersama daging masak kicap dengan tauhu telur dan dua bji telur rebus dimakan bersama kicap sahaja. Hahaha... gila ni selera. Belum dikira di rumah. Di rumah sendiri saja, 3 hari berturut-turut makan durian. Tadi saja, baru selesai makan malam dengan KakZah, cicah budu campur tempoyak yang KakJulia bagi. Tak sampai sejam, si Masnih (pelajar saya) hantar SMS jemput ke rumah terbukanya. Saya pergi dengan Elyna dan KakIda sekeluarga. Saya makan lagi pulut dengan rendang ayam kampung.... Adeh adeh... hahaha...
Oklah.. penat sudah menaip. Gambar-gambar nya tidak terambil. Kalau diambil pun macam tiada rupa yang menarik untuk pandangan mata.
Salam.
Peace.
p.s.: Terima kasih semua di atas jemputan dan terima kasih yang sudi memeriahkan rumah terbuka kami. (tahun depan macam pakai katering saja... siapa nak jadi sarjan chef kalau KakPiah sudah pindah kan kan? Hahaha.. )
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
wahahaha..resipi ida tampil langsing senantiasa. girdle! :D
tanak pos makanan sini sket? ;))
Post a Comment