Assalamualaikum...
Rasanya macam lama sangat saya tidak kemaskini blog saya. Selalunya paling kurang 2 kali seminggu mesti saya kemas dan perbaharui cerita di dalamnya. Tapi, semenjak kebelakangan ini saya semakin sibuk dengan urusan kerja yang menuntut waktu dan semangat.
Minggu depan akan diadakan Kem SMART (Seminar Menjawab dan Merancang Teknik) SPM 2009. Pertama kali saya buat kertas kerja yang berjaya dengan bajet bersama bantuan beberapa orang guru. Hari Jumaat yang lepas, pertama kali juga saya mengendalikan mesyuarat. Terus-terang, pada awalnya saya risau, takut, cuak dan yang seangkatan dengannya. Namun begitu, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Sekurang-kurangnya saya rasa semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih terutama sekali kepada pihak pentadbir dan guru-guru yang memberi kerjasama.
Minggu lepas, seperti biasa saya bertugas sebagai guru pengiring ke SMK Ken Hwa bagi Program Rakan Muda Sekolah : Selamat di Jalan Raya. Pada saat-saat akhir baru saya terfikir untuk mengajak Syapiei untuk menemani saya sebagai guru pengiring lantaran dia tinggal di SM Teknik yang terletak beberapa langkah dari SMK Ken Hwa. Penat sebenarnya memikirkan siapa yang bakal menemani saya ke mana-mana program hanya untuk kepentingan saya sendiri yang tidak mahu naik bas dengan pelajar. Jadi, hari Rabu 29 Julai tersebut, saya nekad. Naik sajalah. Bukan salah pun. Tidak perlu menyusahkan sesiapa. No harm.
Program yang sepatutnya bermula jam 2.00 petang, tapi hampir jam 3.00 petang baru bermula sesi ceramah. Saya baru jumpa kaedah tayangan panel yang cepat dan tidak menyusahkan seperti Windows Movie Maker.. Huhu.. Jadi, gambar-gambar telah saya satukan dalam tayangan di bawah bersama dengan penyata yang sesuai. Harap anda terhibur.

kredit lagu : Hilary Duff - Fly. Lagu kegemaran saya dikala saya hampir hilang semangat untuk buat apa-apa kerja. Enjoy!
Salam. Peace y'all!

No comments:
Post a Comment