Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 August 2009

Belajar dari kegagalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Cuti sekolah seminggu hampir berakhir. Saya sendiri baru pulang daripada bercuti yang pada mulanya dirancang selama 4 hari tetapi berlarutan sehingga 6 hari. Tapi, cerita cuti akan saya tatapkan kepada kalian di lain hari. Saya mahu sambung cerita ManaHalaTujuAku (MHTA). Adoi, panjang sangat nama. Tiada nama samaran yang lagi pendek ke? :D

Hmm...

Persoalan MHTA :
kita belajar utk lalui kegagalan, n then kite jd pelajar utk cipta kejayaan, saya x fhm..
apakah dgn bljar lalui kegaglan bru bleh jd pelajar yg dpt cpta kejayaan?? cmna nk bngun dri kegagalan klu "bnda" 2 skit n pahit rsanya??!! huhu

Saya tidak pernah dengar kata-kata begitu. Apa yang saya selalu dengar, BELAJARLAH MELALUI KEGAGALAN. Bukannya belajar UNTUK melalui kegagalan. Besar beza antara kedua-dua ayat tersebut. Mungkin itu yang buat kamu keliru.

Ketika kamu melalui satu tahap dalam hidup dan mengalami kegagalan, maka jangan jadikan itu jalan terakhir kamu. Daripada kegagalan itu, ada sesuatu yang boleh kamu pelajari. Jadi positif. Saya suka bagi jalan cerita sebagai contoh agar mudah difahami. Kalau kamu pelajar yang mengikuti kem SMART tempoh hari, masih ingat cerita memandu kereta di jalan yang lurus dan tiba-tiba ada lubang? Begitulah yang dimaksudkan dengan kehidupan.

Ada ketika, kamu akan melanggar lubang yang dalam. Dalam cerita memandu kereta ini bermakna kamu gagal mengawal kenderaan dengan baik. Maka, apabila kamu gagal mengawal kenderaan pada peringkat pertama, adakah kamu akan terus lalai? Tidak bukan? Kamu akan jadi lebih berhati-hati supaya tidak terlanggar lubang lagi.

Kamu berusaha, dedikasi dan bersungguh-sungguh, namun kamu tidak berjaya mencapai target yang kamu mahukan. Itulah gagal. Itulah juga silap kebanyakan orang. Sebenarnya kamu tidak gagal, kamu cuma kurang bernasib baik. Apa yang boleh kamu lakukan adalah dengan menjadikannya sebagai satu platform untuk lebih bernasib baik. Cari sebab dan akibat kenapa tidak berjaya. Kurang usaha? Strategi tidak betul? Ketika memandu, sebab boleh terlanggar lubang mungkin kerana terlalu asyik dengan jalan yang lurus, maka lebihkan fokus dan tumpuan pada jalan di hadapan, bukan jalan yang sedang dilalui pada waktu itu.

Bukan HANYA melalui kegagalan baru boleh menjadi pelajar yang berjaya, tetapi apabila seseorang itu pernah gagal DAN BELAJAR MELALUI KEGAGALAN tersebut, maka pasti dia akan temui kejayaan. Berlandaskan syarat, jangan takut untuk merubah apa yang sudah terbiasa. Selalunya apabila seseorang itu gagal, adalah kerana dia biasa dengan keadaan yang demikian dan tidak mahu berubah. Ibarat memandu, dia biasa dengan jalan lurus tanpa sebarang halangan dan lubang, namun dia terlupa tidak semua jalan sempurna.

Memang tiada siapa mampu menafikan, sakitnya jatuh. Lebih-lebih lagi jatuh tersungkur. Bagaimana mahu bangkit itu berbeza untuk setiap individu. Ada yang membuang terus rasa sakit, bertahan walau apapun yang terjadi. Ada orang pula menjadikan rasa sakit itu sebagai teman hidup. Perlu diingatkan hidup kita bukan sempurna. Malah, hidup orang yang selalu sempurna biasanya akan terkandas teruk apabila bertemu dengan ketidak sempurnaan. Jika kamu merasakan hidup kamu penuh onak dan ranjau yang berliku serta berduri, sepatutnya kamu mengucapkan syukur kerana kamu akan lebih menghargai hidup. Jadi, tidak seharusnya juga kamu takut untuk gagal. (Jangan juga jadikan alasan onak dan ranjau sebagai penyebab kegagalan).

Tapi, harus diingatkan lagi sekali. Bukannya BELAJAR UNTUK MELALUI KEGAGALAN tetapi BELAJAR MELALUI KEGAGALAN.

Sebelum saya terus kepada persoalan MHTA yang seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya Cik Syuhada a.k.a Syud yang tolong memberi jawapan ringkas sepanjang ketiadaan saya, iaitu satu perkataan yang luas maknanya. KESEDARAN.

Maka, dengan itu timbul satu lagi persoalan daripada MHTA :
yeah..prlu ada ksedaran, tp kekdg sedar pown x gna kn klu xda usaha utk zahirknnya..mslhnya di sini, sya xtaw cmna nk tmbulkn dats matter! dlm fkirn sya 0 jak..
ntah apa nk jd..huh

Kamu sendiri yang menjawab persoalan tersebut. Memberi maksud, kamu memang ada kesedaran. Cuma, kamu tidak nampak kesedaran dalam diri kamu. Macam mana mahu cakap ya?

You can see the diamond yet you can't see it shining. All you have to do is just rubbing it constantly and it will shining through. Wah! Betul ke ayat saya? Pakar bahasa Inggeris, sila betulkan... err...Ms.Yda, will ya? Teheee...

Secara logiknya, orang lain tidak boleh ajar kamu bagaimana untuk timbulkan kesedaran dalam diri kamu. Semuanya ada dalam diri kamu sendiri. Yang penting, jangan tutup pintu hati kamu. Buka seluas-luasnya. Bayangkan kamu berada di dalam sebuah kotak dan kamu berasa lemas. Sudah tentu kamu mahu melangkah keluar daripada kotak tersebut secepat mungkin. Bayangkan sekarang! Begitu juga dengan kesedaran. Keluarkan dari diri kamu. Berterusan.

Saya masih ingat kata-kata daripada Liz Murray, seorang gadis yang hidupnya penuh ranjau. Tidak berumah, ibu dan ayah penagih dadah tegar, namun berjaya menjejakkan kaki ke Harvard. Menurutnya hanya satu perkataan yang membuatkan dia terus melangkah iaitu PERSEVERANCE atau dalam Bahasa Melayu bermaksud KETABAHAN. Kamu tabah hadapi apa saja maka tiada masalah.




"You know that feeling... where, you just don't want to do something or you just wanna give up. That feeling where you're absolutely spend and you..you...you just... you can't imagine dragging yourself beyond that moment, right. I think to have perseverance is to know exactly how to overcome that feeling every time it hits you.

My name is Liz Murray and I guess most people know about me because of the Lifetime movie that was created about me. I was born in the Bronx... and both of my parents were hippies (laugh). They've kind of done of the New York City, err... party scene things, and by the time the early 80's came around and my older sister, Lisa and I were born, they're hippies, just go dancing things had become...mm...drug habits. And so Lisa and I grew up in a home where people... were my parents were heavily addictive to drugs. They weren't careful. My parents were using needles really freely. And my mother informed me one day that she had contracted HIV. The family just fell apart around us. My father lost the apartment that we grew up in, he began living in a homeless shelter, my mother was in a hospital fading fast... and I took to the street with the group of kids who would kind of lost. Kids without homes. Pretty soon, there was really no where to go back to.

You know, I don't ever think that much of it the first night that I slept on the subway. I don't think I ever really sat down at some point and said [laugh] you know, I'm a homeless person, you know [laugh] it's not like I identified with that.

I had just turned 16 when my mother passed away. And I don't think that I had a full understanding of what was happening inside of me but I f
eel if it don't really began that day and when I said yet I mean [I want] some kind of a change and so when she passed away I had that touch, I did feel what it's like to see life there one minute and have it completely squashed and... and gone and next... and...And I did feel robbed. I realized basically that my time is limited and I just said [you know] if I keep going like this, I'm gonna end up wasting my life too. I thought I need to go to school because I had all this potential inside of me and how... how it's ever gonna become anything?

Since I was going to be 17 by the time I began high school, I just said so I'll do high school in two years. Well, the end [when] I wrapped up and I finished high school... and all the applications that dropped in. I found this scholarship from the New York Times. So I applied to that and all this kind of happen at the same time, [I] actually had my interview with the New York Times, the same day that I had my interview with Harvard. The next week, I found out that I was awarded with the scholarship. Pretty soon after that I got the letter [happy laugh]. And... and I remember opening it up and... I don't really have word for it.

If I could talk to myself back when I'm giving up... I would say don't..don't look at the people around you who're doing thing and think that they're made of something more than you. They're learnt some stuff and they're putting it to use and they're probably willing to work really hard for it, but they're not made of anything different than you are. Don't get side out. As long as you're willing to work pass the point where you feel you had absolutely nothing left inside of you... that's perseverance."

Hadam kata-kata seorang yang hidupnya lebih liku di bandar besar New York.

Salam. Selamat semuanya. Peace.

3 comments:

Unknown said...

thanks ida
lain kali kalo ucu rase mcm nak give up, ucu akan bace yg ni balik. tanak bubuh cite pasal liz murray kat kapasitor? :d

NSMY said...

hehehe.. thanks ucu for reading.. glad ada yg appreciate my writing...;) bubuh kt kapasitor? hmm... good idea... nnt sy letak...

Anonymous said...

NSMY

Sediakan tikit Kapal Terbang Air Asia semurah2nya. Tak perlu penginapan 5 Bintang. Dirikan Khemah untuk saya pun tidak apa. Tak perlu Makan di Restoran Keningau. Memadai pucuk paku. Nasi sambal belacan. Tidak Perlu pengring. Saya boleh memberi tenaga Program Motivasi Fasa 3 (PMR dan SPM) dan Ceramah dan Bengkel Subjek Geografi SPM tanpa sebarang bayaran.

THERE IS NO JOY IN LIFE WITHOUT JOY IN WORK. MEMBERAMBUSKAN HARI KELMARIN BUKAN SATU TINDAKAN YANG BIJAK. BANYAK PERKARA KITA BOLEH BELAJAR DARI HARI2 YANG TELAH BERLALU.

OLDTIMER