Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 August 2009

Mereka = Cita-cita

Assalamualaikum...

Pertama sekali, saya mengambil masa untuk mengemas kini entri kali ini. Malas.

Kedua, cerita saya kali ini mungkin tidak menarik kerana tiada cerita yang menarik buat tatapan semua. Menarik bagi saya tapi mungkin tidak bagi anda. Yang pasti saya rasa tiada siapa yang berminat untuk mengetahui cerita saya kali ini.

Ketiga, saya masih mahu ikut Syud ke Melbourne! Syud! Lari tak ajak saya! Huhuhu... Saya mahu lari dari Malaysia buat sementara waktu. Syud! Syud! Syud! Hahahaha...

Semasa saya sedang menyambung taip entri ini, saya telah memperolehi kegembiraan yang berganda-ganda. Oleh yang demikian, saya tidak jadi untuk melarikan diri dari Malaysia buat masa sekarang. Saya mahu terus tinggal di Malaysia, atau lebih tepat... saya tidak mahu tinggalkan Apin-Apin.

Keempat... baca sajalah.

Saya berdebar tatkala hampir ke hari yang dinanti. Seminggu saya rasakan bagai sebulan. Begitu lambat saya rasa masa berlalu. Seperti juga masa sengaja menguji kesabaran saya dan cuba untuk bermain sorok-sorok dengan saya. Tahu-tahu saja, hari itu tiba. Dan saya tidak pasti adakah saya bersedia.

Saya tahu saya bukan yang terbaik namun saya yakin saya boleh jadi yang terbaik. Saya sedar kedudukan saya adalah di bawah kaki orang namun saya juga yakin yang mampu untuk naik mendaki ke atas. Dengan keyakinan yang tidak seberapa itulah, sedaya mungkin saya mendaki dan cuba untuk mencapai puncak. Dan puncak itu berjaya saya tawan walau sekadar puncak bukit yang rendah. Lama-lama jadi gunung, bukan?

Sedang berangan menduduki bilik sendiri dalam bangunan baru itu...


Kadang-kala kita tidak pasti apa yang sebenarnya kita inginkan. Saya nampak jalan yang kosong itu boleh diisi dengan sesuatu supaya cantik namun tidak menyesakkan. Saya nampak mereka yang bakal mengubah kehidupan sendiri itu mampu dibawa ke suatu tempat yang mungkin pada orang menyusahkan diri sendiri tapi saya rela menyusahkan diri sendiri daripada terus membiarkan mereka berkeliaran.

- Jangan bagi muka sangat, nanti terpercik ke muka sendiri.
+ Biar cacat muka saya sekalipun, saya mahu mereka sentiasa cantik dan kacak..;)

Kenapa tidak kita semai pokok-pokok yang merimbun untuk meneduhkan suasana? Rumput sudah memadai. Dan saya tersenyum... Ya, rumput memadai. Jadi? Apa salahnya rumput-rumput yang ada ini kita jaga betul-betul. Meskipun ianya rumput, namun fungsinya mungkin berguna suatu masa nanti... cantikkan sekolah, hijaukan pandangan... Rumput yang hina ini boleh dijadikan kebanggaan...

Saya melalut... Maaf.

Maka... mereka ini saya kumpulkan.

- Kenapa tidak dipilih-pilih?
+ Pilih? Buah yang berulat itu akan dicari juga nanti. Jadi untuk apa dipilih-pilih. Biarkan mereka bersama. Salahkah kalau mereka bersama?
- Tidak tapi... bukankah nanti menyusahkan untuk menjaga mereka?
+ Tiada istilah menyusahkan. Penat mungkin. Sakit hati mungkin. Kecewa mungkin... Menyusahkan? Tidak sekali pun terlintas mereka menyusahkan. Malah saya rela susah demi mereka. Kenapa, tak percaya ka?


Susah sangat ke untuk percaya tentang mereka? Ya, SUDAH 17 tahun usia mereka. Tapi mereka juga sebenarnya BARU 17 tahun. Tahukah tentang mereka?

-Biasa.
+ Tahu?
- Biasa.
+ Tahu????
-????

Saya mahu senyuman mereka. Saya mahu gelak tawa mereka. Bukan sumpah seranah, kata makian tidak puas hati. Bukan. Saya inginkan satu kata yang bisa membuatkan saya tidak mampu untuk berdiri tapi senyuman saya selebar mentari.

+ Cikgu, saya mahukan kejayaan tanpa prejudis.

Sekali lagi... ketika sedang menaip entri yang ini pula saya sedang berSMS dengan salah seorang pelajar yang inginkan perubahan. Akhir SMS, saya suruh dia jangan berangan, belajar bagus-bagus dan bayangkan dia sedang naik ke pentas sebagai salah seorang pelajar terbaik. Jawapan pendek dia membuatkan saya sedikit sebak...

+ Yes! I'm the best!


Oh my! You make me crying okey! Huhuk...

Jadi... Kenapa mesti prejudis terhadap impian mereka? Hanya kerana mereka pernah membuatkan kita kecewa sekali, maka kita kecewakan mereka berkali-kali. Siapa mereka? Mereka bukan musuh. Mereka adalah insan yang perlukan kita sebagai sahabat dan rakan. Bukan sekadar guru yang memberi ilmu. Bukan hanya pendidik yang membawa buku dan menjerit membabi buta memarahi mereka lantaran sukanya mereka kepada kenakalan.

Kenakalan mereka mampu dilembutkan dengan nada yang penuh kelembutan dan kasih sayang beserta senyum yang manis meski hati kita terasa perit untuk mengukir senyum. Ada ketika, senyum tidak dapat diukir kerana mereka terkesan dengan raut wajah yang mencuka. Pilihlah.

- Hish! Cakap baik-baik sudah. Macam itu juga!
+ Cakap baik-baik, tapi adakah cukup manis? Adakah cukup baik untuk merek?


Kata orang, penat mendukung cita-cita yang tidak pasti. Yang ternampak dek pandangan kasar adalah kegagalan.

- Susah.
+ Biarlah susah. Yang penting usaha kita kan?
- Susah. Sama saja.
+ ????

Tidak dapat dinafikan kadang ada perkataan putus asa berlegar-legar dalam fikiran. Kadang ada kata-kata hendak berhenti daripada terus menyeksa diri sendiri. Tapi kenapa mesti begitu? Oleh kerana ianya tidak pasti, maka harus berhenti. Berhentikah kita di simpang jalan sekiranya tidak tahu arah yang hendak dituju? Ya, mungkin berhenti seketika namun kita teruskan jugakan?

Pasti berusaha mencari jalan untuk ke tempat yang mahu dituju. Dan itu yang akan saya lakukan. Saya mahu sampai ke tempat itu. Ke tempat di mana mereka berkumpul, tersenyum dan mengukir kejayaan masing-masing bukan sahaja dalam pelajaran tetapi dalam hidup.

Kuantiti dan kualiti. Dalam tempoh yang singkat ini (tapi mereka belum terlambat), itu yang cuba dicapai secara rasmi. Untuk jangka masa yang lebih panjang, ada takdir tertulis untuk mereka. Pastinya takdir itu mampu membuatkan mereka tersenyum lebar.

Cita-cita yang mereka angankan. Walau apapun, harapannya satu. Dapat dicapai. Siapa pun yang ingin mereka jadi, tentu ada cerita disebaliknya. Dan kita sebagai yang membimbing, seharusnya sedar. Andai anganan itu sekadar di dasar, kenapa tidak kita bawa mereka berlari mencari yang lebih tinggi? Sekiranya tahu mereka sekadar berangan dengan kata-kata yang adakalanya mencuit naluri amarah, kenapa tidak dipulas mimpi menjadi realiti?

- Saya mahu jadi angkasawan. Jalan-jalan di bulan macam jalan-jalan di bandar.
+ Pastikan suatu masa nanti nama kamu tersebut sebagai mereka yang sering ulang alik ke sana. *Walaupun itu adalah sesuatu yang memang biasa sudah sekarang ini*


Terjunlah mereka ke kawah mimpi. Lalu nyalakan mereka dengan api semangat yang marak supaya terbakar mimpi dan masak menjadi realiti. Ada waktu mereka sebenarnya tidak sedar mimipi itu bisa jadi nyata.










Rasanya panjang lebar sudah saya melalut. Yang penting, apa yang saya tahu mereka boleh! Mereka mampu! Walau siapapun mereka. Apa pun yang mereka lakukan. Apa jua cita-cita atau angan-angan mereka. Saya tahu ada cerita yang tertulis untuk mereka.

Salam.
Peace.

3 comments:

pie said...

Mereka lah ubat segala duka tatkala jauh dari keluarga.
Mereka lah pengundang senyum dalam duka.

Kak, menitis juga air mata baca entri. Walaupun saya baru kenal dorg tapi malam kakak suruh saya buat penghayatan sikit tu membawa seribu makna dalam diri. Saya tidak mengharap perubahan berjuta. Ckit pn jd la. Saya sempat masuk kelas LD masa Math, terharu bila saya tengok Azri, LD n lain2 berusaha buat keja math yg Frankie bagi. Saya nampak usaha dorg. Saya letak harapan untuk dorg. Saya sayang dorg semua.

Kakak baca je komen ni. Xyah approve.

NSMY said...

LD? who's LD? or abbre for?

i wish to see all that... tp i believe they can... tak byk secebis pun jadilah... mmbuktikan yg hati mereka masih bersih.

as in the entri, i received a sms from one studnt yg xnk malas dah. nk blaja rajin... he makes me crying silently u know..

btw, i have to approve first then i can read.. hehehe... thanks pie. thanks for ur words that nite... you made me cry a lil bit as well... uhuhu.. pie jahat!! pie jahat!!!

s.c.h.u.l.t said...

kamu ni pnyayang, malah cikgu yg berdedikasi :D

p/s: haha..dh blk msia dh..xyahla lari jauh2..nnti dh g jauh2 rindu bangat sama malaysia :)