Salam semua...
Sekarang 5.18 pagi dan saya sedang menunggu giliran untuk mandi. Selepas ini, kami akan terus ke Tawau untuk menikmati cuti sekolah di dalam bulan puasa. :D
Jadi, untuk beberapa hari saya tidak dapat mengemaskini blog saya. Semalam saya dan cik lappy penat memuat turun gambar-gambar sepanjang majlis penyerahan bangunan. Kalau mahu lihat, klik saja di sini -----> SEMEKAP
Kepada ManaHalaTujuAku, secara ringkas ini jawapannya.
Melalui kegagalan kita boleh berjaya. Namun, itu bukan bermakna kita harus sengaja mencipta kegagalan. Apa yang boleh dimaksudkan di sini ialah, apabila telah berlaku suatu kegagalan dalam hidup maka jangan jadikan ia penyebab untuk hidup kita berakhir. Bangkit dari situ dan jadikannya kekuatan.
Memang susah mahu bangkit setelah perit dan pahit menahan sakit. Namun, kesakitan itu akan lenyap sepenuhnya apabila kejayaan menjelma. :)
Fikirkan dulu. Nanti saya sambung kemudian. Kena cari ilham dahulu... Banyakkan membaca kisah motivasi. Di sini mungkin boleh membantu ---> MOTIVASI
Selamat Bercuti! Salam Ramadhan! Salam Merdeka!
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


3 comments:
bercuti dibulan puasa dan berjalan? wow!~
slamat bergumbira ida :D
salam ramadhan shaz!
merdeka! eh?
tak2..selamat berpuasa dulu.
happy independent day kemudiannya~ ;)
Post a Comment