Terus kepada agenda. Peristiwa di sekolah, tiada yang menarik perhatian saya kecuali seorang cikgu yang beria-ia mahu melihat gerhana matahari sehingga matanya berpinar dan rasa mual-mual kerana melihat gerhana tanpa perlindungan. Padan muka cikgu tersebut... Ouh, diri sendiri rupanya. :p
Bukannya apa, saya teruja sebab baru minggu lepas saya mengajar tajuk gerhana kepada para pelajar. Ketika saya mencari maklumat tambahan dan video tentang gerhana untuk ditunjukkan kepada pelajar, saya mendapati bahawa gerhana matahari akan terjadi pada 22hb Julai 2009. Pada awalnya, saya sangka kita di Malaysia tidak dapat melihat memandangkan dinyatakan di laman web bahawa gerhana matahari hanya akan melintasi pulau di China dan Jepun sahaja. Jadi, saya cuma beritahu para pelajar tentang hal tersebut malangnya kita tidak dapat menyaksikannya. Sekali, selepas habis kelas pada 21hb Julai, saya mendapat sms daripada Berita Harian yang Malaysia akan mendapat gerhana matahari separa. Aiseh.. tidak sempat mahu beritahu para pelajar. Itu yang keesokan harinya saya sendiri yang beria-ia mahu melihatnya. Hehehe...
#Sila abaikan suara latar#
#Sila abaikan suara latar#
Agenda seterusnya, hari Khamis. Saya dikehendaki menguruskan dan menghantar seramai 40 orang pelajar ke Majlis Program Pameran Latihan Kemahiran Jab. Pembangunan Sumber Manusia Sabah. Saya ajak KakFiza pergi bersama. Awalnya saya rancang mahu ajak KakHa, namun memandangkan KakHa ada kursus BTN di Tuaran maka saya ajak KakFiza. Kalau KakFiza tidak ikut, saya kena naik bas dengan pelajar... Tak salah, tapi...
Hmm... Cepatlah tahun depan! Cepatlah dapat pakai kereta sendiri...
Pemerhatian saya sepanjang majlis tersebut? Saya bangga dengan pelajar SMK Apin-Apin. Walaupun yang pergi kebanyakannya pelajar tingkatan 4 dari kelas Progresif, Kreatif, Dedikasi dan Harmoni, tapi saya mahu canangkan pada semua yang saya berbangga dengan mereka. Sepanjang pemerhatian saya, mereka adalah pelajar yang terbaik walaupun tidaklah sopan mana pun kecuali pelajar perempuan. *Pelajar perempuan memang sopan habis, diaaaaaam saja. Duduk pun penuh dengan keayuan....*
Saya tengok mereka duduk diam di tempat mereka dan tidak bergerak ke sana sini, buat bising, menyanyi (apabila lagu dimainkan sebagai selingan program) atau bergurau tahap agresif seperti sesetengah pelajar dari sekolah lain. Okey, mungkin mereka kebosanan dan mengantuk. Tapi fikirlah positif, maka saya tetap anggap mereka yang terbaik.
Apabila tamat program pun, mereka bergerak dalam kumpulan dan tidak banyak menyusahkan saya dan KakFiza. Satu arahan dan that's it! Mereka menurut perintah...
Saya semakin sayang dengan pelajar SMK Apin-Apin kerana perangai mereka sama macam adik-adik saya yang tiga orang itu.
Mereka mungkin menyakitkan hati dan kepala ummi dan papa di rumah. Tapi, kalau di luar dengan orang lain selain kami... Mereka lah yang terbaik.
Di rumah... hu-ha sana sini bergaduh, bertekak. Dengan orang lain, mulut pun susah nak buka.
Di rumah... malas buat itu, malas buat ini. Tak pandai itu, tak pandai ini. Orang lain suruh, pandai saja. Tak suruh pun pandai buat.
Tiga baris dan ke atas adalah mereka yang menurut perintah. Syabas!
Dari sudut pandangan saya di bawah.
Antara gerai yang dipamerkan. Keseluruhannya, pameran ini sebenarnya sama dengan program yang telah dijalankan oleh UBK pada bulan Mac yang lalu.
Hmm... Cepatlah tahun depan! Cepatlah dapat pakai kereta sendiri...
Pemerhatian saya sepanjang majlis tersebut? Saya bangga dengan pelajar SMK Apin-Apin. Walaupun yang pergi kebanyakannya pelajar tingkatan 4 dari kelas Progresif, Kreatif, Dedikasi dan Harmoni, tapi saya mahu canangkan pada semua yang saya berbangga dengan mereka. Sepanjang pemerhatian saya, mereka adalah pelajar yang terbaik walaupun tidaklah sopan mana pun kecuali pelajar perempuan. *Pelajar perempuan memang sopan habis, diaaaaaam saja. Duduk pun penuh dengan keayuan....*
Saya tengok mereka duduk diam di tempat mereka dan tidak bergerak ke sana sini, buat bising, menyanyi (apabila lagu dimainkan sebagai selingan program) atau bergurau tahap agresif seperti sesetengah pelajar dari sekolah lain. Okey, mungkin mereka kebosanan dan mengantuk. Tapi fikirlah positif, maka saya tetap anggap mereka yang terbaik.
Apabila tamat program pun, mereka bergerak dalam kumpulan dan tidak banyak menyusahkan saya dan KakFiza. Satu arahan dan that's it! Mereka menurut perintah...
Saya semakin sayang dengan pelajar SMK Apin-Apin kerana perangai mereka sama macam adik-adik saya yang tiga orang itu.
Mereka mungkin menyakitkan hati dan kepala ummi dan papa di rumah. Tapi, kalau di luar dengan orang lain selain kami... Mereka lah yang terbaik.
Di rumah... hu-ha sana sini bergaduh, bertekak. Dengan orang lain, mulut pun susah nak buka.
Di rumah... malas buat itu, malas buat ini. Tak pandai itu, tak pandai ini. Orang lain suruh, pandai saja. Tak suruh pun pandai buat.
Dari sudut pandangan saya di bawah.
Jadi, setelah memastikan para pelajar selamat menaiki kenderaan dan pulang ke sekolah... alang-alang sudah berada di pekan, jadi saya dan KakFiza terus ke pekan untuk membeli beberapa perkara. Lagipula... it's payday! Gaji masuk maa~
Saya ke bank untuk memindahkan duit kepada keluarga di kampung, kemudian ke Survey membeli barang-barang keperluan dan ke kedai komputer. Saya mahu beli Card Reader. Geram dengan gigibiru telefon yang tidak lagi senada dengan cik lappy menyebabkan urusan pemindahan gambar tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Maka, dengan tekad dan keazaman yang kuat sempena baru masuk gaji, saya melangkah penuh semangat ke ACI Technologies untuk mencari apa yang ingin saya cari. Maka dapatlah apa yang saya impikan.
Selesai urusan bank dan membeli, kami terus belah. Sekali teringin mahu makan KFC. Ke sana lah pula. *Ayat semakin ringkas menandakan saya sudah kebosanan untuk menaip*
Ada cerita. Hari Isnin yang lalu, ada ejen kad kredit datang ke sekolah seperti kebiasaan. Selalunya, saya akan mengelak begitu juga pada hari tersebut. Namun, ejen itu lebih bijak daripada saya. Dia berusaha juga untuk bercakap dengan saya. Seperti biasa saya sudah bersedia dengan ayat yang akan menyebabkan ejen kad kredit berputus asa. Tapi, belum apa-apa saya menarik mendengar kata-kata dia.
"Tidak apa cikgu. Saya mahu capai target saja. Kalau cikgu tidak mahu pakai kad kredit pun tidak mengapa. Kami ada hadiah percuma beg kalau cikgu memohon..."
Hohoho... Barang percuma jangan dilepaskan... Peace y'all!
OK! Set! Tapi, KakHa panggil pulang. Tidak sempat mahu bagi salinan kad pengenalan dengan slip gaji. Dia kata dia akan datang semula esok. Ok, tiada masalah itu.
Saya tunggu, dia tidak dapat datang. Dia kata hari Jumaat lah. Ok. Tapi masa hari Khamis, dia kata dia ada di sekolah sudah. Macam mana? Saya tidak ada di sekolah. Dia kata dia akan pergi ke tempat yang saya pergi. ehm... kalau dah kerja dia kejar target, maka macam mana sekalipun dia akan kejar. Nasib baik saya jadi cikgu.
Jadi, ketika saya dan KakFiza sedang makan di KFC, dia telefon tanya di manakah saya berada ketika itu? Saya katalah di KFC dan dia kata akan ke sana. Adehlah... nasib baik saya memahami rutin kerja dia. Kalau tidak, mahunya saya kata macam-macam sebab orang tengah makan pun dia mahu ikut. Ouh... yalah...yalah... saya masih mahu menagih beg sebenarnya. Peace again y'all.
Jadi, yadayada... isi banyak borang lah pula. Ingatkan satu bank saja. Alah, lantaklah. Bukan saya pakai pun kad kredit ni. Mungkinlah kalau angin berbelanja saya datang secara melintang pukang... Tapi, saya kan kedekut. Orang kedekut macam saya mana suka berhutang. Mahu beli barang yang diingini sejak 2001 pun tidak terbeli kerana tidak mahu berhutang sedangkan boleh saja kalau saya mahu. Di mana ada jalan, di situ ada iklan Ahlong... Setakat ini saya tidak suka berhutang kecuali terpaksa seperti hutang membeli tiket kapalterbang untuk balik kampung ketika cuti sekolah dan cuti raya yang akan datang.
*ada kaitan ke? membebel tahap cipan begini menandakan bateri saya kena caj secepat mungkin....Patutlah, sudah pukul 2.15 pagi.*
Ok, cerita beg sebenarnya. Maka, dapatlah saya beg yang super cute itu. Maaf Kudin, aku terpaksa belot dengan kau. Aku tidak sokong kawan tapi aku buat kad kredit dengan orang lain hanya kerana beg yang super comel itu.
*Kudin adalah kawan sekolah saya yang suka menelefon saya semata-mata untuk menjadi pelanggan dia. Kerja dia pun ejen kad kredit juga.*
Inilah beg yang saya rasa macam super kiut. Sebab warna pink (diharap MissMadameNia tidak cemburu...sebab warna pink). Beg untuk bersukan atau berkhemah selama sehari semalam. Kecil saja. Tak boleh bawa balik kampung pun. Lagi satu sebab ada lambang Manchester United. Saya bukan peminat bola, apatah lagi Manchester United tapi kenallah seorang dua pemain MU. Tapi jadi teruja tengok lambang MU sebab seseorang itu peminat MU.
Saya ke bank untuk memindahkan duit kepada keluarga di kampung, kemudian ke Survey membeli barang-barang keperluan dan ke kedai komputer. Saya mahu beli Card Reader. Geram dengan gigibiru telefon yang tidak lagi senada dengan cik lappy menyebabkan urusan pemindahan gambar tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Maka, dengan tekad dan keazaman yang kuat sempena baru masuk gaji, saya melangkah penuh semangat ke ACI Technologies untuk mencari apa yang ingin saya cari. Maka dapatlah apa yang saya impikan.
Selesai urusan bank dan membeli, kami terus belah. Sekali teringin mahu makan KFC. Ke sana lah pula. *Ayat semakin ringkas menandakan saya sudah kebosanan untuk menaip*
Ada cerita. Hari Isnin yang lalu, ada ejen kad kredit datang ke sekolah seperti kebiasaan. Selalunya, saya akan mengelak begitu juga pada hari tersebut. Namun, ejen itu lebih bijak daripada saya. Dia berusaha juga untuk bercakap dengan saya. Seperti biasa saya sudah bersedia dengan ayat yang akan menyebabkan ejen kad kredit berputus asa. Tapi, belum apa-apa saya menarik mendengar kata-kata dia.
"Tidak apa cikgu. Saya mahu capai target saja. Kalau cikgu tidak mahu pakai kad kredit pun tidak mengapa. Kami ada hadiah percuma beg kalau cikgu memohon..."
Hohoho... Barang percuma jangan dilepaskan... Peace y'all!
OK! Set! Tapi, KakHa panggil pulang. Tidak sempat mahu bagi salinan kad pengenalan dengan slip gaji. Dia kata dia akan datang semula esok. Ok, tiada masalah itu.
Saya tunggu, dia tidak dapat datang. Dia kata hari Jumaat lah. Ok. Tapi masa hari Khamis, dia kata dia ada di sekolah sudah. Macam mana? Saya tidak ada di sekolah. Dia kata dia akan pergi ke tempat yang saya pergi. ehm... kalau dah kerja dia kejar target, maka macam mana sekalipun dia akan kejar. Nasib baik saya jadi cikgu.
Jadi, ketika saya dan KakFiza sedang makan di KFC, dia telefon tanya di manakah saya berada ketika itu? Saya katalah di KFC dan dia kata akan ke sana. Adehlah... nasib baik saya memahami rutin kerja dia. Kalau tidak, mahunya saya kata macam-macam sebab orang tengah makan pun dia mahu ikut. Ouh... yalah...yalah... saya masih mahu menagih beg sebenarnya. Peace again y'all.
Jadi, yadayada... isi banyak borang lah pula. Ingatkan satu bank saja. Alah, lantaklah. Bukan saya pakai pun kad kredit ni. Mungkinlah kalau angin berbelanja saya datang secara melintang pukang... Tapi, saya kan kedekut. Orang kedekut macam saya mana suka berhutang. Mahu beli barang yang diingini sejak 2001 pun tidak terbeli kerana tidak mahu berhutang sedangkan boleh saja kalau saya mahu. Di mana ada jalan, di situ ada iklan Ahlong... Setakat ini saya tidak suka berhutang kecuali terpaksa seperti hutang membeli tiket kapalterbang untuk balik kampung ketika cuti sekolah dan cuti raya yang akan datang.
*ada kaitan ke? membebel tahap cipan begini menandakan bateri saya kena caj secepat mungkin....Patutlah, sudah pukul 2.15 pagi.*
Ok, cerita beg sebenarnya. Maka, dapatlah saya beg yang super cute itu. Maaf Kudin, aku terpaksa belot dengan kau. Aku tidak sokong kawan tapi aku buat kad kredit dengan orang lain hanya kerana beg yang super comel itu.
*Kudin adalah kawan sekolah saya yang suka menelefon saya semata-mata untuk menjadi pelanggan dia. Kerja dia pun ejen kad kredit juga.*
*Kasihan dia, beli tiket mahal-mahal tapi tidak dapat pergi tengok MU vs. MY.*
Baiklah. Sudah lewat.
Salam.
Peace.
Salam.
Peace.


4 comments:
comel! pinkish! sukeeeeeeeee :D
pink = i loike!
man u = i loike jugak!
beg u = i x suke pon. eheh..
*xngaku jeles.
pink? I pon jeles ok?!
hohoho... sume jeles? i'm sori~~ *gaya amir raja lawak*
Post a Comment