Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 July 2009

Senyumanmu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas tanggal 10-12 Julai telah diadakan Kem PRS-PROSTAR yang mana julung-julung kali diadakan di Keningau. Saya tidak mahu cerita lanjut tentang program tersebut kerana terlalu panjang dan biasa saja. Yang pasti, kem nya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Cuma saya sendiri yang terganggu dengan beberapa perkara yang tiada kaitan dengan orang lain... Abaikan...

Saya mahu kongsi sesuatu yang membuatkan telapak tangan saya berpeluh dan adrenalin saya melonjak seketika. Saya jadi tidak menentu, saya jadi gelabah untuk beberapa saat...

"Cikgu, kami mahu minta tolong..."
Tergamam.Terkedu. Terdiam untuk seketika.

Siapa mereka? Kenapa saya terdiam sampai begitu sekali?

Siapa yang pernah baca tentang kesayangan saya, maka tentunya jawapan itu sudah diperolehi. Oh tidak. Bukan saya pilih kasih. Saya sayang semua pelajar saya yang saya masuk mengajar ataupun tidak.

Kalau Cikgu Shahida diam dan hanya memandang tanpa sebarang perasaan... bukan, tapi langsung tidak memandang muka kamu, itu lah tandanya Cikgu Shahida tidak punya sebarang perasaan terhadap kamu. Tapi, kalau Cikgu Shahida pandang kamu dengan senyuman, jelingan, marah, suka, membebel, menegur, menjentik, melibas *silap tafsir, mahu kena saman ni... melibas gulungan buku kerja atau kertas kerja sekolah yang tidak disiapkan... libas-libas sayang...* ..... Cikgu sayang kamu semua.

Berbalik kepada kesayangan saya. Mereka yang pertama di SMK Apin-Apin yang berjaya mencuri hati saya. Bukan sebab apa, tapi nakal mereka nakal yang... susah saya mahu tafsir di sini. Bagi guru-guru lain, mereka nakal yang menyakitkan hati. Sudahlah nakal, malas, pernah berlaku kurang adab dengan guru... tapi, bagi saya nakal mereka nakal yang buat saya rasa makin ingin mendekati. Ada aura...

Selama ini bukan saya tidak pernah menolong mereka. Acap kali. Sudah kerap saya nyatakan keikhlasan saya untuk membantu, namun sering bantuan saya ditolak. Sering bantuan saya dianggap remeh. Jadi, sekarang... mereka sendiri yang datang. Siapa yang tidak bangga bukan? Saya tidak harapkan apa-apa balasan. Tiada ucapan terima kasih pun tidak mengapa. Namun, bila ucapan itu terbit dari bibir mereka, senyum saya makin meleret. Saya cuma harapkan suatu hari nanti mereka sedar. Masa depan mereka terletak pada bahu sendiri. Dan, saya tahu mereka sudah sedar.

Saya faham. Sedar saja tidak cukup. Yang perlu lagi adalah sokongan dan dorongan. Cikgu ada di sini untuk kamu terus melangkah ke depan.

Apabila salah seorang daripada mereka tersenyum sambil melambai ke arah saya... ada satu perasaan yang tidak tergambarkan. Lebih indah daripada jatuh cinta. Ho..wooo... I'm not falling in love with my students... but I do love them... well, you got what I mean, right?

Tiada detik yang lebih istimewa buat seorang guru melainkan senyuman dan kegembiraan pelajarnya. Andai tangis itu boleh ku redakan, izinkan juga daku ketawa bersama.


Salam.
Peace.



No comments: