Salam hujung minggu buat semua.
Sejak seminggu dua ini, saya semakin sibuk dengan urusan kerja. Jika sebelum ini saya sengaja menyibukkan diri dalam urusan peribadi dan kadang-kadang yang tidak sibuk saya sibukkan yang sibuk saya buat-buat tidak sibuk jadinya sekarang saya benar-benar sibuk sehingga tiada masa untuk buat-buat tidak sibuk atau menyibukkan diri dalam urusan peribadi.
Kerja saya bermula sebaik sahaja pengumuman dibuat kepada diri sendiri bahawa para pelajar akan menduduki SPM tidak lama lagi. Kenapa SPM, kenapa bukan PMR yang lagi awal? Kerana untuk PMR sudah ada guru lain yang akan menyibukkan diri. Ini pun bukan seratus peratus saya sendiri yang sibuk untuk mereka kerana sesungguhnya saya dibantu oleh guru-guru yang dedikasi. Guru-guru dedikasi itu sebenarnya yang 'memaksa' saya untuk sibukkan diri secepat mungkin supaya para pelajar tidak ketinggalan.
Dijadikan cerita. Antara program-program yang bakal dijalankan adalah Kem Teknik Menjawab Soalan SPM, program untuk pelajar-pelajar tahap sederhana, saya kena fikir dari sekarang tentang program izin ilmu supaya tidak berlaku percanggahan seperti tahun lalu, apa lagi? Pengetua suruh saya kendalikan kem kepimpinanan yang mana sepatutnya berlangsung awal tahun dulu lagi tapi sampai sekarang tidak terlaksana. Saya ragu-ragu sebenarnya, kem kepimpinan itu bukankah di bawah kendalian unit disiplin dan HEM dan UBK sekadar membantu mana yang patut? Atau memang unit disiplin dan UBK yang kena bergabung tenaga? Sesiapa, tolong saya ya. Mana satu?
Program PROBIM sudah hampir ke penghujung dan selepas ujian menulis yang akan diadakan esok, akan ditentukan siapa yang akan diteruskan ke program tersebut dan siapa yang akan menyambung pelajaran ke kelas yang biasa. Ketika ujian membaca diadakan, sudah ada beberapa pelajar yang dikenal pasti mempunyai potensi untuk berjaya.
Hari Sabtu bersamaan 4 Julai 2009 semalam, diadakan Hari Penyerahan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada ibu bapa pelajar. Sehubungan dengan itu juga diadakan Program Seminar Keibubapaan sebelum penyerahan keputusan diadakan. Cikgu Zakaria dari Tenom dijemput untuk memberi ceramah tersebut.
Setiap butir bicara beliau, saya iringi dengan anggukan setuju dan senyum meleret kerana apa yang beliau beritahu itulah yang sering saya tekankan kepada para pelajar saya. Malah, rasanya tidak salah saya kongsikan di sini.
Setiap kali ada pelajar yang datang bertemu dengan saya samada secara sukarela atau dipanggil/dirujuk, tidak kira apa masalah sekalipun, antara perkara pertama yang saya akan tanya adalah bagaimana hubungan pelajar berkenaan dengan ibu bapa dan adik-beradik.
Bagi saya, hubungan kekeluargaan adalah satu hubungan yang tidak boleh disangkal dan ditukar beli dengan apa jua hubungan di dunia ini selain hubungan dengan Maha Pencipta.
Komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak yang menentukan jatuh bangun emosi anak-anak berkenaan. Ada saja pelajar yang datang kepada saya dan menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kegagalan dia di dalam pelajaran ataupun kegagalannya menjadi pelajar yang bagus di sekolah. Tiada sokongan, tiada dorongan itu yang sering saya dengar daripada mulut para pelajar.
Namun, sering kali juga saya tekankan. KOMUNIKASI. Apa yang penting? Kerjaaasama~~.. Eh? Hehehe... Apa yang penting adalah komunikasi. Ehm, kerjasama pun boleh diguna pakai.
Selalu saya pesan, kalau pun ibu bapa mereka jenis yang banyak cakap, sebagai anak apa kata kita yang mulakan. Kalau pun ibu bapa bukan jenis yang suka tunjuk kasih sayang, sebagai yang muda, apa kata kita yang tunjukkan dulu. Kalau pun ibu bapa jenis yang suka marah-marah tanpa sebab, sebagai anak, apa kata kita tunjukkan sikap mengalah terlebih dahulu. Saya ajar mereka semua itu kerana itu ilmu yang saya pelajari dalam hidup.
Diimbau kenangan lama *eececeh*, hubungan saya dan ibu bapa saya biasa-biasa saja. Umi bukan jenis yang mengungkap kata sayang pada anak-anak. Apatah lagi papa. Umi suka membebel, Papa pula hanya memberi isyarat mata. Umi suka cakap apa yang dia rasa walaupun kadang-kadang mengguris perasaan anak-anak, Papa langsung tidak bercakap hingga anak-anak rasa terabai. Itu dulu. Dulu sewaktu saya tidak punya ilmu untuk betulkan keadaan.
Keluar dari rumah, tinggal berjauhan daripada keluarga, saya mula nampak apa yang sebenarnya tersirat. Saya mula faham akan semua situasi yang berlaku. Mujur juga sebelum itu pun saya bukan jenis yang suka menyalahkan orang lain.
Melihatkan kemesraan rakan-rakan dengan ibu bapa, mendengar cerita-cerita tentang hubungan yang bahagia membuatkan saya cemburu dan bertekad. Saya tekad untuk mengubah segala-galanya. Saya bertekad saya yang akan mulakan semuanya.
Saya belajar mengungkap kata sayang kepada adik saya yang bongsu dulu. Lama-lama, saya boleh ungkapkan kepada umi dan papa. Dulu, untuk ucap hari lahir pun saya malu. Sekarang, hari lahir, ulangtahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa... Saya akan pastikan bahawa saya tidak lupa. Alhamdulillah, adik-adik saya juga ingat akan semua itu.
Saya cemburu melihat orang lain memeluk ibu sendiri. Perlahan-lahan, pertama sekali saya pegang tangan umi. Saya peluk lengan dia. Lama-lama, saya tidak malu untuk tidur dalam dakapan dia. Umi pun sudah faham, malah dia senyum saja. Yalah, ibu mana tidak suka anak-anak menunjukkan kasih sayang kan? Melainkan dia sendiri memang tidak sayang anak-anak dia. Adik-adik saya pun cemburu dengan saya, maka kami akan berebut.
Dulu, kalau umi saya membebel, saya akan melawan. Saya akan marah dia semula kerana membuatkan mood saya tidak elok. Sekarang, hmm... siapa suka dibebelkan? Tapi, saya diam. Paling-paling, saya pujuk dia supaya berhenti membebel. Kalau sama-sama mood tidak baik, saya diam dalam bilik. Begitu juga saya ajar adik-adik. Diam.
Sama juga dengan pelajar saya. Saya beritahu mereka. Komunikasi. Ada yang tidak kena, beritahu elok-elok. Tiada ibu bapa yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anak dia. Jadi, saya rasa tidak ada sebab untuk ibu bapa marah anak-anak yang cuba membetulkan keadaan dengan cara yang baik.
Contoh saya sendiri. Saya selalu beritahu adik-adik saya. Kalau ada yang tidak puas hati dengan cara umi atau papa kerana mereka tetap manusia biasa yang kadang-kala tidak sedar membuat silap, beritahu dan bawa berbincang. Ketiga-tiga adik-adik saya pernah menghadapi krisis dengan umi dan papa. Siapa tidak,bukan?
Mereka minta saya yang selesaikan. Alhamdulillah, adik-adik saya cari saya bukannya jalan singkat. Tapi, saya ajar mereka. Luahkan. Jangan pendam. Luahkan dengan cara yang betul. Ajak umi dan papa berbincang elok-elok kerana saya tahu mereka boleh dibawa berbincang. Hmm....sekurang-kurangnya umi boleh dibawa berbincang. Kaum bapa mungkin susah sikit kot sebab mereka ada ego mereka sendiri.
Saya juga percaya ibu bapa lain di luar sana juga begitu. Atau ada yang sombong dengan anak sendiri? Sekali lagi, kalau kaum ibu saya rasa tiada. Kalau kaum bapa, mungkin ya. Maaf ya, tapi apa yang saya faham tentang lelaki, bukan mudah untuk dia tunjukkan yang dia mengalah. Mungkin dia mengalah tapi untuk tunjukkan lebih-lebih lagi pada anak-anak... ehm... Kalau ada pun, mungkin mereka yang faham tentang prinsip berkomunikasi. Kalau orang yang masih berfikiran konservatif? I don't think so.
Dan, saya gembira apabila saya bertanya pada pelajar saya yang mempunyai masalah begitu setelah diberi tunjuk ajar tentang komunikasi, mereka beritahu segala-galanya selesai hanya dengan komunikasi yang bagus. Tidak tahulah kalau mereka menipu saya kerana tidak mahu berjumpa dengan saya lagi. Harap-harap betullah.
Satu lagi yang saya perasan tentang sesetengah ibu bapa, mereka terlalu mementingkan keputusan peperiksaan anak-anak tanpa memikirkan apakah yang perlu dilalui oleh mereka. Saya diberitahu oleh seorang rakan setugas, ada bapa yang memarahi anaknya kerana keputusan yang tidak bagus sedangkan apabila diberitahu yang anaknya tergolong dalam pelajar yang diletakkan di bawah PROBIM, dia tidak tahu anaknya tidak pandai membaca dengan lancar (apatah lagi untuk mendapat keputusan yang bagus). Benar kata cikgu Zakaria. Jangan biarkan anak-anak sendirian. Bimbing dan berjalan bersama mereka meniti hidup. Tapi ada juga ibu bapa yang benar-benar menjadi ibu dan bapa yang disayangi anak-anak. :)
Sebelum saya mengundur, saya ada lirik lagu daripada seorang penyanyi yang sangat saya minati akan personaliti dan suaranya. lirik lagu ini memberi banyak makna kepada semua. Tentang impian. Kuasa sebuah mimpi. The Power Of Dream.
Deep within each heart
There lies a magic spark
That lights the fire of our imagination
And since the dawn of man
The strenght of just "I can"
Has brought together people of all nations
There's nothing ordinary
In the living of each day
There's a special part
Every one of us will play
Feel the flame forever burn
Teaching lessons we must learn
To bring us closer to the power of the dream
As the world gives us its best
To stand apart from all the rest
It is the power of the dream that brings us here
Your mind will take you far
The rest is just pure heart
You'll find your fate is all your own creation
Every boy and girl
As they come into this world
They bring the gift of hope and inspiration
Feel the flame forever burn
Teaching lessons we must learn
To bring us closer to the power of the dream
The world unites in hope and peace
We pray that it will always be
It is the power of the dream that brings us here
There's so much strength in all of us
Every woman child and man
It's the moment that you think you can't
You'll discover that you can
Feel the flame forever burn
Teaching lessons we must learn
To bring us closer to the power of the dream
The world unites in hope and peace
We pray that it will always be
It is the power of the dream that brings us here
Feel the flame forever burn
Teaching lessons we must learn
To bring us closer to the power of the dream
The world unites in hope and peace
We pray that it will always be
It is the power of the dream that brings us here
The power of the dream
The faith in things unseen
The courage to embrace your fear
No matter where you are
To reach for your own star
To realize the power of the dream
Salam. Peace.
05 July 2009
Siapa kami tanpa anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 kata pesan:
tu la kan
kdg-kdg kite main terjah marah pasal keputusan tak bagus
tapi puncanya kita tak cari
bagus ni cikgu
panjang post anda...berpinau saya jadinya. teruskan menulis
Post a Comment