Aku bukan penggemar novel cinta seperti kebanyakan orang (masih baca tapi tak ada tak apa). Sedaya upaya aku takkan beli novel cinta yang klise.. anak orang kaya jumpa anak orang miskin... jatuh cinta tapi kecewa tp happily ever after pulak lepas tuh..blablabla.... dan seangkatan dengannya...cuba aku elak...
(Dan aku cuba untuk tidak menulis kisah cinta yang klise... sila baca Diari Derita dan Diari Seorang Perindu...*sempat promo tuh*)
Aku boleh baca novel cinta andai ada tema-tema lain di dalamnya seperti karya Ramlee Awang Murshid.... ada seram, thriller.. suspen... agama dan kekeluargaan... Atau sehebat novel Salina, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, atau yang terbaru Ayat-ayat Cinta...
Jadi, kalau tengok koleksi novel aku... hanya ada dua buah tajuk yang betul-betul bertemakan cinta (tidak termasuk novel Inggeris- Cecelia's is exceptional... hehehe). Itupun sebab waktu tu aku tengah jiwang sesangat... (Nasib baik jalan cerita agak bagus!)
Terbaru, aku berjaya membeli novel Sejarah FT- Nama Beta Sultan Alauddin Riayat Syah, Illyani Mysara - Kuseru Namamu (novel klasik) dan Aminah Mokhtar - Kuusir Lara Ini.
Untuk novel FT, hmm... lebih kepada penceritaan semula tentang Sultan Alaudin Riayat Syah... sesuai untuk menarik minat kanak-kanak meminati sejarah. Untuk novel Kuseru Namamu, aku tak baca pun lagi... hehehe...
Kuusir Lara Ini...
Kisah Nilam seorang jururawat pelatih yang sedang mencari identiti anak bangsanya. Terkesima dengan kes-kes anak tanpa ayah, dia tekad untuk membantu anak bangsa kembali jalan yang lurus. Ketabahan Tariq, Muaz dan Shuhaiba - anak-anak mangsa perang di Baghdad, Palestin - membuka matanya untuk terus berjuang mempertahankan anak bangsa yang mewah dunia namun miskin jiwa.
Penderitaan anak-anak yang tidak berdosa, kedukaan Nurain, sahabat karibnya membuatkan Nilam merasakan beban di bahunya perlu digalas seikhlas mungkin. Dia perlu bantu anak bangsa demi sebuah bangsa yang cemerlang.
Dalam novel ini, pendebatan antara Nilam dan rakan-rakan juga tenaga pengajarnya membuka mata tentang apa itu agama, apa itu bangsa, apa itu saudara.
Apa yang menarik tentang novel ini, penulis tidak berat sebelah dalam mengemukan debat antara Nilam dan watak lain. Meski Nilam watak utama, sesekali pendapatnya yang sepatutnya mendapat sokongan ditepis elok oleh watak-watak lain yang mana sebenarnya menyokongnya. Memang tidak ada pendapat berat sebelah. Kita akan dengar dua pendapat dalam jalan cerita ini.
Nak komen banyak, aku tak layak sebenarnya. Apa yang pasti, novel ini mampu memberi kefahaman tentang (ulang) agama, bangsa, dan erti persaudaraan. Derita mereka yang sengaja menempahnya mahupun tanpa dipinta benar-benar memberi kesan di hati. Terkesan yang teramat.
ps: Novel ini direkomenkan oleh seorang rakan. Penulisnya, Aminah Mokhtar a.k.a Iman Markisa merupakan ibu saudara beliau. A.J, terima kasih.
Kalau dia cakap awal-awal Aminah Mokhtar adalah Iman Markisa, aku takkan teragak-agak nak beli. Oleh kerana tajuknya dan penerbitnya terkenal dengan novel-novel cinta yang klise, aku buat tak tahu untuk jangkamasa yang agak lama sebelum terbuka hati untuk memegangnya.
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
hi ida
br jumpe blog ko
bgus a
nice one
hehehhehee
blh ak nk link ko kt blog ak?
ak pnye jahtelipot.blogspot.com
sila a melawat ;-)
Post a Comment