Bermula dari 20 April, hidup aku sudah mula berubah. Perjalanan yang panjang dari KB ke Sepang, aku rasakan seolah-olah memberi aku laluan yang sangat indah dan dingin. Walau kadang terdetik, berat hati untuk aku meninggalkan kampung halaman, namun dalam masa ygang sama, aku tidak sabar untuk terus melangkah.
Okeh! Berhenti!....
Sekarang sudah hampir sebulan aku menjadi penduduk Taman Dato' Rizalman, Jln. Kg. Tudan Baru, Bingkor Keningau. Aku sangat gembira, malah aku rasa aku terlebih gembira.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada saja acara makan-makan di taman ni. Minggu pertama kami sampai, makan laksa lemak di rumah Kak Fiza sempena solat hajat dan doa selamat dia nak bersalin nanti. Kemudian, rumah2 bujang seberang sana pulak goreng cekodok bawang makan depan laman ramai. Kemudian pula, rumah bujang Kak Su and the geng buat makan sempena solat hajat dan doa selamat masuk rumah baru.. sebelum tu acara makan-makan.. nasi kerabu... kemudian, makan lagi... sempena hari ibu pulak... huih, kalau macam ni kompem balik nanti semua orang akan terkejut. Apa tidaknya, dari si kurus kering aku jadi tembam senangka!!
Aku nak cerita dari detik aku jejak kaki ke KK.
Sampai saja di KK, kami dibawa ke Tang Dynasty Hotel. Di situ, kami ada taklimat selama 2 hari sebelum diserahkan kepada pejabat pendidikan gabungan yang terlibat. Dipendekkan cerita, ketika Encik Khir dari PPG Lahad Datu, aku tiba-tiba teringin nak ke Tawau. Padahal sebelum ni aku beria-ia berharap dapat Keningau for no reason.
Kemudian, satu persatu nama dipanggil dan surat penempatan di serahkan kepada empunya nama. Apabila nama aku dipanggil, cepta-cepat aku buka surat dan...
...di SMK Apin-Apin, Keningau...
Wah!! Tiada ku sangka, sejak detik itu, kau membuka pintu kamar di hatiku~~~
Patutlah hati aku berat kepada Keningau selama ini, rupa-rupanya jodoh aku dengan Keningau. Selepas itu, kami diberikan satu lagi surat yang mana perlu diserahkan kepada Pengetua sekolah kami nanti. Aku yang pergi ambil surat itu (dipanggil berdasarkan nama sekolah)... dan Alhamdulillah, aku bukan berseorangan di sekolah tu. Maka, Noor Azizah Ariffin mula aku kenali. (ya, bukan Azizah Ariffin selebriti TV3 itu.) Rupanya, sebelum kami naik bas ke KLIA, aku dah bertegur sapa dengan dia. Jadi, aku tidak punya masalah. Kak Zah, itu panggilan yang patut aku panggil dia.
Perjalanan dari KK ke Keningau melalui jalan Tambunan mengambil masa lebih kurang 3jam memandangkan kami berhenti singgah di Gunung Mas yang airnya sejuk macam air batu. Beku tangan aku! Perjalanan ini sebenarnya mengambil masa yang panjang kerana selalunya mereka akan melalui jalan Pekan Kimanis, namun sudah seminggu katanya berlaku tanah runtuh di situ.
Perjalanan yang indah dan mengasyikkan ini tidak mungkin aku lupakan. Dari atas banjaran Crocker, aku dapat melihat deretan rumah dan bangunan di pekan Tambunan. Di Tambunan, kami mula dapat melihat jenis pola penempatan orang tempatan. Rumah-rumah kayu, binatang peliharaan yang berkeliaran... aku cuma mampu tersenyum lebar. Impian aku makin hampir untuk jejakkan kaki ke Keningau.
Lebih kurang pukul 1 lebih, kami sampa di PPG Keningau. Okey, aku terkejut sedikit. Pada awalnya, aku sangka bangunan PPG merupakan sebuah bangunan moden. Rupa-rupanya, hanyalah bangunan kayu dua tingkat. Tapi, tidak mengapa. Bukannya aku ada urusan di situ. Suatu hari nanti, mungkin. Tapi, bukan sekarang. Kami dijemput oleh wakil dari sekolah masing-masing. Aku dan Kak Zah, dijemput oleh Ustaz Ghazali, Penyelia Petang.
Uih..panjang lagi sebenarnya perjalanan cerita ni. Aku sambung lain kali pula... Kak Zah nak pakai laptop dia, aku pun nak tido...esok kena bangun awal... ada pot luck sempena hari guru di sekolah (makan lagi!!!), so aku kena goreng samosa bah!
Daa~~ for the moment...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


1 comment:
Wahhh bace entry kali ni mcm dokumentari!!! I loike!!! Nak lagi dan lagiiii!!!
Post a Comment