Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Frank McCourt : Teacher Man

Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 May 2008

yella yella... tereng teng teng...

Maafkan tajuk entry hari ni... tak tahu nak pakai tajuk yang macam mana... huhuhu...


Okey, saya mahu sambung cerita semalam... sampai mana ek?


Sebaik sahaja berbual dengan Ustaz Ghazali, dia beritahu kami bahawa dia sebenarnya orang Kelantan tapi dah 10 tahun stay kat Sabah. Malah, dia berkahwin dengan orang Sabah. Sampai sahaja di sekolah, kami diperkenalkan kepada Cikgu Sofiah... sebaik saja dia menyahut panggilan Ustaz Ghazali, aku dah tahu dia orang Kelantan. Cikgu Sofiah ditugaskan untuk membawa kami ke rumah yang akan menjadi tempat tinggal kami nanti. Bertempat di Taman Dato' Rizalman, semua penghuninya adalah guru-guru dari semenanjung dan majoriti datang dari Kelantan!


Mari kita kira!


Aku, Kak Pyah, Kak Yam, Kak Su, Kak Roha, Cikgu Zil dan isteri, Cikgu Wa dan isteri, Cikgu Aziz dan isteri.... rumah kat sini ada sepuluh... tiga rumah bujang, yang lain-lain adalah keluarga. Keluarga dari Kelantan dah ada dua. Tak kira Kak Era yang mana mak dia orang Kelantan... Lepas tu Kak Fiza yang asal dari Terengganu... Oi... do you have what do I have in mind? Ya! I've never been to Sabah!


Di sekolah pun sama. Adui, memang penatlah kalau nak cerita pasal semua tu. Pendeknya, mula-mula sampai aku dah tak rasa rindu kat rumah. Macam aku tulis sebelum ni, majlis makan-makan selalu ada, jadi kami lebih dialu-alukan. Lagi, cikgu-cikgu dari semenanjung memang menjaga kami yang bujang ni. Hahahaha... (Nasib baik tak ada cikgu lelaki bujang yang tinggal kat taman ni, kalau tak... siaplah aku mengorat..kuikuikui)


Keluar pekan...setiap hujung minggu. Duit gaji aku sebulan, habis kat sini untuk tak sampai sebulan. Barang dapur kena wajib selalu ada sebab, kedai makan kat sini susah nak cari lebih-lebih lagi yang halal. Tak berani nak cuba...


Satu lagi cerita menarik tentang Keningau adalah kehadiran anjing-anjing di sini seperti kucing-kucing di pasar kat Cabang 3, Pengkalan Chepa. Depan rumah, belakang rumah... tepi jalan... malah dalam kawasan sekolah sekalipun, suka hati mereka saja nak bermain-main. Aku rasa kalau betul Syafiqah datang sini, conform dia akan terjerit-jerit, lari sana sini. Tak keluar rumah mak cik kecik tuh! Hahahaha...

Ehm... rasanya itu sahaja cerita tentang aku di sini buat masa ini. Lain kali aku akan cerita tentang para pelajar di SMK Apin-Apin pula untuk tatapan mereka yang sudi menatap. Ada cerita menarik tentang mereka yang mungkin menarik untuk kamu yang membacanya nanti.

Sampai ketemu lagi di lain hari... Salam dari seberang Laut China Selatan...

Daa~~~

No comments: