Aku akan memulakan hidup baru di rantau dalam tempoh masa dua minggu lagi. Aku akan jalani satu penghijrahan yang amat besar ertinya dalam hidup aku. Yang pasti, aku tak sabar.
Okey, aku bukan nak cerita pasal kehidupan baru aku. Aku nak kongsi kisah kehidupan yang baru untuk sesetengah rakan akrab aku.
1~~Tanggal 30 Mac yang lalu, bekas rakan sekelas aku sewaktu di sekolah menengah, Asmak, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka idamannya. Perkenalan yang terjalin semenjak di Semester dua tahun pengajian mereka di UUM akhirnya bakal berakhir dengan sebuah ikatan yang suci. Meski penuh ranjau dan liku, mereka bakal disatukan. (Aku sebenarnya kurang tahu mengenai kisah cinta mereka, tapi menurut Asmak sendiri, dan dari riak wajahnya, aku tahu untuk sampai ke tahap itu banyak dugaan yang perlu diharungi). Doa aku buat kalian berdua, bahagia sentiasa. Kahwin nanti jangan lupa jemput aku. Asmak dan Syahril (betulkan?)
2~~Bulan 5 nanti, my best buddy ever (satu-satunya kawan lelaki aku yang baik dan rapat sejak sekolah rendah lagi) akan bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Setelah hampir lima tahun memadu kasih (errk!), akhirnya jadi juga kau nak bertunang yea, Din. Sayang juga kau dekat Ema walaupun kau tu tak betul sikit...(oops!) Tapi, dua hari lepas Kudin bawa berita, pertunangan akan didahulukan dengan merisik. Pertunangan nya tak jadi atas sebab-sebab yang tak boleh nak dielakkan.
"Apa kena nak merisik pulak? Bukannya kau tak kenal dia. Tak silap aku kau memang dah kenal family dia dan dia pun dah kenal family kau kan? Susah-susah je nak merisik..."
"Problem sikit, Da. Ema ni dikira dua kali langkah bendul. So, parents dia nak kakak-kakak dia selesai dulu. Huhuhu."
"Huh? Ehm...apa-apa pun aku doakan Ema boleh bahagia dengan kau..." Hahahah...gurau je Din.
Din dan Ema...
3~~ Noor!!! My best friend di saat susah dan senang. Satu-satunya kawan yang tahu bila nak kutuk dan bila nak puji aku. Satu-satunya kawan yang aku boleh hentam suka hati.. Hehehe... I lap u Noor! Sudah pun bertunang dengan jejaka idaman yang juga dikenali ketika sama-sama belajar di UiTM Kedah. (Semua jumpa time study nih, mana aci! Aku tak jumpa sesapa pun!). Insya Allah akan menamatkan zaman daranya hujung tahun ni. Don't worry Noor, I'll make sure that I'll attend your wedding. Kata Noor, aku wajib hadir di majlis dia nanti. Kata aku pulak, aku akan mewajibkan diri hadir. Tapi, memandangkan aku akan ke Sabah, maka dengan ini taraf wajib terpaksa digugurkan... Hehehee... Noor dan Joe... aku tak janji nak balik tau!
4~~ Kawan semasa di hostel ketika di awal tahun pengajian, Manja juga akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang disayanginya. Dengar katanya akhir bulan 5 namun memandangkan pada tarikh tersebut kami kena menghadiri konvo, ada ura-ura nak di awalkan atau ditangguhkan. Apa-apa pun to Manja, semoga berbahagia dengan cik abang anda, ya!
5~~ Sorang ni aku tak pasti tapi dengar citer hujung tahun ni (mungkin juga bulan 6 nanti) my current rommate....EME!!! (mengikut cara pakcik dia sound nama dia...heheheh) Hahaha...ye ke? Insya Allah, saya doakan kawan saya ni bertemu apa yang diimpikan selama ini.... Amin!!
6~~ Err... yang ni lagi aku tak pasti. Tapi, kalau ikut ura-ura dan tahap keperasanannya, insya Allah awal tahun depan tak pun pertengahan tahun depan. Masa tu, insya Allah masa tu semua dah settle... Namanya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu... sebab orang tu sangat rapat dengan aku...sangat-sangat rapat lebih rapat daripada isi dan kuku.... (pesanan: ini sebenarnya perasaan semata-mata, menjadi atau tidak, hanya Tuhan yang Maha Tahu)
Huahuahuahua... Daa~~ for the moment...
Frank McCourt : Teacher Man
Instead of teaching, I told stories. Anything to keep them quiet and in their seats. They thought I was teaching. I thought I was teaching. I was learning. And you called yourself a teacher? I didn't call myself anything. I was more than a teacher. And less. In the high school classroom you are a drill sergeant, a rabbi, a shoulder to cry on, a disciplinarian, a singer, a low-lever scholar, a clerk, a referee, a clown, a counselor, a dress-code enforcer, a conductor, an apologist, a philosopher, a collaborator, a tap dancer, a politician, a therapist, a fool, a traffic cop, a priest, a mother-father-brother-sister-uncle-aunt, a bookkeeper, a critic, a psychologist, the last straw. - Frank McCourt: Teacher Man
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Heyy no.6 tu not me kan?? Huhuuu...
no... i tau takleh expose ur story kt mana2 tmpt...dun worry... apart from uwho do u think is close to me... really close to me? pikiq2... tihihihi..YM kalo nak tahu...
Post a Comment